? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, March 27, 2009

takde tajuk

Sekarang ni saya tengah pening kepala memikirkan mana nak carik duit tambahan selain daripada bekerja tetap, mengajar dan belajar. Untuk bulan depan saya telah meng'garu'kan diri (garu=gatal) untuk pergi bercuti di Phuket bersama kawan2 office walopun saya tahu yang sebenarnya bulan depan adalah bulan yang sangat penting untuk saya (selain ulang tahun yang ke 27)

Persediaan untuk hari penting tu sebenarnya dah buat siket2 pun tapi tula..takdela nak semewah mana, buat ala kadar jek, janji hari tu berjalan dengan lancar, syukur Alhamdulillah..mungkin sebab niat baik, kearah yang baik, banyak juga la bantuan dari saudara mara, cousin dan adik2.. masa ni la rasa betapa bertuahnye saya menjadi salah seorang dari ahli keluarga mereka, dorang tak lokek bagi semangat masa saya tersangatlah down dulu, syukur sekali lagik.. Untuk persediaan ke Phuket pula, saya bersama kawan2 5 orang (semuanya 6 orang) telah pun membeli tiket kapal terbang ke sana tahun lepas, harga tiket pergi balik (MAS Airlines) RM325.00, ok..itu dah settle, macam mana pula dengan tempat tinggal?? tadi saya ada pergi ke tempat salah seorang kawan yang pergi ke Phuket, kami telah meng'usha' beberapa Apartment yang ada kat sana, harga untuk satu malam adalah dalam RM154 semalam, apartment tu ada 2 bilik dan maksimum untuk orang yang masuk dalam umah tu ialah 4 orang, tapi kami akan muatkan 6 orang untuk satu apartment tu.. huhuhuu ok.. budget utk satu kepala adalah lebih kurang dalam RM140 untuk 3 malam, kira okla tukan.. bab pengangkutan plak.. hhmm..dorang kata ada beca, ada tut tut (ye kot panggilan nye) ala yg macam lori tapi duduk lat belakang tu la, pastu termasuk sekali van pegi balik airport, ronda2 pulau, pastu naik boat untuk snokling.. adala dalam RM100 untuk 3 hari.. tinggal duit belanja plak, mmm..tak tahu lagik nak bawa berapa banyak, tengokla berapa yang tinggal huhuuhuuh kalo RM2, saya bawa jela RM2..
Saya mengada ngada dengan SF cakap nak beli bikini utk pakai kat Phuket, mula2 dia buat2 tak dengar pastu bila saya pot pet pot pet pasal bikini, dia kata 'bole...bole blah!!!' so jawapan yang sebenarnya adalah 'cannot! cannot! cannot!' dah agak dah pun.. gilo apa saya nak bikini, saya tipu jelaa..
Berbalik pada cerita persediaan hari penting tu, hhmmm..mood nak bersedia tu masih 50%, setiap kali pulang ke Ampang, saya akan tengok jek barang2 tu tanpa rasa ada perasaan, bukan tak sukee, sukeee!! tp mood nak buat tu takde lagik, tunggu laa!! kot kot last last minit nanti maybe baru ada mood nak ber'kreatif'. sekarang ni tengah carik idea..idea..dan idea sampai la saya akan tertido setiap kali mencari idea..mana taknye, cari idea masa nak tido..masa tengah peluk bantal, masa berselimut pastu bukan kipas..tutup lampu, sementara tunggu SF kol, saya akan carik idea..dan selepas tu zzzzzz... huh!! tu bukan cari idea ok, tu berangan!! sampai SF kol pun saya tak sedar..dan selalu gaklah dia mengomel, keh keh kehh..sorry.. nengkali tak buat lagik..(ayat standard)


..bulan depan juga anniversary Abah dan Emak, apalaa aku nak bagi ek.. ada idea tak?


....... oh yekk, Ping Ping cakap kat sana (Phuket) waktu malam nye sangatlah happening, ada Tiger Show dan ada wanita tapi bukan wanita (paham2 jela) berlegar legar. tang wanita bukan wanita tu saya excited nak nenok tapi tang Tiger Show tu, nanti2 la ek.. saya pk kan.. macam sangat menakutkan, ( takleh bawa SF g sana nih) tp kalo nak tengok kene bayar..huhuhuuhu.. bengap saya 44 hari kang lepas tengok mende tu..
Lepas ni nak balik Ampang berjumpa dengan keluarga tercinta..ok.hari penting tu saya akan pulang terus ke Ampang sampaila hari double triple penting.. itu janji saya..

3 comments:

3740Journal said...

bestnyer hana nak gi phuket.. kite nak kirim macam2..hehe

chienta said...

hana.. selamat poie selamat kembali.. besh2 g phuket..

chienta said...

hana.. selamat poie selamat kembali.. besh2 g phuket..