? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, March 9, 2009

kenangan episod 2 (supirr!! ko r ni aku tiru ko main episod episod!!)

Ok..sambung cite zaman 'U', masa dulu2 aku diantara orang yang dikenali gak..cewwaahh!! sebab aku slalu involve dalam aktiviti2 kemasyarakatan, bukan apa..tak tahu nak buat apa. takkan balik dr kuliah asik nak tido jek, nak nenok tv, tv cuma ada sebijik jek, dah la tu kongsi satu tv dengan 10 blok pompuan.. pastu kalo nenok tv, yang group ni nak nenok cite hindustan, yang group ni nak nenok AF, yang satu group ni plak nak nenok drama swasta..dan sudahnye bergado...huhuhuhuuu apara!! pasal tv pun bole gado. tengok tu dah melalut..
Selalunyee aktiviti kemasyarakatan yang aku selalu buat ialah meng'involve'kan diri dengan aktiviti kesenian terutamanye menari.. bak kata orang, kat mana orang menari kat situla tercongok nye muka aku.. masa zaman aku, tak ramai orang semenanjung yang menari, kebanyakan nye di pelopori oleh orang Sabah, yelaa dorang lagikla tere menari sebab tarian tu dah sebati dengan jiwa mereka, cumanya kalo nak nari tarian melayu, dorang selalu panggil aku huhuhuu..glemer mak!
Salah satu sebab nye lagik aku join dorang, aku nak ilangkan rindu pada mak abah, adik2 dan makcik pakcik di kampung Kuala Lumpur (kira kg la tu, sebab aku merantau) pastu ilangkan rindu kat pakwe satu orang dua orang tiga orang....huhuuu tipuu!! and kadang2 tarian ni adalah salah satu mata pencarian aku kat sana, duit PTPTN takla banyak mana pun, so kalo agak2 dah kering kene la offer diri utk jadik penari, dapatla upah singgit dua dan kadang kadang dapat makan jek, aku tak kesa!! janji bukan lauk sardin..huhuhuhhu..(sardin tu aku dah bole buat lauk kari sardin, sardin goreng, sardin sambal, nasib baik tak buat sup sardin)
Kadang2 tu ada gak mak hantar parcel sebesar kotak A4 paper yang 5 rim nye tu, asal nama aku naik kat dashboard jek mesti kawan aku calling2 bgth ada parcel utk aku, aku takyah nak check sebab dah ada tukang nenok.. masa tu ramai2 volunteer nak tolong bawakan parcel..and ada tu dah siap tunggu kat dalam bilik lagik, dan paling bes ada yang cakap ' kami datang nak menziarah..!!'.. ziarah ek.. cuba kalo mak aku tak hantar parcel, ada ke korang nak ziarah..huhuhu.. tapi takpe, aku pun 2 kali 5 gak mcm dorang, mak aku akan hantar makanan seperti sambal goreng, rendang kerang, ada buah2 tempatan, ada serunding, kekadang tu dia buatkan sambal petai..huihhh..masa tu aku rasa mewah sebab dapat maknan sedap2, tp tu tahan utk beberapa hari jek, mak aku akan buat lebih sebab aku cakap kawan2 aku pun ada join mencekik sekali, sampai mak aku ingat nama2 kawan2 aku tau!!
Oh yee..kat depan 'U' aku ada pantai yang sangat cantik..nantila aku selongkar gambar2 lama bagi tunjuk kat korang, kat situla setiap petang aku melepak.. apa citenyee, nanti aku sambung..aku nak teman Aida makan..dia ibu mengandung..huhuhhhh tata

0 comments: