Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
1.Kepercayaan kepada Tuhan
2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3.Keluhuran Perlembagaan
4.Kedaulatan Undang-undang
5.Kesopanan dan Kesusilaan
Sebagai seorang warganegara di dalam sebuah negara yang merdeka, seharusnya kita tahu dan hayati setiap dari rukun-rukun negara telah diwujudkan setahun selepas tragedi 13 Mei 1969. Yang mana pada waktu tu kita dapat lihat pepecahan perpaduan yang membawa kehancuran negara.
Setiap rukun negara pada pendapat saya mempunyai maksud tersendiri, yang mana kalau kita lihat sekarang kebanyakan golongan muda (termasukla saya yang masih belum tua lagik ni) kadang-kadang leka dan alpa dengan keselesaan dan kemewahan yang melimpah-limpah di bumi bertuah ni, saya mengaku yang saya tak begitu sensitif dengan pengorbanan orang yang terdahulu dari kita, tapi sejak dua menjak ni, saya sangat risau dengan keadaan politik negara kita ni, saya takut akan jadi sesuatu yang tak diingini. saya bersyukur sebab atuk dan nenek kita berusaha dan berjuang untuk dapatkan sebuah negara yang merdeka. sayang gak atuk dan nenek kita ekk!! Mereka korbankan diri semata-mata nak lihat keturunan mereka dapat menikmati keselesaan dan mereka taknak kita generasi sekarang susah macam mana mereka alami dulu. Kata arwah nenek, dulu nak makan nasi pun susah, nenek adik beradik selalu makan ubi je, tu pun kalau nasib baik, kalau nasib tak baik, terpaksalah nenek dan adik-adik tahan lapar,
Mari kita fahami dan hayati maksud setiap rukun-rukun negara:
1. Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi
Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan
tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan
agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat
terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip
pertama dalam Rukun Negara.

2.Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja
mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan
Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka
Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya
untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan
semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial
rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik
dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan
bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan,
kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

4.Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa
undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.
Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa.
Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan
satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang
akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan
teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan
merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas
asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana
yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin
oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan
bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan
antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang
akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan
juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan
supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Masa umur saya 7 tahun (masa tu darjah 1) saya ada ramai kawan berbilang bangsa, kami berkawan baik sampailah darjah enam. kami main getah, kejar-kejar, kongsi makanan..seronok tau bila ingat balik, Rosida, Phui Shee, Ah Chow, Shahrizan, Mina Raman, RajaSelan, Tissa, kalau korang baca blog saya ni, saya nak korang tahu yang saya rindukan korang semua.
Bila saya sambung belajar di Universiti Malaysia Sabah, kat sana saya dapat lihat ada semangat integrasi yang kuat! Tak kiralah apa bangsa, mereka saling hormat menghormati pendirian, agama, dan adat bangsa lain. Pengalaman saya di sana bersama sahabat yang berbilang kaum buatkan saya rindukan kawan-kawan saya! Saya ceritakan ini bukan di dalam universiti aje tapi diluar pun sama. Kalau kita nak tengok wujudnya semangat tu, saya sarankan korang pergi ke Sabah. Ini realiti! Bukan saya nak memperlekehkan negeri saya sendiri, tapi itu relitinya.. Di negeri saya....lebeh pada 'kau buat hal kau, aku buat hal aku'
Menjadi warganegara Malaysia membuatkan saya bangga. Terima kasih kepada tuhan diatas anugerah yang diberikan kepada kita. Soalan saya.. Selain melibatkan diri dalam dunia politik, apa lagik yang perlu saya lakukan sebagai belia negara? Terus terang saya katakan yang saya kurang berminat untuk melibatkan diri dengan politik yang pada pikiran saya ialah politik penuh dengan liku-liku yang sukar diramalkan.
Untuk masa sekarang, saya belum lagi bersedia untuk ini semua, tapi kita tak tahu untuk jangkaan 10 tahun lagik, mungkin masa tu saya dah bersedia menghadapi dunia tersebut. Haaa lupa nak bagitahu 2 hari lepas saya terserempak dengan bekas Perdana Menteri kita, Abdullah Badawi, saya tengok dia sihat, siap berlambai tangan lagik pada orang yang pandang dia...baguslaaah. Siapa Perdana Menteri yang saya suka?? Tun Mahathir Mohamad.. saya suka kan dia, tegas, patriotik dan bijak. Saya tak peduli apa orang kata pasal dia.. itu semua tak akan mempengaruhi saya untuk terus meminati Tun Mahathir. Untuk Tun Mahathir, semoga diberikan kesihatan yang baik..Tun, Tun punya kedai roti kat Langkawi best!! saya suka roti-roti sana..hehheheheeh
Kawan-kawan, selamat mendalami rukun negara dan hormatilah lagu NEGARAKU sebagai lagu kebangsaan kita. Kali ni saya agak skema siket sebab tetiba ada rasa patriotik plak. Jangan pelik ekkk!! GudNitee!!!
1 comments:
cun lah gaya Tun posing.. aku tergoda.. mcm nkmasuk majalah mangga pon ada ni gayanya.. ;p
Post a Comment