kejadian berlaku pada waktu petang selepas hujan, biawak yang panjangnye 1.5meter membuat cubaan menceroboh ke rumah keluarga Zakaria. cubaannya gagal akibat badannye tidak dapat menembusi gate rumah. Ini adalah cubaan menceroboh kali ke 7 dilakukan oleh biawak ini. Kawasan perumahan di sini sering kali diceroboh oleh cik biawak kerana kawasan ini bersebelahan dengan sungai. Selain daripada biawak turut terdapat musang, ular, ayam, monyet, burung-burung cantik dan binatang peliharaan. Dipercayai mereka datang dari hutan berdekatan untuk mencari sesuap nasi. Cik Puteri Bunga melaporkan dari Lembah Jaya Selatan, Ampang.
Saturday, June 27, 2009
Thanks but no thanks
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 4:12 PM 13 comments
Thursday, June 25, 2009
oh Michael Jackson!
Masa on da way g keje, saya dengar berita kat radio yang Michael Jackson dah meninggal dunia, teringat masa kecik-kecik dulu saya panggil MJ 'miche choche'. Al-maklumlaa saya pelat..
In the early 1980s, he became a dominant figure in popular music and the first African-American entertainer to amass a strong crossover following on MTV. The popularity of his music videos airing on MTV, such as "Beat It", "Billie Jean" and Thriller—credited for transforming the music video into an art form and a promotional tool—helped bring the relatively new channel to fame. Videos such as "Black or White" and "Scream" made Jackson an enduring staple on MTV in the 1990s. With stage performances and music videos, Jackson popularized a number of physically complicated dance techniques, such as the robot and the moonwalk. His distinctive musical sound and vocal style influenced many hip hop, pop and contemporary R&B artists.
One of the few artists to have been inducted into the Rock and Roll Hall of Fame twice, his other achievements include multiple Guinness World Records—including one for "Most Successful Entertainer of All Time"—13 Grammy Awards, 13 number one singles in his solo career—more than any other male artist in the Hot 100 era—and the sales of over 750 million albums worldwide. Cited as one of the world's most famous men, Jackson's highly publicized personal life, coupled with his successful career, made him a part of popular culture for almost four decades.
On June 25, 2009, he collapsed at his home in Los Angeles due to cardiac arrest.[4] After being taken to the hospital in a coma, Jackson was pronounced dead at 2:26pm Pacific Time.[5][6]"
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:23 PM 0 comments
Wednesday, June 24, 2009
ooo tekejut tekejut..memangg tekejut
Tuesday, June 23, 2009
Dilema saya
Kecewanya saya kalau pelajar dapat result yang mengecewakan dalam akaun, saya tak kisah kalau mereka memang dah usaha tapi bagi pelajar yang main-main, ditegur seribu kali pun takde maknanya..kadang-kadang tu sampai mati kutu tak tahu apa patut saya buat.. Memangla saya dibayar untuk mengajar mereka, saya boleh jek buat tak tahu dan teruskan mengajar walopun mereka tak paham, tapi saya taknak buat macam tu, saya nak pastikan pelajar saya cemerlang, at least lulus exam pun dah buatkan saya happy.. sampai saya sendiri meng'offer'kan diri untuk mengajar mereka weekend secara percuma. Saya sayangkan mereka sebab tu saya taknak mereka gagal.
Buat pertama kalinya saya marah dalam kelas semalam, sebenarnya itu diluar jangka saya, mungkin masa tu keadaan tak terkawal jadi terpaksa saya buat macam tu. geramnye tuhan je yang tahu.. tapi yelakan satu yang bagus pada anak murid saya. bila saya dah marah semua diam..tunduk dan cuba habiskan keje yang saya bagi. Diluar jangkaan saya, waktu pulang.. murid-murid cium tangan saya minta maaf..mau tak sebak saya dibuatnya.. lembut hati saya bila mereka minta maaf.
eerr..agak-agak kalo saya vogue macam ni, pelajar bole paham tak apa yang saya ajar?
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:23 PM 2 comments
Monday, June 22, 2009
IRIS Mangrove Therapy
HAaaa!! saapa punye keje buat cap mohor kat baju dia.. dah kene belikan dia baju baru...(tunggu gaji la ye wak) sabar jelaa
kami bertiga jek wanita dalam SRC committee member
macam ni cecaranyaa..kata saya pada kawan2..(main bedal jek sebenarnya)
Makan time!! sume dah kelaparan lepas buat keje..
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 1:49 AM 3 comments
PAINTBALL
10. alasan di atas adalah alasan semata-mata..saya memang taknak main paintball..TAKNAKKK!!
Sekian..
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 12:37 AM 7 comments
Labels: event, me, ntah hapa2
Sunday, June 21, 2009
H1N1
Kita sedia maklum yang sekarang ni dah ada satu virus kat dalam negara kita..H1Ni atau bahsa kasarnya selsema Babi..
Ringkas nye:
'Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988'.
so kekawan kene la hati hati k, sila jaga kesihatan anda espeseli bila ke luar negara, saya amat konsen benda ni sebab saya ada terbaca yang budak sekolah kene virus ni, kesian plak saya pada budak tu.
Baca Artikel ni and harap-harap ni seikit sebanyak dapat membantu korang:
Meh kita tgk apa simptom-simptomnyee:
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik'
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin. • Jangan pergi ke sekolah;• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.
Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.
Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;• Tidak minum air yang secukupnya;• Tidak bangun dan berinteraksi;• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;• Demam dan beruam.
Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.
Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.
TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN
• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.
• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 6:51 PM 6 comments
Thursday, June 18, 2009
paham tak?
Sahabat saya si Badul (Abdul Ghani) orang Melayu Sarawak.
Perbualan saya dalam facebook (chatting) menggunakan bahasa ibunda beliau.. dah lama tak pratik rasa tergeliat lidah plakk...
ada sesapa paham?? translate laa ekk
8:43pmAbdul
wei hana
8:45pmSuhana
uik
8:58pmAbdul
lama tak jumpe ko indu ek
9:02pmSuhana
lama gilak!! kitak sinen?? masih di sinun?
9:23pmAbdul
di kajang tok
klak jumpa k...
ktk di sine tok
9:24pmSuhana
ampang
9:25pmAbdul
em kmk tgh induksi tok.... bis klak mek agak ktk k
9:25pmSuhana
ok
bila?
lama lagik ka?
9:26pmAbdul
minggu depan abis
9:26pmSuhana
kitak sik lama lagik posting sine?
ooooooooooooooooooo
9:26pmAbdul
kl jak
9:27pmSuhana
laa yeke
huhuhh
9:27pmAbdul
dont worry
9:27pmSuhana
huhuuhuh
ada gerek sik?
huhuhuuh
9:28pmAbdul
single gik tok
ya lah mok tnyak ktk
mun ada kosong lah
atau pun sudi
9:29pmSuhana
kamek sik available..
kamek sik available..
sik tauk la mas
9:30pmAbdul
aduh....
9:30pmSuhana
huhuhhuh
9:30pmAbdul
sikpa la
janji rock
9:30pmSuhana
hahahahha
kitak bile mo blanja?? stevn kitak masik kontek agi sik?
9.32pmAbdul
nya bz gilak
sikda hal mun kamek banja, kelak madah tunang kamek mo banja
9.33pmSuhana
okeh bebeh.yehaaa!! adul mo blanja... terubuk siget!!!! lalallaalaaaaaa
perbualan dalam facebook terbehenti kat sini sebab Abdul ter offline
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 6:33 AM 7 comments
Labels: friend, history, me, university
Wednesday, June 17, 2009
Wedding Exhibition
Semalam lepas balik dari Amoda saya dan tunang pegi ke Wedding Exhibition Ampang Point, sebenarnya saya dah pun decide (taklah 100% decide, baru 50% jek) nak amik package dari butik mana tapi yela kan..apa salahnya kalau kita tengok2 jek.. kot2 lah ada yang lagik best kan, package best, harga best, dan ada plak tambahan-tambahan ke kan.. haaa kan kan untung tu.. Bab ni saya memang agak cerewet siket sampai tunang saya geleng kepala, ala... nak tengok jekk!! yela kan.. benda penting dalam hidup mestilah kalau bole...kalau boleh lah kan.. nak yang terbaik,
Catering pulak.. yang ni saya tak berapa amik hal sangat sebab bab makanan ni saya serahkan pada keluarga saya, dorang agak memilih sangat bab makan.. kalau boleh dorang nak makanan yang betul-betul untuk kawen.. macam nasik minyak, acar, rendang, ayam masak merah.. tapi kalau saya la kannn..saya akan pilih lauk kampung, ikan kering, sambal belacan, ayam goreng rempah, asam pedas, masak lemak cili api, sayur kangkung.... haaaaaa amik..macam makan tengahari plak..!!
Tuesday, June 16, 2009
Rombongan Lagikk!! ( Ke Ulu Langat...)
Gambar tadi..masa lunch hour saya, mas dan mak-mak makan durian kat Ulu Langat..3 bijik RM10, makan sampai 7 bijik (free satu).. pastu makan manggis dan lemang.. huhuhuhu..sedapppp!! durian lemak berkrim disukai ramaiii..korang telan air liur je la ekkk
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 2:40 AM 5 comments
Saturday, June 13, 2009
Emo ke saya?
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:15 PM 2 comments
Labels: me, ntah hapa2, stress
Lecturer ku!!
Tetiba rasa nak cite pasal lecturer favret saya. Nama dia Mr.Geoffrey Harvey Tanakinjal, orang Sabah tapi sangat fluent cakap bahasa melayu kita. SEBAB NYE!!! sebabnye dulu dia belajar kat Semenanjung so dah selalu bergaul dengan orang sini jadilah dia seorang yang tere berbahsa melayu.
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 6:19 PM 4 comments
Labels: college, me, university
Hayati
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
1.Kepercayaan kepada Tuhan
2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3.Keluhuran Perlembagaan
4.Kedaulatan Undang-undang
5.Kesopanan dan Kesusilaan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi
Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan
tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan
agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat
terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip
pertama dalam Rukun Negara.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja
mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan
Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka
Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya
untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan
semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial
rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik
dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan
bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan,
kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa
undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.
Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa.
Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan
satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang
akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan
teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan
merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas
asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana
yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin
oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan
bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan
antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang
akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan
juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan
supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:46 AM 1 comments
Wednesday, June 10, 2009
Bersiaran dari AMODA, Bukit Bintang
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:35 PM 2 comments
Labels: me
apakah lagu pemberi semangat anda??
Korang ada lagu yang korang rasa sesuai dgn jiwa korang tak? kalau becinta suka dengar lagu apa..kalau tgh down korang dengar lagu apa..kalau tengah hepi korang dengar lagu apa...ada tak??
Saya terpanggil buat TAG ni lepas dengar slot HOT FM minggu lepas..
so ini lagu saya, lepas ni..saya nak TAG IEJA, AZZA, Lizzam, SupiR, MAs, Edya, NENG buat keje sekolah ni.. sila bgth lagu apa yang anda rasa paling bermakna dalam hidup anda, dan bgth sebabnya..ek
Tajuk: Hadapi dengan senyuman
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja
Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan,
tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang
http://www.youtube.com/watch?v=qsE6edZeRTM
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 4:12 AM 2 comments
Labels: lyric, ntah hapa2, tag
Tuesday, June 9, 2009
Happy ANniversary!!
Sedar tak sedar..rerupanya dah cukup setahun saya jadik warga IRIS!! 7 June 2009.. cepatnye masa berlalu..Saya nyaris nyaris lupa... bila tengok diary barula teringat..tupun baru tadi saya buka diary...Patutla rasa macam nak makan kek..Orang pertama saya jumpa selain receptionist ialah mak Ungku.. first word dari mulot dia ialah..'You're late!!' huh!! eksen la makcik sorang ni!! cakap omputeh plak tu.. dia tak tahu yang saya kene tahan kat pakguard sebab pakguard tanya saya banyak sangat soalan.. Banyak saya belajar di IRIS ni.. err..Selamat Ulang tahun untuk diri sendirik yang ke setahun.. fuhhhh!!!! (buat buat tiup lilin..ekekekekekee)
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:21 AM 2 comments
Labels: birthday
Monday, June 8, 2009
Kursus Kawen
Semalam saya belajar beberapa perkara yang saya tak tahu.. Hukum dan prosedur perkahwinan.. bila dah bagi keterangan, barulah saya tahu..bukan senang nak kawen, banyak benda nak kene buat.. kalau kawen dengan orang yang lain mukin/negeri/negara lain prosedurnye..paling rumit yang nak kawen dengan orang bukan Malaysia la terutamanya yang baru masuk Islam. Nasib baik saya dan tunang dari satu mukim so takde masalah nak uruskan hal hal ni.. tang isi borang, kami senang la..bole amik borang sesame…itu untungnya kawen dengan orang satu negeri..!!
Saya baru tahu kene ada ujian HIV dan kata tunang saya, sijil kesihatan yang kita terima nanti valid 6 bulan jek.. so sekarang ni saya takleh nak g buat la sebab kami rancang kawen tahun depan (awal tahun) kang expired kang, tak ke penat jek buat keje dua kali,
Ada gak isu berkaitan dengan akhlak dan ibadat, pengurusan kewangan, rundingcara masalah keluarga.., ada isu yang sepatutnya dorang sentuh, dorang tak sentuh pun.. saya nak tahu pasal talak, fasakh, khuluq, dan li’an, apa tu lafaz talak sarih, kinayah dan taklik, tapi semua penceramah tak sentuh langsung modul tu, tak tahulah sebab dorang tak bagi ceramah pasal benda tu, maybe main tangkap muat je kot atau tak cukup masa, harap lepas ni dorang dapat improvekan lagik la, slide show yang dorang ada tu pun rasanya kene diperbaiki lagik..
Ada dua orang ustaz yang saya suka dengar ceramah dorang, padat dan tepat, tak banyak melencong ke kiri ke kanan, ustaz tajul dan ustaz alias.. maybe sebab bab yang dorang sentuh tu saya memang nak dengar kot. Yang lain tu sedang sedang ok..
Overall, kalau ada ketegori sangat memuaskan, memuaskan, baik, dan teruk.. saya bagi memuaskan, kalau bintang dari 5, saya bagi 3/5 bintang jek. Kalau markah dari 10, saya bagi 5/10 jek.
Dari segi facilities, tempat senang nak cari, parking pun banyak, tempat kursus pun ok ok jek.. saya dah set dalam minda saya yang tempat tu taklah se high class ke apa ke kan, what do you expect kalau cuma bayau rm80, korang nak benda yang mahal-mahal.. nasib baik ada ekon, ada gegula (tunang saya cakap, gula2 tak bes.. tapi saya suke jek..) ada air kosong kalau ngantuk..( saya suka lagik dorang letak air kosong dari air yang manis2..) Lunch, Hi-tea dan minum pagi dorang sediakan, walopun tak sesedap mana..tapi kalau lapa jadik sedap gak.. saya tak amik Hi-tea dan minum pagi sebab masih kenyang lagik. Owner kursus tu peramah dan takde masalah untuk berbincang, ada majalah..saya suka baca! Apa lagik ek…mmm… tu jek kot!
Kesimpulannye.. kursus kawen memang wajib, sekian! (saya selalu ada masalah nak buat ayat penutup)
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 8:03 AM 3 comments
SAYA
Saya ada dua habit, masalah besar saya ialah habit-habit tu tak mendatangkan faedah pun pada saya.
Habit yang pertama, saya suka main rambut.. rambut pendek ke panjang ke, saya memang suka putal2 rambut, akibatnya..rambut saya gugur sikit2, ada gak niat nak stop main rambut tapi bila tgh berangan tanpa sedar, tangan saya kat rambut dah…hehhehe.. kalau tunang saya nampak, dia akan tarik tangan saya, macam tu gak dengan mak saya, mak akan jentik tangan saya… dorang tak tahu betapa nikmatnye main rambut.. hehehehe
depan nampak cun, tengok atas..haa amikkk!!! rambut takdekk
Habit kedua, saya suka gosok mata, gosok mata sampai kekadang melecet mata dibuat nye.. bukan apa..saya kan ada sinus, kekadang mata saya tersangatlah gatal, jadiknya..tangan saya ni otomatik gosok mata, gosok mata pun nikmat gak..tapi kalau sampai luka..padan muka diri sendirik, tunang saya selalu bising sebab saya tak dengar kata dia.. saya dengar…tapi kejap je laa hehehehehe.. gosok mata takla seteruk saya main rambut..
Sekarang saya tengah berusaha untuk tidak main rambut dan gosok mata.. Insyallah.. Habit tu tersangatlah tak bagus dan saya takut saya akan hilang mata dan ilang rambut sikit demi sikit.. Oh yekk!! Cakap pasal rambut… saya gembira sebab rambut saya dan panjang semula, yela kann.. dedulu saya gatal potong rambut dan sudahnya menyesal.. saya memang minat rambut panjang, nampakla saya ni ayu siket walopun saya sebenarnya tak macam tu, saya cuba jadik ayu ok!! Walopun tunang saya cakap jadikla diri awak sebenar tapi saya yakin sebenarnya saya ni seorang yang ayu..(wweeekkkk!! Bolah muntahh!!) Saya teringin cakap lemah lembut macam kak J (nama penuh dirahsiakan), lembut nye dia bercakap..saya teringin jalan lemah lembut macam cerita perempuan melayu terakhir, makan sopan santun, gelak malu-malu, duduk ayu-ayu.. pendek kata saya nak jadik macam perempuan melayu terakhir, tak dapat title melayu terakhir pun dapat perempuan jawa terakhir pun jadikla..!!
Cemana ek saya nanti kalau jadik lemah lembut?? Mesti tunang saya cakap yg saya buang tebiat (silap-silap saya kene tarik tinge..!) ada tak orang akan garu kepala bila tengok saya jadik seperti yang diatas? Lepas saya jadik lemah lembut mesti kawan-kawan satu department saya tak dapat dengar saya ketawa, tak dapat tengok saya buat muka busuk, mesti dorang tak dapat agak sapa yang berjalan (sebab lenggok jalan dah lain hehhee) mesti saya akan makan setengah jam dari biasa (selalunya makan 10 minit jek) mesti jiwa saya bertambah sensitip (sekarang ni pun emo semacam) mesti saya tak akan jalan selaju macam mana saya jalan sekarang, mesti kean dan kenji akan piker dua kali nak kaco saya, dorang akan konpius, ini ke hana yang dorang kenal?? Mesti punyelaa!!!
Kesimpulannya.. saya kene jadik diri sendirik jugak..sebab saya tahu saya tak mampu nak ubah diri saya jadik macam tu.. tapi saya berbangga (eceeeceehh) walopun saya dilahir sebagai gadis lincah tapi saya masih lagik boleh menari tarian tradisional dengan baik, boleh lagik masak masakan melayu walopun tak setere mak saya, bole lagik duduk bersimpuh..(kalo ada kerusi saya lebih suka duduk bersimpuh lagik) Tunang saya kenal saya sebagai gadis lincah (sebab dia cakap masa matrikulasi dulu dia nampak saya terlompat lompat kat padang..nama pun kat padang…takkan nak jalan lemah lembut kot) so dia selalu cakap jadikla diri sendirik..
Kawan-kawan..inilah saya…SUHANA ZAKARIA!! ALONG!! HANA!! SUE (lecturer favourite saya suke panggil saya SUE.. korang jgn panggil nama tu ekk..mak rasa pelikks). Sekian.
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:49 AM 1 comments
Labels: me, ntah hapa2, story
Wednesday, June 3, 2009
Coklat!
packaging dorang cantik2!
Tapi ke`frust’an kami ilang bila nampak Kilang Coklat Beryl’s!! YAAAAA kawan-kawan!! Harini kita akan buat lawatan sambil belajar ke Kilang Beryl’s!! semua excited nak singgah termasuk la saya..huhuhuhuhuhu..
Sebelum tu tgk jam dulu..sempat tak? Huihhh sempat sangat..baru pukul 12.20pm.. so kami pun mulalah aktiviti lawatan sambil belajar a.k.a rombongan Cik Hana ke kilang coklat. Bila masuk ke kilang.. saya dah rasa saket kepala.. sebabnye..banyak sangat coklat yang dorang jual..tak tahu nak beli yang mana.. masing-masing seronok memilih.. saya punye pe’el.. pegang coklat tu..pastu letak balik, amik yang lain..pastu letak..amik yang lain plak..pastu letak..last last duduk diam-diam..pastu pandang orang-orang shopping coklat, saya picit kepala..pening mana satu nak pilih, yelaa duit dalam poket tak banyak.. nak beli coklat pun bukan makan sangat, seronok membeli jek, pastu bagi orang..
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 11:03 PM 2 comments
Labels: bestt, ntah hapa2
Monday, June 1, 2009
13hb....!!
Saya tak berapa gemar bila ada orang mempertikaikan tarikh tarikh tertentu sebagai tarikh !@#$%^&*, apa masalah dengan tarikh tersebut?? 13hb misalnya.. ada orang kata tarikh tu tarikh !@#$%, maknanya kita takleh nak buat apa2 event, buat hari bersejarah ke, buat apa2 ke..kalau masa tu ada orang yang nak beranak, minta orang tu tahan sampai 14hb.. eh!! apahal plak?? saya lahir 13hb, jadik orang gak..takde nyusahkan mak bapak saya.. belajar sampai high level lagik! ni sampai nak banned tarikh tu apahal? kalau saya ada berperangai buruk atau sesapa jela yang lahir tarikh 13hb tu berperangai hampagas, itu adalaa perangai kami, perbuatan kami, sikap kami..TAKDE kene mengene dengan tarikh 13! macam laa tarikh lahir korang tu bagus sangat..cuba check orang yang bersalah tu..dorang lahir bape haribulan! Bukan sebab tarikh 13 jek saya bengang..tapi kalau saya dengar orang cakap tarikh tu tarikh ini tarikh !@#$% akan buat saya buat muka!!! TAK SUKAA!!
Memang!!! memang saya kecik ati!! ni bukan sekali dua saya dengar dari mulut orang yang sama, tapi banyak kali.. dia maybe terlupa yang saya lahir tarikh tu. yelaa kan tak alert, masa besday dia sebuk suh orang ni beli hadiah, orang tu beli hadiah..burok beno perangai!
Jangan bagi alasan ikut adat! saya tak setuju..!! ada adat yang kita boleh ikut ada yang kita kene abaikan. kita bukan lagik dalam kelompok zaman dahulu kala, kita kene pk mana baik mana buruk. saya bukan nak ketepikan adat kita, ada juga adat yang saya sekeluarga ikut dan kami diasuh begitu, adat menghormati orang tua, meraih tetamu, adat bercakap, adat adab makan, tapi kalau sampai ada kepercayaan mengarut tu, memang saya tak akan ikut!!!
Itu jekk!!
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 4:57 PM 3 comments
Labels: ntah hapa2, sick, stress