Baru baru ni aku dapat call dar sahabat se'universiti. Tujuan dia call tu amatla murni sebab nak bertanya khabar aku yang sudah lama dia tak dengar cerita. Baru baru ni gak dia ada melangsungkan perkahwinan dia dengan gadis pilihan and aku tumpang gembira dengan berita tu. Sebagai kawan dan sebagai orang yang pernah rapat dengan dia, kita doakan dia yang terbaik dan semoga perkahwinan dia berkekalan hingga ke anak cucu.
Dalam perbualan aku dengan dia.. kami saling bertanya khabar, bercerita tentang hidup, bertanya cerita tentang kawan kawan kami dan macam macam lagi. Semua nya ok cuma ada beberapa yang aku tak berkenan dengan dia ni bila bercakap selalu nak selitkan ayat yang at first aku tak la berapa bengang sangat tapi kalau dah diulang ulang..baik kat dalam talipon, dalam email dan bila berjumpa, beta jadi bengang!!
Dia selalu cakap 'tu la hana, aku nak kat kau, kau jual mahal, kan dah tak kawen kawen...' so whatt?? ada masalah ke? ada lagik..' aku amik kau jadik bini no dua kau nak tak?...' and paling aku bengang..'bini aku tu macam tunggul, aku tak suka la dia....' ok!! kalo tak suka, kenapa kawen? kenapa masa bini dia minta putus tunang dia merayu rayu supaya bini dia tarik balik niat? apa masalah dia sebenarnya? aku pun tak paham.. Bila aku tanya kenapa cakap macam tu, dia cakap 'sebab dia kesiankan bini dia takde orang nak jaga.., dia penah burukan bini dia depan aku dan kawan kawan, mana tanggungjawab dia sebagai seorang lelaki? mana nilai nilai pelindung and sebagai seorang ketua keluarga, dia tak sepatutnya beritahu rahsia keluarga dia pada semua orang.
Bila dia dah sebut semua perkara diatas berulang kali, maka dengan itu aku pun tersembul la ayat ayat bombastic pada dia. aku cakap kat dia yang aku bersyukur tuhan tak jodohkan aku dengan dia sebab mulut dia macam !@#$%, sebab dia ego melampau, sebab dia tak layak jadi suami aku, aku penah cakap kat dia, daripada aku dapat laki macam dia, beh baik aku cari yang lain, cari orang yang aku boleh melindungi aku, boleh jaga aku, boleh bimbing aku, boleh tahan kerenah aku, dan boleh simpan rahsia keluarga.
Dalam perbualan kami, aku minta dia jangan call aku lagi kalau niat dia nak menyakitkan hati aku dan memburukkan keluarga dia. tak sempat dia cakap apa apa, aku off talipon.
Kepada dia yang aku maksudkan.. sila ubah perangai, jaga tingkah laku, jangan asik ingat dia bagus aje and belajar la dari kesilapan yang lepas dan bukannya buat semua ni sebab nak balas dendam. Sekian.
2 comments:
apa jenis laki la kawan ko tu. syukur la ko tak dijodohkan dengan dia. nasihat la dia elok2. dia ni jenis melawan and tak makan saman ni kalau ko berkeras sgt. aku ada member serupa kes macam laki ni.
apa2 pun masalah dia dengan wife dia tu, kesian kat wife dia. apa2 dia tak berkenan kat wife dia tu kena la cakap elok2 dgn wife dia tu. itu la penting komunikasi laki bini ni untuk kemharmian rumah tangga.
cewah macam pakar perunding kekeluargaan plak.
oi kuih cakoi dah habis. sorry beb. nanti aku kirim kat ayah angkat aku untuk ko ye.
hahhahha....kuih ko yang sangat sedap..walopun aku tak makan lagik. huhuhuhu
Post a Comment