aku ada masalah..actually bukan la masalah aku tp masalah member aku..gini..member aku ni mualaf, skrg ni dah tangkap cintan dgn minah melaka yang katanya sgtla memenuhi ciri ciri pilihan yang dia nak..so..disebabkan dah pikir panjang dia amik keputusan nak ikat minah ni supaya tak dikebas dek orang...kiranya pompuan ni glemer gak la kat tempat keje dia...
skrg ni..dia suh aku tolong dia sediakan brg2 hantaran ikut adat orang melayu..dlm kepala dia, dia ingat aku ni sgt tere la bab2 ni memandangkan aku ni org melayu ( i jawa peranakan ok!!!) aku nye baik hati kata OK!! (padan muka aku)
haaa...problem aku ialah..amende nak letak kat hantaran tu..?? ada 7 dulang ( nasib baik 7 jek) aku dah kira2 nak letak sejadah, telekung, coklat, buah2an, yang lebih nye tu apa?? ada org cakap letak kain, sapa bole tolong.
aku bukannya ada pengalaman..cemana aku nak buat...!! tolong selamat kan aku..ada lagik 2 minggu jek..kalo aku tak tolong dia..nanti dia merajuk..aku bukan reti nak pujuk, debik jek bole ar..
ada orang cakap hantaran tunang ringkas ringkas jek..ok..kalo ringkas..sila bgth amende nye tu..pls!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku nak jadi wanita yang kewanitaan..huhuhuhhuh plsssssssss!!
Tuesday, October 7, 2008
S.O.S!!
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 6:09 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
7 dulang ek?mcm nak pinang puteri gunung ledang je.
ko letak la mcm dlm hantaran tu jgk.hati nyamuk, jambatan emas, jambatan perak, air mata anak dara...etc.
tak silap aku, selain tepak sirih, sepersalinan, cincin, erm..dlu2 guna makanan rasanya. rempah ratus pun kalu tak silap ada.
Post a Comment