? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, April 27, 2010

Kaki saya di'spa'kan kununnye kaki banyak ketuat..padahal takdepun..

Baca tajuk jek dah tau dah yang kaki saya sangatla hebat..mau taknye.. tak pernah seumur hidup saya kaki sepasang ni dibuat treatment bagai.. kalau ada pun takat rendam kaki pastu difleksologikan sejam kat Ampang Point, 2nd floor.. haa..ko naik eskelater pastu buat U'turn pastu ko jumpa kedai barang letrik then turn left.. haaa agak agak kedai yang ada bau balm tu, tu la dia nye...;p
jangan lupa sediakan RM40 sedekah kan tukang urut tu..penat woo dia urut sampai sejam,,yang kita elok tido berdengkur krohh krohhh

Dah dah..balik pada cite treatment kaki.. haritu saya telah men'outstation'kan diri saya ikut hubby ke luar daerah atas urusan kerja la ..3 hari 2 malam..so hari last day tu kami jenjalan kat shopping complex apa ke nama nye tah kat tengah bandar Melaka.. (eh! lupa nak bagitahu saya pegi Melaka tadi..) terjumpa la satu both yang bole treatment kaki ni.. oleh sebab encik hubby komplen kaki saya kasar sebab selalu pakai high heel..maka nye dia telah men'suggest'kan saya untuk membuat treatment.. kalau normal price nya adalah RM49 tapi sebab kununnya kaki saya ni banyak ketuat katanya so saya kene amik package harga RM69 ( bongok cakap kaki saya banyak ketuat!!).. selepas di treatment maka cantikla sekejap kaki saya.. dan pastu tak tentu hala saya berjalan sebab selama ni saya berjalan dengan bantuan sel kulit mati..ilang la catwalk saya yang kunun-kunun bagus gila.. perghh!! tak menahan mak!




Ini adalah proses memeram kaki dengan ubat pink yang katanya akan mempercepatkan proses melembutkan sel kulit mati supaya senang nak cungkil cungkil kulit tu..pas cungkil cungkil tu dorang taruk moisturiser cream.. gile peghak saya ni.. ingatkan moisturiser cream kat muka jek.. so sekarang kaki pun dah standard cam muka gak, pasni bole la buat toner kaki plak..tak pun serum untuk kaki ke kan..


Sila amik perhatian ye tuan tuan dan puan puan..ini adalah BUKAN kaki saya.. saya adalah perempuan tulen.. maka kaki saya tidak berbulu-bulu seperti gambar kaki di atas..
kredit pada encik hubby kerana berjaya menjaga bulu kaki dengan jayanya sebab tu bulu kaki tu sihat dan kuat..
sekian..


1 comments:

Azza Azman said...

lawak la tang bulu kaki tu hahah