? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, January 31, 2009

Kenapa perlu cakap macam tu?

Baru baru ni aku dapat call dar sahabat se'universiti. Tujuan dia call tu amatla murni sebab nak bertanya khabar aku yang sudah lama dia tak dengar cerita. Baru baru ni gak dia ada melangsungkan perkahwinan dia dengan gadis pilihan and aku tumpang gembira dengan berita tu. Sebagai kawan dan sebagai orang yang pernah rapat dengan dia, kita doakan dia yang terbaik dan semoga perkahwinan dia berkekalan hingga ke anak cucu.
Dalam perbualan aku dengan dia.. kami saling bertanya khabar, bercerita tentang hidup, bertanya cerita tentang kawan kawan kami dan macam macam lagi. Semua nya ok cuma ada beberapa yang aku tak berkenan dengan dia ni bila bercakap selalu nak selitkan ayat yang at first aku tak la berapa bengang sangat tapi kalau dah diulang ulang..baik kat dalam talipon, dalam email dan bila berjumpa, beta jadi bengang!!
Dia selalu cakap 'tu la hana, aku nak kat kau, kau jual mahal, kan dah tak kawen kawen...' so whatt?? ada masalah ke? ada lagik..' aku amik kau jadik bini no dua kau nak tak?...' and paling aku bengang..'bini aku tu macam tunggul, aku tak suka la dia....' ok!! kalo tak suka, kenapa kawen? kenapa masa bini dia minta putus tunang dia merayu rayu supaya bini dia tarik balik niat? apa masalah dia sebenarnya? aku pun tak paham.. Bila aku tanya kenapa cakap macam tu, dia cakap 'sebab dia kesiankan bini dia takde orang nak jaga.., dia penah burukan bini dia depan aku dan kawan kawan, mana tanggungjawab dia sebagai seorang lelaki? mana nilai nilai pelindung and sebagai seorang ketua keluarga, dia tak sepatutnya beritahu rahsia keluarga dia pada semua orang.
Bila dia dah sebut semua perkara diatas berulang kali, maka dengan itu aku pun tersembul la ayat ayat bombastic pada dia. aku cakap kat dia yang aku bersyukur tuhan tak jodohkan aku dengan dia sebab mulut dia macam !@#$%, sebab dia ego melampau, sebab dia tak layak jadi suami aku, aku penah cakap kat dia, daripada aku dapat laki macam dia, beh baik aku cari yang lain, cari orang yang aku boleh melindungi aku, boleh jaga aku, boleh bimbing aku, boleh tahan kerenah aku, dan boleh simpan rahsia keluarga.
Dalam perbualan kami, aku minta dia jangan call aku lagi kalau niat dia nak menyakitkan hati aku dan memburukkan keluarga dia. tak sempat dia cakap apa apa, aku off talipon.
Kepada dia yang aku maksudkan.. sila ubah perangai, jaga tingkah laku, jangan asik ingat dia bagus aje and belajar la dari kesilapan yang lepas dan bukannya buat semua ni sebab nak balas dendam. Sekian.

Durian oh durian


Last week beta and SF pegi melantak durian kat kedai durian area Wangsa Maju, kat situ memang port beta la kalo nak makan durian since 2005 , sebab nye kalo nak bawa balik beta kene pikir 15 ratus kali memandangkan bau durian ni tersangatla harum..kang ada plak kete beta yang kecik tu bau wangi..
Kebetulan kat Kedai Durian tu ada tempat makan durian, siap ada pondok lagik untuk makan durian..so beta makan dengan santai nyelaa..
Ada macam2 jenis durian yang beta nenok..sumenye made in Malaysia.. sorry!! beta tak bape gemar durian luar negara.. Durian Malaysia paling bagus!! Sume durian yang ada kat kedai tu dtg dari Pahang. Tauke nye ada dusun sendirik..memandangkan sekarang ni bukan musim durian so durian kat situ agak mahal la siket, tp suka punya pasal..beta lupakan yang mahal tu..
Ada durian tembaga, durian musang king, durian udang merah..dan banyak lagik laa.. beta amik durian udang merah sebijik dan durian geset ( kalo tak silap) sebiji.. rasa durian udang merah sangat manis so beta tak bape sangat la nak makan, tapi geset tu rasa sedap2 la..lemak2 durian so beta prefer durian geset lagik.. kalo tak silap sekilo adala dalam rm13 untuk kedua dua jenis durian tu dan lepas timbang sumenya berjumlah rm40 (tauke tu suh bayau rm35 jek) memang sedap memang hingga menjilat jari (yelaa mahall!!!) tauke kedai tu kata, sepatutnya harga durian tu adala dalam beh kurang sekitar rm20sekg..katanya laa...!! hmm..bole buat duit nih.. bole buka bisness..tapi kene ada dusun dulu.. balik dari makan durian tu, beta and SF berangan nak beli dusun durian..and pastu jual.. beta suh SF jadik penanam pokok durian..and beta cuma pengutip untung dan tukang rasa ( nak check durian tu sedap ke tak..huhuhuhu)..kira ok la tu kan.. SF kene keje kuat..dia kata dia nak sihat dan nak ada badan sasa ( ni aku tambah2) tapi kami angan2 jelaa..kami berangan dalam kete start dari wangsa maju sampaila kerumah beta kat Ampang.. tu jekkk!! tata

Tabung

Tak tahu ni tabung keberapa biji yang beta ada. Tabung ni beta dapat dari SF, dia beli dua biji..satu untuk dia, satu untuk beta.. beta sememang nye kebetulan mencari tabung baru sebab syiling beta dah mula berbukit.. beta ni suka mencampak2 jek duit syiling kat umah.. so bersepah..kekadang tu sampai terpijak pijak..pastu marah tak tentu pasal sebab sakit kaki..padahal beta yang sepah2kan.. so dengan adanye tabung ni dapatla beta kutip balik syiling2 yang bersepah tadi and masuk dalam tabung ni. Beta bagi nama tabung ni 'katak buncit ' sempena rupanya yang macam katak (memang laaa!!) and yang pemberinya tu ada perot yang buncit ( SF ku!!)
Rasa tak sabar nak penuhkan tabung ni, korang kalo baik ati bakler duit syiling bagi beta.. beta tolong simpankan dalam tabung katak buncit ni..bole kan kan kan kan..!!! nanti dah penuh, beta ingat nak masuk kat ASB nak simpan..bak kata mak abah (orang tua2...cewwaahh!!) sikit2 lama2 jadik bukit..tapikannn tu angan2 jek, takut ada yang kopak tabung tu nanti sebab tengah bulan huhuhuhuuhu... Oklaa..sekarang ni tgh main lawan2 dgn SF sapa punya tabung paling cepat penuh..ala!!! awal2 lagik SF dah main tipu..dia dah ada duit syiling dalam bekas syiling dia..and dia selamba transfer jek duit tu dalam tabung katak dia..tak acii!!!
Beta doa semoga tabung dia tertukar dgn tabung beta so bole la beta declare yang tabung katak yang dah pnuh tu beta yang punyee hahhhaahaaa

I'm sorry

Bertuah kan jadik pompuan.. dapat bunga..and teka la kali ni bape kuntum bunga beta dapat? Patricia opismate beta tolong beta kirakan bunga and dia kata ada dalam 69 kuntum.. Kenapa dapat bunga? sebab ada isu..tapi takyahla beta cerita kat sini apa isunye..

Bunga yang sama dgn sebelum nya mesti datang dari orang yang sama.. Terima kasih. Ayat pada kad tu penuh emo and tragis.. yang emo bila kita tahu puncanya.. yang tragis nye..sebab ayat tu..satu department duk usik2 aku..termasukla director2..MC, MW, MY..dorang sekarang dah tahu nama penuh aku sebab kad tu.. disebab kan tempat aku tu laluan orang so semua nampak and siap kirakan lagik bape kuntum, Sewaktu bunga tu sampai, aku takde di kawasan ofis sebab kelua menjalankan tugas, ada beberapa orang call aku and salah sorangnye guna kuasa veto suh aku balik ofis.. aku ingatkan amenda..rupa2nye benda ni..huhuhuhuh ok.. Tq..


Terlepas cakap

Pernah tak korang terlepas cakap seuatu perkara pada seseorang yang kita anggap sangat pening dalam hidup kita? Ada banyak kemungkinan kita terlepas cakap,
1. Sebab tak sengaja cakap..bak kata orang tergelincir ayat..
2. Sebab buntu..jadi tak sedar apa yang kita cakap
3. Cakap takde niat..memang sukati nak cakap..kiranya asal sedap mulut jekk
4.Cakap ade niat..memang nak cakap..kiranya mulut dia sangat lazat
5. Dipaksa bekata macam tu oleh seseorang, dua orang atau tiga orang..
Kadang2 ayat yang kita nak cakap tu tak kene pada waktu, masa dan tarikh nye..itu la salah satu penyebab orang yang berinteraksi dengan kita pada masa tu kecik ati.. Kalo isu tu kecik, maybe dia tak amik 'pot' sangat, tapi kalau isu tu besa..amatla makan dalam dan kadang2 ada parut dalam hati.
Berfikir dulu sebelum bercakap..jangan asik tergelincir je..cara kita bercakap mencerminkan kematangan kita berfikir. Cara kita bercakap mencerminkan personaliti kita dan pendirian kita pada sesuatu isu..
Sekian

Tuesday, January 20, 2009

ngantuk nyee

aku ngantuk!! sapa bole bagi pinjam batang mancis..
semalaman takleh tido...
cemana nii..!!!
lepas lunch hour jangan carik aku kat opis..
aku 'separuh hari' harini..
ada benda nak kene buat..adeiii!

Monday, January 19, 2009

sambungan 'soalan'

aku sayang dia...
kalo kita betul2 sayang kan seseorang, kita mesti akan rasa sebak bila keluarkan word 'sayang' dari hati kita sendiri kan kan...
tgkk!! mata aku dah berair dah..

Dia minta maaf sebab buat aku sedih..dia baik kan!!
kenapa nak minta maaf...aku yang salah..bukan dia, dia buat aku betul2 happy skrg ni, betul ke aku happy?? BUKTINYA!!! ni berat badan naik 3kg, sapa nak jawab?? sekarang ni in process nak turunkan semula, mak abah cakap muka aku dah tak cengkung..huuhuu ketara sangat la buruk beno muka cengkung aku..

Dia minta aku jangan give-up, dia minta aku sabar, dia cakap doa takkan jadi tanpa usaha.. dia cakap lagik, ini sume bukan untuk satu hati jek, tapi dua hati yang bakal disatukan, dia kata aku kene kuat semangat..dia kata dia nak aku yang dulu, yang tak mudah mengalah..kenapa dia cakap kat aku macam tu? sebab aku down.. aku cakap kat dia "kita doa ajelaa..." tp dia kata salah!! kene gak doa sambil berusaha..

Memang salah aku, aku yang macam mengelak.. aku pun rasa aku yang mengelak, yee...salah aku lagik..memang salah aku..sebab satu isu je, sume yang berkaitan aku campurkan. teruk kan aku ni...

Awak... saya minta maaf.

Sekian.

Sunday, January 18, 2009

Doa


Doa Untuk Memudah Sebarang Urusan

" Ya Allah! Lembutkan bagi kami pada memudahkan setiap urusan yg sukar. Maka sesungguhnya memudahkan setiap yg sukar itu amatlah mudah di sisiMu. Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami segala urusan kami serta ketenangan hati kami, keselamatan dan kesihatan pada agama kami dan dunia kami"

soalan

SEBAKK!!..

tu ayat pertama keluar dalam hati aku.. (bole tak aku nangis dalam
hati?) tak tahu nak jawab soalan yang dia tanya..


kami penah bincang and aku pernah rasa excited yang amat sangat dulu.. tp bile kene sergah dgn dia.. aku terus tersentap, and sampai sekarang bila dia nak bincang benda tu, aku tak berani.. aku takut terlebih sudu dari kuah..


dia penah terlepas cakap " ni yang aku tak suka ni" ... ayat tu yang aku ingat sampai sekarang.. aku tak benci dia..aku tambah sayang adalaa.. tapi aku dah pikir, aku berserah jela.. dia penah cakap kat aku, "saya tahu apa yg saya buat" beh kurang macam tu la ayatnye. so dengan itu kepala aku dah set yang aku akan meng'iya'kan je apa yang dia dah pikirkan. kalo dia kata 'a', aku akan kata 'a', kalo dia kata 'b', aku ikut gak kata 'b'.


aku bukan taknak jawab soalan dia, tapi aku memang dah tak tahu nak jawab soalan dia. aku takde idea!! salah ke? aku tak tahu la kalo cara aku ni buat dia terasa ke.. tapi aku nak dia senang hati dan relax.. aku taknak bebankan dia dengan perkara ni sebab aku rasa dia ada lagik benda yang paling penting selain dari perkara ni. aku taknak dia tertekan ...tu jek.


oleh itu...meh makan kopok lekor!!! perghhhh.....!! ni salah satu cerpen memula aku.. nanti kalo aku tak ngantuk..aku sambung lagik ekk.. nak kumpul banyak2 pastu hanta kat karangkraf ke dewan bahasa dan pustaka ke (konpom cerpen aku kene reject, ayat campur2).. semoga aku berjaya!! SELAMAT BERKERJA ESOKKK!!

Friday, January 16, 2009

Minggu yang mereng..

aku duduk uma sambil tunggu SF kol....hari ni dia ada tresure hunt..entah menang ke entah kalah.. Aku duduk Ampang melangok sambil makan buah-buahan tempatan..melon, Buah pisang kaki and mangga muda.. ni masuk ni dah 4 kali masuk tandas sebab makan mangga muda, masam meme la masam tapi sebab cicah dgn pencicah mak bee..fuhhh!! makan tak berhenti..sudah nyeee aku sakit perot!!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sepanjang minggu ni aku mereng sikit, emo ada..sakit ati ada..sensitif..., tp aku cuba tak layan emo aku, kalo aku layan..takdela korang nampak aku gelak gelak.. Kebetulan plak minggu ni ada prob siket kat opis.. 'kehendak pelanggan gagal dipenuhi' so masing masing tunding jaring antara satu sama lain..yang aku angin tu siap 'serang' aku tu!! angin betul aku.. nasib la aku waras..kalo takk lama dahhhhh...( ceh ayat kunun2 tere!) sapa yang serang aku?? Mr.T (nama dirasiakan) dan Mr.H (jugak nama dirasiakan..) dtg opis aku jerit sapa yang buat documetation 123 ni (slh satu form yg kene isi kalo nak buat kad) aku cakap la yang tu aku buat.. pastu dia dtg kat aku tunjuk form tu bebel2..aku buat2 cool and relax, yang Mr.H mengiakan jek.. bila dia dah habis bebel.. aku pun cakap... korang ni tak nampak ke yang form tu aku dah bagi arahan dengan jelas jgn letak benda tu..haa!! amik koo! terdiam japp.. pastu dia nak cover dia tunjuk BOM ( documentation yang engineer buat) aku jawablaa mana la aku tahu pasal BOM, ni korang nye part bukan aku, aku yang bg arahan takkan aku yg prepare,
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pastu dia banyak plak bagi alasan.. ni antara sedutan dialog aku, Mr.T dan Mr.H dari awal sampai dia blah, mana yang aku ingat jek la ekkk:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mr. T: Who's doing this document?
Aku: Me.. Y? (padahal aku dah tahu apa sebabnyee..)
Mr.T: You buat salah! kenapa you tick sini..tgk kita suda salah letak chip,
Aku: I tak suruh pun you all letak chip..(sambil tgk fom tu)
Mr.T: Ini apa? u tak nampak kaa? ini terang2 sudah tulis..
Aku: apa pulak.. I dah tulis situ n/a maknanya 'not applicable' and siap sign lagik.. takkan you tak baca betul2..
Mr.T: mana ada, ini tick punye.. ( baru perasan dia salah) ini sapa prepare haaa..you kol Kak N,
Aku: (aku pun kol Kak N minta dia datang)
Mr. T: sapa ajar you letak 'N/A' ? kami suda konpius..
Aku: Ali yang advise i letak not applicable sebab i dan dia tak sure kat mana nak letak chip tu, lagikpun ini kan repeat order, i siap bgth kat situ yang ini repeat order, you tak baca ke?
Mr.H: kami ikut BOOOOMM maaaa..you yang prepare..kami ikut aja laa
Aku: Apa plak, i prepare sampai setakat design aje..yang BOOOOMM mn la i tahu, you all yang prepare, i tak penah tgk form ni, and i tak paham apa yang ada dalam BOOOOMM
Mr.H: ya ka you tak prepare, habis kenapa ada chip sini design takde?
Aku: you all yang letak, mana la i tahu, i bagi instruction jangan letak, kenapa you buat jugak...
Kak N: (dia pun dtg..)
Mr.T: N ni apa ni.. slh ( dia nak blame Kak N pulakkk, tak habis2..)
Kak N: mmmm..kalo tgk kat sini sebenarnye benda ni awal2 lagik dah salah, kat satu lagik form design (bukan yang aku buat )ni, yang customer sign, design takde letak chip tapi dalam arahan ada.. itu yang dah silap.
Mr.T: tp dia letak 'N/A' maa... itu yang kami ingat kena letakk
Kak N: N/A is Not Applicable maknanya tak perlu
Mr.T : Aiyaaa you dah buat kami konpiuss.. mana itu Ali, panggil dia
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
....And Ali pun datang....kesian Ali.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mr.T: Kenapa you suruh Hana ketak 'N/A'?
Ali: kami tak sure kat mana nak letak chip sebab dalam design takde letak chip,
Mr.T: lainkali aa jgn bg konpius org..you letak situ N/A bermakna u suruh kami letak chip
Aku: Apa plak, dah terang terang i taknak u letak chip tp u buat jugak, yes! at first i tick but lepas Ali and i discuss, kami decide taknak letak sebab nak double check semula, sebab tu i biakan kad tu blank without chip, tiba2 kad tu dah ada chip and bila pelanggan tengok chip yang you letak tu salah.
Mr.H: kami konpius maaa.. lagikpun kad ini urgent so kami buat malam..takde sapa bole refer.. jadi kami buat aja laa
Aku: kenapa tak kol untuk konpom kan?
Mr.T: Aiyaaa you jgn ingat operator kami pandai...sume blaja smp tingkatan 3 saja..
Aku: aikk!! ( aku nak menjawab..tp kang panjang plak cite nyee, habis tu dia engineer dia blaja smp tingkatan 3 gak ke? yang operator tu takde supervisor ke? nak salahkan operator plak, operator ikut arahan jek)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
....tiba-tiba K dtg...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mr.T: You sudah bgth Mr.B ka?
K: Belumm tapi i will informed him..
Mr.T: Bagus..jangan bagitahu...
Pastu Mr.T and Mr.H blah.....dah tahu dah la kan sapa salah..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ada benda yang aku rasa kelakar..PERTAMA, muka Mr.T bila aku tunjuk kan N/A tu... terus berubah..dia dah tahu dia salah kot, sebabnyaaaa nak salah kan aku?? benda tu dah meme normal practice laa sebelum aku wujud kat situ pun meme N/A dah dibuat. and kenapa selama ni takde problem pun tetiba bagi alasan pasal N/A..huhuhuhuuuh
KEDUA, Cara Mr.H kelentong, dia kata dia buat malam, padahal aku check kat department yang buat schedule tu kata dorang buat baru pagi tadi..haaaaa kelentong pun tgk orang laa.. sama jek lulusan aku dgn diaa..
KETIGA, Ada plak dua makhluk fire stone masa tu..yang sorang tu bole plak sebuk tanya' ko kene marah ekk' aku buat2 cool ajek..dia tak tahu cite..so malas aku nak explain.. siap bgth boss aku tu, bole tak kalo aku jek yang bgth sendirik?? pastu yang seketul ni yang aku angin gilerr..dia nak backup Mr.T plak, padahal dia takde kene mengene dengan masalah tu, aku angin..aku cakap kat dia.."bole tak you blah b4 i jerit" and dia blah dgn muka selamba and sememang nye dia tu meme sume dah sedia maklum seorang yang selambaa..perasan managerr...and again plsss!!! buat masa niii dia tu sama level dgn aku..dia bukan boss aku..!!
YANG KE-4, aku tak suka Mr.T merendah rendah kan operator2 dia.. so wut?? kalo dorang belaja smp tingkatan 3 pun, ada masalah ke? ada diantara dorang meme tak mampu nak sambung belaja walaupun dorang cerdik..kita tak tahu perjalanan hidup dorang, tanpa dorang kilang takkan berjalan, ko nak ke buat keje2 dorang? mesti ko taknak kan? ko mesti cakap 'apa kelass!!' dorang sanggup, dorang buat..dorang tak kesa keje siang atau malam, meme la dorang bergaji tapi kalo ikutkan gaji yang dorang dapat takla setimpal mana..jgn ingat dorang takde perasaan, ada diantara dorang lebih bijak dari kita, kadang2...makin pandai orang tu belajar, makin kurang etika adab tatasusila nye.. so cakap tu beringat!!
KELIMA,In future, Mr.T kene check dulu before nak serang aku.. check habis habis document tu..haaaa kan dah termaluu, for your info, b4 document tu masuk production, ada satu meeting yang mana sume manager2 akan duduk dan check document tu and sigm, haaaaa... kat situ dorang dah tersilap, kalo dorang nak reject aku punye document tu meme dah bole dah masa tu tp dorang tak buat, and aku assume yang document aku dah lengkap, kalo aku salah aku akan cakap aku salah and aku akan minta maaf.. takpelaaa sume orang berhak pertahankan diri.
KEENAM, Aku tak salah kan Ali sebab dia dah buat apa patut, and meme apa yang dia buat tu betul..nasihatkan aku utk letak N/A sebab dia pun tak sure.. apa akan jadik bila aku letak N/A, sepatutnye chip tu tak diletak dan kad itu masih berkeadaan selamat dmp la ada arahan baru dari part aku utk letak kat area mana chip tu sepatutnye diletakkan.
KETUJUH, Kesian K susa hati..
Oklaa..keje pun dah selesai, customer pun dah dapat kad yang baru... and aku pun dah forward issue ni pada boss, and hopefully benda ni akan jadik pengajaran aku, Mr.T, Mr.H dan sesapa jek yang berkaitan. Mujurla aku ada morale support yang kuat pada boss aku, 2 orang boss aku yang nasihat kan aku and bagi aku semangat.. kata2 perangsang..haaaaaaa semalaman aku takleh tido hari tu..sapa tak susa hati beb, walopun tak banyak salah kat aku, tapi bila terpikir nak menjawab dengan big boss, dgn customer..nak uruskan kad ni..aku jadi susa hati..Alhamdulillah sume nye dah selesai.. AMIN
Hari Jumaat customer tepon aku cakap Thank You.. aku blurr!! siap nak belanja makan... aku lagikla Blurr.. aku dah buat salah dia kata Thank You... tanda soalan...!!!

Saturday, January 10, 2009

katak penyek

Sama samala kita mendoakan kebahagian haiwan ini di dunia lain, haiwan ini dipenyek oleh orang yang tidak bertanggungjawab melanggar haiwan ini. orang itu dipercayai membawa kenderaan muatan berat, Haiwan ini mati di tempat kejadian, Punca kematian akibat pendarahan yang seriuss..
Gambar diambil di Bali,
Jurugambar oleh SF ( kenapa la awak amik gamba haiwan ni.. kan ada benda lain yang bole disnap, adehhhh!!!)

Cara-cara membuat karipap cumel!!

harini aku nak ajar korang cecara nak buat kuih karipap yang sgt simple tapi sedap.. senang jek, bahan-bahan nye adala..(kalo betul huhuhhh) utk doh, kita perlukan garam secukup rasa, tepung gandum dan mentega..hahhaahah senang kan kan, kalo isi.. kita cuma beli serunding kat pasar malam atau kedai yang jual serunding dengan harga rm20 sekilogram, korang takyahla nak beli serunding sampai sekilogram, agak agak arrrr!!
OK memula..cecara nak buat doh, korang masukkan semua ramuan yang aku cakap tadi, gaul2 sampai jadik doh..hah!! kan senang tu, takyah pikir pikir dah..


lepas tu korang amik serunding letak dalam bekas supaya senang nak masukkan serunding dalam karipap nanti..

cara2 nak buat bentuk karipap, amik sikit doh and buat bulat bulat (ni cara aku arr..) pastu penyekkan nye jadik leper..pastu letak serunding kat tengah2 bulatan penyek doh tu, pastu lipat doh tu..pastu ketip ketip kat tepi karipap, orang yang tere macam ake jek tere buat ketip ketip karipap tu, tangan senila katakan....(hok alohh!!! buruknyeee)


Inila hasilnye karipap yang aku buat...ada macam2 saiz, ada saiz 's' saiz 'm' dan saiz 'L'.. ada panjang2 dan ada yang pendek2..(apa gelak2!!!) tujuan ada saiz tu sebab nak tengok kesesuaian mulut..kalo mulut besa, amik yang saiz 'L' kalo kecik..sila makan yang kecik kecik, jangan tamak!!!


pastu...dah habis buat ketip ketip tu.. panaskan minyak dalam kuali, sila guna minyak masak yang baru, jangan yang recycle, tak sesuai!!!!pastu goreng la karipap tu smp keluar warna keemasan...huhuhuhuhuhuhuhuuuu jangan lupa angkat karipap tu and masukannye dalam balang yang cantik, supaya orang tak tahu yang karipap kita tu ada macam2 saizz..



itu jek resepi baru aku, nengkali kalo ada resepi, aku akan update kan dari masa ke semasa..selamat MENCUBA!!


hadiah dari A M Low


Hadiah utk exchange gift ler..bukan A M Low saja2 nak bagi kat aku.. ikut nombor huhhuh... hadiah botol air yang sgt cumel.. suka giler aku, sebenarnya exchange gift tu utk department Shipping, Production Control and Warehouse, tp aku tetiba menyelit kat department tu huhuhuhuh.. peduli apa.. aku nak hadiah.. nak! nak! nak!

Exchange gift tu hari Khamis, dah tu aku tak ada pulakk..(xdpt makan KFC..huwaaaa!) aku MC kan..so Mas la yang cabut undi bagi pihak aku.. nasib laa dpt botol air, kalo aku dapat minyak gamat..huhuuuu tambahla koleksi minyak gamat aku, hahhhhhahah,

Walopun aku takde tapi aku dapat rasa kemeriahannye..ok..Thank You AM Low.. i like it very muchh!!

Aku terjatuh!!

Kisah hari Rabu lepas, aku ada appointment dgn MARA kat KL, janji dengan dorang dalam before 1pm aku akan smp, masa tu dah pukul 12.00pm, so aku pun bekejar nak gi kereta aku kat luar, memanglah S&M ada parkingnye sendirik tapi bukan semua yang dapat letak kereta kat parkng S&M, kotak parking cuma ada 10 kotak jek, limited giler...sapa cepat dia dapat... Mmm...balik dari cite aku, aku terkoncoh koncoh ke kereta aku..aku turun tangga yang agak curam..aku ni takut gak nak turun tangga tu tapi nak buat cemana, buat ajela.. setiap kali turun aku tangga mesti aku pegang tepi tangga tu..ngeri rasanye..step by step dgn penuh hati2.. ok aku dah selamatt!! kiranya aku dah tak perlu pikir ketakutan lagiklaa...elok aku jalan kat jalan batu tu tetiba kasut tumit aku tu cam licin giler..and langsung aku tergelicir kebelakang.. lengan siku aku sakit sebab cuba tahan badan dari jatuh, pastu kepala aku terhantuk kat batu jalan tu...rasa nak pitam pun ada masa tu, urat badan aku macam terkejut jek..huhuhuhu..pening2 jap masa tu , tp sebab dah lambat aku gagahkan diri gak la pegi ke KL, ada gakla orang nampak aku jatuh masa kejadian tu, tp sebab aku buat2 ok..dia jalan jela..

Balik dari KL dah rasa lain macam jek badan ni, aku gi la jumpa Mas minta dia picit, meme sakit badan2 aku.. petang tu habis jek keje kebetulan aku ada appointment doktor, aku jumpa la doktor tu cakap badan aku sakit2 minta dia check, lerr...aku demam terus rupanye..suhu badan dalam 38`c, dia kata baru nak mula..ubat banyak gilerr di bagi.. esoknye badan aku lemah, and mc la aku...

Kesimpulannye kalo turun kat jalan batu tu kene hati2..sebab jalan kat situ banyak berlumut, patutnye jalan tu kene dibersihkan so takdela orang terjato..huhuhuhuhuhuuh sekarang ni kalo nak g tangga tu..aku akan lalu jalan yang bertar tu.. dah macam takut lak..huhuhuhuhh tu jek la cite aku.. hati hati tauu!! Noyy, tasha..korang kene hati2.. kang jadik cam aku huhuhuuh






Wednesday, January 7, 2009

gambar

Last weekend aku ajak SF temankan aku jogging kat TAMAN TAR, kat Ampang area.. kami takla jogging mana pun, kamibanyak berjalan jek..tp aku lengkap la dgn kasut jogging, tp SF dgn selipar capal nye..plus kemera..
sebabnye aku cakap kat situ ada banyak monyet..so dia pun berminatla nak amik gamba monyet kat situ..
ok..korang nenok la hasil SF ni..

gambar 1; hah?? kenapa?? ada apa2 nak komen??
monyet betina ni baru jek lahirkan anak kurang dr sebulan gitu, kata SF (macam la tere sgt) bontot monyet betina tu merah lagik, banyak darah..
gambar 2; monyet jantan..mana aku tahu?? check ar sendirikk!!


gambar 3; dorang tgh survey tu...


gambar 4; lazatnye kulit pisang..kata monyett

gambar 5; monyet betina ni pemalu, asal kami nak amik gambar jek dia tunduk2..macam paham2 jek..adehh!!
sebenarnya banyak lagik SF snap.. aku jek malas nak meng upload kan gamba2 tu.. hhmm...any komen? kalo taknak komen kat sini pun takpe, nanti jumpa aku korang komen la yekk..alaaa macam tak biasa..huh!!






adia TAG aku

ni gamba aku amik dalam kete masa SF g solat, tu yang kabur,

kene tag la pulak...takpelaa..keje sekolah yang cikgu adia bagi takla susah mana pun.. kebetulan pulak, tempat yang aku teringin sgt nak bergambar tu aku baru jek amik last few week.. habis keje terus ke Putajaya..aku bagi alasan nak makan sate kat sana..

kebetulan pulak SF bawa kamera so aku amik peluang amik gambar kat situ... tettttt!!! sebenarnya aku malu nak bergambar depan SF, nanti dia gelak2..kebanyakan gamba aku, SF curik curik snap.. tp takpela..aku suka jekk!! (sbnrnya aku tahu dia nak amik gamba aku, tp aku buat2 tak tahu)

kalo kat Malaysia aku teringin sangat nak amik gambar kat Putrajaya..tempat2 lain tu aku takde kesah sgt sebab nye... aku ni jenis main belasah jek..mm...adia..ni ha gambar yang awak nak nenok..sila laaa




ni sebab kaki beta tgh saket, sementara SF amik gamba bunga, bangunan, burung..aku duduk arr, kata member tengah berlatih amik gambar..

aku tgh intai SF, tp SF g snap pulak..

"helo pakcik SF, cepatlaaa orang dah lapaaa...jom la makan sate samuri yang sedap tuu, esok esok jela kita sambung amik gambaa.."huhuhhuhuhu (sbnrnya aku meme teringin giler nak amik gamba kat tepon awam ni, sb nye sekarang aku dah lupa cemana cara nak pakai tepon awam akibat hp..so gamba ni adala gamba favorite aku, eerrrr bukan pasal logo kat tepon awam tu ekk)

aku tak tahu ini dapat memenuhi citarasa Adia ke tak..setakat ni jela yek Adia, harap kamu berpuas hati..

Sunday, January 4, 2009

bila nak kawen?

Artikel ni best, aku copy paste jek.. korang baca la ek..

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin???
Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)

Bila nak kawin???
Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada

Pertanyaan

Aku amik artikel ni dr http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/pertanyaan-untuk-cinta/
beta bukan ler jiwang, tp share je dgn korang.. nak baaca, sila baca...la ekk

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimuberdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandanganmata darinya?Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahuia ada di sana?Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yangdiinginkan semua orang?Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamumenyintainya kerana kamu tidak ingin melukaihatinya?Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandanganmatanya membuat hatimu melompat?Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya keranakamu mengambil berat tentangnya?Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiaphari hanya dia yang kamu fikirkan?Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkarayang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuranantara kesakitan dan kegembiraan yangmembutakan dan tak terfahami … menarikmumendekati dan tetap bersamanya?ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itubahagian dirinya dan siapa dirinya?Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setiadengannya tanpa penyesalan?Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannyawalaupun saat itu dia kuat?ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika diabersedih?ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuhjiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?Yang demikian itulah namanya CINTA

10 hadiah utama yang sering dilupai

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain.

Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

mak long Hana

Dengan bangganye nk bgth tak lama lagi beta akan jadik maklong.. tu jek.. huh? soalan cepu mas?? jgn tanya ek... nanti2 aku bgth...

Friday, January 2, 2009

BukaN SUPER STAR

Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
kau yakin ngefans karena urang keren

Sexy badannya.. Mulan Jameela
cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
dekat denganku.. dialah aku..

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya
Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Andai ku Letto
wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya
Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Kata orang ku mirip Glenn Fredlysuara merdu,
wanita jatuh hati

Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~
Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masya ya iya dongduren aja dibelah bukan dibedong

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…

http://www.youtube.com/watch?v=RQmm2lIc7NM

Label: