Statement takleh blah.. tapi tu la yang saya nak cerita..
Mukadimah yang tak bape jadi tapi rasa biala straight foward..
Ini pandangan peribadi saya dan TIDAK sesekali melibatkan hati dan perasaan..maybe lebih kepada sebagai seorang kakak atau seorang sahabat baik atau seorang yang dewasa.
Macam ni cite nye.. al-kisah si dara ni nak kawen tak lama lagi dengan jejaka yang pilihan sendiri.. kenapa saya kata jejaka pilihan sendiri.. sebab dia dah buat keputusan nak kawen dengan pemuda ni walaupun kata nya dia dah takde hati pastu mak dia pujuk suh dia kawen gak dengan pemuda ni. Ntah betul ke tak saya tak pasti sebab saya dengar dari mulut orang je.
Dulu.. dia ada kawan untuk mengadu..masa tu dia dah pun jadi tunangan si pemuda ni..ok, actually first step lagi saya dah diam kan diri walaupun saya tak setuju cara dia mengadu.. tapi tu ddduuullluuuu... dan sekarang dia amik keputusan nak kawen dengan pemuda tu, maknanya dia dah buat keputusan sendiri nak sehidup semati dengan tunangan dia tak lain tak bukan bakal suami dia sendiri.. Kalau kata itu keputusan keluarga..dia ada hak untuk tolak sebab ini melibatkan masa depan dia sendiri dan perkara kawen kawen ni bukan benda main-main. Nak kata dia tak suka kat tunang dia, rasa nya tak juga.. ada gak teerrr nampak depa berpegang tangan, bergurau senda..letak tangan kat atas paha si tunang bagai.. ai nampak ok!
Dipendekkan cite.. tarikh kawen dah nak dekat dah.. tapi masih nak cerita hal tunang dia.. yep!!! maybe si tunang ada buat salah tapi kalau kau dah pilih dia maknanya kau kene terima buruk baik si tunang ni. Takkan dah kawen nanti masih nak mengadu pasal .. saya boleh katakan keburukan si suami? itu dah melibatkan orang ketiga.. dan kau kene belajar dari sekarang untuk tutup mulut.. kalau tak tahan sangat mengadulah pada orang yang lebih berpengalaman dalam hal-hal rumah tangga. Dahler si tunang ni ada rasa "luar biasa " pada orang yang si dara ni nak mengadu .. tak pasal-pasal kang kot la terkantoi ke kan..boleh jadi gaduh besar, silap hari bulan dua dua kene pelempang. Memang niat tukang dengar ni baik tapi percayala..niat baik awak tu maybe akan jadi tidak baik bagi si pemuda tu. Sebagusnya biakan dia belajar berdikari, berpijak di bumi yang nyata.. kalau tak prektis dari awal.. takut nanti melarat sampai kawen, yep!! soal jodoh kita tak tahu sampai bile kan.. tapi kalau bole elak kita elakkan.
Senang cite cuba letakkan diri kat si tunang tu.. apa perasaan dia bila dia dapat tahu orang yang dia paling percaya, paling sayang, paling dan segala mak nenek paling la kan.. bercerita hal keburukan diri dia pada orang lain.. malu kan? awak ada pengalaman jadi tunang orang betul tak? mesti awak pun tak suka tunang awak sendiri cerita hal buruk awak pada orang lain kan kan..
Harap masih belum terlambat lagik untuk berubah..belajar dan berdikari... Masing masing pun dah ada tanggungjawab so bertanggungjawab la pada yang sepatutnya. Jangan sampai ada hati yang terguris sebabkan pihak lain.. Kalau pun korang ada "angkat-angkat" ni.. Sekarang adalah masa untuk tahu limitnye.
Bukan nak menyebuk, saya pun masih lagik belajar dan belajar.. sila betulkan saya kalau saya silap.
Sunday, May 16, 2010
Biarkan dia berdikari..
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 8:25 PM 6 comments
Labels: story
Thursday, January 28, 2010
Ku Naik Muto lalu Ku...
Semalam saya nek muto dengan tunang saya pegi Pavillion nak nengok muvi ( cerita 'Legion' seriuss tak bess!)...
Sepatutnya nek kereta tapi sebab jem gile tak hengat makanya tunang pun suggest suh saya nek muto dari opis dia..
Dari opis saya ke KL cuma amik masa 15menet jek, tapi bila dah masuk KL nak ke opis tunang..jemmmmm!!! jalan yang cuma amik masa 2 minit utk smp ke opis en.tunang, dah jadik setengah jam.. so saya pun kol la en tunang buat laporan keadaan trafik yang jem.. dan tunang dengan gagahnya pun kata..."kita nek muto je la.., helmet awak dalam kete kan?" .. ok!!! i agree!! saya tak pk panjang.. masa tu cuma pk.. saya pakai baju kurung, cemana nak duduk ekk, kang kain terangkat smp betis..aihhhh!!! tak penah nek muto pakai baju kurung pun sebelum ni...
Dah smp opis, sebab dah lambat (lewat stengah jam tgk muvi) saya terus capai helmet dan naik muto..
Vrooommmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!
Dia dah buat dahhhhhh!! saya rasa cam nak nanges dan cam rasa nak terjun muto pun ade sebab en.tunang bawa muto menyelit nyelit dan laju.. siap pesan jaga lutut takut tergesel.. saya punya la kepit kaki saya sebab takut kene gesel punya pasal.. asal nampak tempat dia nyelit tu kecik..dia jerit " sayang! kepit sayang kepit!!" saya pun kepit la kaki saya... ada lori besarr..ada bas.. berhenti kat belakang bas bau asap.. elak dari kereta bodoh yang tak reti nak bagi signal..ada teksi ngokngek sesuka hati berhenti tengah jalan..pastu nyelit nyelit antara kereta dengan kereta.. pastu nyaris nyaris nak kene side mirror kereta kereta..
Pastu tunang pesan badan jangan keras sangat, ikut lenggok muto..saya tak paham sebenarnya tapi saya terpaksa buat-buat paham..sebab nak selamat, saya pun lenggokkan badan saya lemah gemalai dan..dan akhirnya kene cubit dengan tunang.. salah ke??
kalo mak abah nampak ni, konpom kene gelak punya, dalam hati dorang musti rasa bangga sebab anak dia sangat brutal nek muto dengan en.tunang, dah la dekat dengan opis abah masa tu.. heeeeeeeeee.....
saya dah tak sanggup nak bukak mata.. saya dah berserah jek.. saya nak peluk tunang takleh sebab nak jaga kain supaya tak nampak paha.. kang kalau ke depan sangat, kain terangkat sampai paha..aihhh free show kang! saya dapat pegang perot tunang dan pegang baju dia kuat kuat..bialaa baju dia koyak ke apa ke nanti, ah!!! lantak!..yang saya tahu..saya takut..itu jek cara nak selamatkan diri..huhuhu..nak pakai tali pinggang keledar..gilo apa!! ni muto laa!
ada tu plak sampai satu selekoh, dia belok baeekk punyaa!.. saya?? saya jeritla!! tapi pastu malu sorang2.. tunang siap gelak2 kan lagik.. kalau muto kapcai takpe gak.. ni muto ada sesungut.. buatnye terjatuh pastu muto tu hempap kaki saya? patah ke apa ke..kang kawen pakai tongkat!! aihhh!! minta dijauhkann.
Saya dah taknak nek muto dalam KL lagik dah..unless kalau saya dah ada lesen sendirik..pastu saya yang bawa... pastu en.tunang bonceng belakang, pastu dia peluk saya..heheheeheh cam kelakar kan!! tambah lagik!! pastu saya jadik sangat macho masa tu sebab bawa muto..pastu musti tunang cakap saya ni sangat bagus pastu saya akan rasa bangga sebab tunang cakap macam tu pastu musti saya akan bawa tunang saya jenjalan setiap hari pas balik keje..pastu bole bawa muto g pasar malam beli satay dengan air soya..oh! tak lupa jugak keow tiaw kegemaran saya.. kasik kerang lebey tau pakcik..OP! OP!! dah dah!! lebey2 plak.. cukup2 la tu yekk!!
Kesimpulannya.. saya takut nek muto di Ibu Kota..Kuala Lumpur
Sekian..
Yang benar,
Gadis yang lemah lembut
dah pandai bawa muto esok, saya nak buat stunt camni..saya amik gambar atas ni dari http://azuwanraspani.com/2008/03/18/mat-rempit-sengal/
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 4:36 AM 3 comments
Labels: ntah hapa2, story
Saturday, September 12, 2009
aiseymen batman..
.jpg)
Gambar sekadar hiasan
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 6:14 PM 0 comments
Friday, August 7, 2009
kadang-kadang saya....
Saya kan kadang-kadang....
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 8:00 AM 3 comments
Labels: bestt, funny, me, ntah hapa2, story
Friday, July 31, 2009
FRUIT FIESTA 2009!!
kali ni jekk saya tak dapat tolong..
P/S: Untuk Mastura,
huwaaaaa...gua mau nangis cari lu tadi beb!! gua nak mintak ampun dan maaf sebab selalu tepon lu buat DO..(pas ni konpom lu rindu gua sebab gua cumel..apekah??) tenkiu bebeh sebab jadik kawan aku yang baik.. ko pegila keje bebaik kat tempat orang..jangan nakal2..ko takleh nakal2 macam kat sini.. pastu..kalo raya tolong jemput aku datang uma ko ekk..
satu lagik..
aku nak tuntut KFC yang ko cakap tu..kalo dapat keje ko nak belanja..amacam?? jadik ke?? sanggup aku datang nilai tau ahahhaahaha
gonna miss u bebeh!!
muahhh!!

Gambar kenangan.. tepaksa aku letak gambar kaki ko Mas, sebab kalo aku letak gambar muka ko ,nanti air mata aku jatuh bercucuran dengan derasnye..huk huk huk (tp kfc aku ko jangan lupe tau)
(sila pilih kaki Mastura)
Saturday, June 13, 2009
Hayati
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
1.Kepercayaan kepada Tuhan
2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3.Keluhuran Perlembagaan
4.Kedaulatan Undang-undang
5.Kesopanan dan Kesusilaan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi
Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan
tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan
agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat
terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip
pertama dalam Rukun Negara.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja
mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan
Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka
Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya
untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan
semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial
rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik
dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan
bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan,
kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa
undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.
Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa.
Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan
satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang
akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan
teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan
merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas
asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana
yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin
oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan
bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan
antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang
akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan
juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan
supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:46 AM 1 comments
Monday, June 8, 2009
SAYA
Saya ada dua habit, masalah besar saya ialah habit-habit tu tak mendatangkan faedah pun pada saya.
Habit yang pertama, saya suka main rambut.. rambut pendek ke panjang ke, saya memang suka putal2 rambut, akibatnya..rambut saya gugur sikit2, ada gak niat nak stop main rambut tapi bila tgh berangan tanpa sedar, tangan saya kat rambut dah…hehhehe.. kalau tunang saya nampak, dia akan tarik tangan saya, macam tu gak dengan mak saya, mak akan jentik tangan saya… dorang tak tahu betapa nikmatnye main rambut.. hehehehe

depan nampak cun, tengok atas..haa amikkk!!! rambut takdekk
Habit kedua, saya suka gosok mata, gosok mata sampai kekadang melecet mata dibuat nye.. bukan apa..saya kan ada sinus, kekadang mata saya tersangatlah gatal, jadiknya..tangan saya ni otomatik gosok mata, gosok mata pun nikmat gak..tapi kalau sampai luka..padan muka diri sendirik, tunang saya selalu bising sebab saya tak dengar kata dia.. saya dengar…tapi kejap je laa hehehehehe.. gosok mata takla seteruk saya main rambut..
Sekarang saya tengah berusaha untuk tidak main rambut dan gosok mata.. Insyallah.. Habit tu tersangatlah tak bagus dan saya takut saya akan hilang mata dan ilang rambut sikit demi sikit.. Oh yekk!! Cakap pasal rambut… saya gembira sebab rambut saya dan panjang semula, yela kann.. dedulu saya gatal potong rambut dan sudahnya menyesal.. saya memang minat rambut panjang, nampakla saya ni ayu siket walopun saya sebenarnya tak macam tu, saya cuba jadik ayu ok!! Walopun tunang saya cakap jadikla diri awak sebenar tapi saya yakin sebenarnya saya ni seorang yang ayu..(wweeekkkk!! Bolah muntahh!!) Saya teringin cakap lemah lembut macam kak J (nama penuh dirahsiakan), lembut nye dia bercakap..saya teringin jalan lemah lembut macam cerita perempuan melayu terakhir, makan sopan santun, gelak malu-malu, duduk ayu-ayu.. pendek kata saya nak jadik macam perempuan melayu terakhir, tak dapat title melayu terakhir pun dapat perempuan jawa terakhir pun jadikla..!!
Cemana ek saya nanti kalau jadik lemah lembut?? Mesti tunang saya cakap yg saya buang tebiat (silap-silap saya kene tarik tinge..!) ada tak orang akan garu kepala bila tengok saya jadik seperti yang diatas? Lepas saya jadik lemah lembut mesti kawan-kawan satu department saya tak dapat dengar saya ketawa, tak dapat tengok saya buat muka busuk, mesti dorang tak dapat agak sapa yang berjalan (sebab lenggok jalan dah lain hehhee) mesti saya akan makan setengah jam dari biasa (selalunya makan 10 minit jek) mesti jiwa saya bertambah sensitip (sekarang ni pun emo semacam) mesti saya tak akan jalan selaju macam mana saya jalan sekarang, mesti kean dan kenji akan piker dua kali nak kaco saya, dorang akan konpius, ini ke hana yang dorang kenal?? Mesti punyelaa!!!
Kesimpulannya.. saya kene jadik diri sendirik jugak..sebab saya tahu saya tak mampu nak ubah diri saya jadik macam tu.. tapi saya berbangga (eceeeceehh) walopun saya dilahir sebagai gadis lincah tapi saya masih lagik boleh menari tarian tradisional dengan baik, boleh lagik masak masakan melayu walopun tak setere mak saya, bole lagik duduk bersimpuh..(kalo ada kerusi saya lebih suka duduk bersimpuh lagik) Tunang saya kenal saya sebagai gadis lincah (sebab dia cakap masa matrikulasi dulu dia nampak saya terlompat lompat kat padang..nama pun kat padang…takkan nak jalan lemah lembut kot) so dia selalu cakap jadikla diri sendirik..
Kawan-kawan..inilah saya…SUHANA ZAKARIA!! ALONG!! HANA!! SUE (lecturer favourite saya suke panggil saya SUE.. korang jgn panggil nama tu ekk..mak rasa pelikks). Sekian.
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:49 AM 1 comments
Labels: me, ntah hapa2, story
Wednesday, May 27, 2009
Selamat Pengantin Baru Mr.Polan
'gambar sekadar hiasan'Wednesday, May 13, 2009
Facebook!!
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 4:48 PM 3 comments
Labels: ntah hapa2, story
Saturday, April 25, 2009
Teddy Bear...
Ini adalah koleksi cute saya sejak usia remaja lagik...ada banyak koleksi lagik tapi banyak yang saya bagi pada sepupu kecil saya, yang tinggal hanyalah koleksi dari pemberian orang, selalunya saya akan simpan pemberian orang pada saya, yelaa..orang bagi kita kenela hargai..
Teddy bear ni Zack yang bagi..Zack ni kawan Matrikulasi dan kawan se'Universiti' saya. saya tahu ni koleksi dia tapi dia bagi saya sebab dia nak saya simpan buat kenangan..dia bagi masa saya last day kat UMS,Sabah. Masa tu agak touching gakla..berpisah dengan member.
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 6:52 PM 5 comments
Labels: a gift, birthday, friend, story, university
Thursday, April 23, 2009
Hello!!
Lupa nak bagitahu..teddybear ni tunang saya belikan..dia buat suprise lagik..tetiba jek bagi cam gitu jek..takde angin takde ribut..saya sukaa!! thank you bebehh...
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:43 PM 3 comments
Labels: a gift, him, ntah hapa2, story
Saturday, April 18, 2009
cerita..saja nak share
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 1:13 AM 2 comments
Labels: story
Thursday, April 16, 2009
pesan diaa..
"apa yang ada depan mata tu yang kene kita jaga, jangan pandang belakang, yang lepas tetap lepas.."
Tuesday, April 14, 2009
kek besday
Sunday, March 29, 2009
Kata Sarah...
bila baring malas malas ..tetiba teringat adik saudara aku, Sarah tanya soalan cepu mas pada aku.. masa tu kami sebuk kongsi naik pelampung besar berenang renang kat laut Langkawi, Sarah baru umur 8 tahun tapi badan dia macam budak umur 12 tahun,
Dia tanya maybe sebab dia concern kot, ntahla..budak budak...
Sarah : Kak Hana, bila kak Hana nak kawen?
Aku : Kenapa? Sarah nak Kak Hana kawen ke?
Sarah : Mestilaa..Kak Alin kan dah kawen, Err..Kak Hana yang kene kawen dulu kan?
Aku : Kenapa Kak Hana kene kawen dulu?
Sarah : Yelaaa Kak Hana kan kakak Kak ALin,
AKu : mmm..Kak Hana tak jumpa boypren masa tu..Sekarang dah ada..
Sarah : Kak Hana dah ada bf? ensem tak?
Aku : Mestilah Kak Hana pilih yang ensem..
Sarah : Muka dia macam mana?
Aku : Muka bulat, badan bulat..macam teddy bear siket
Sarah : x baik kak Hana cakap boypren kakHana Teddy bear, tuhan marah tau!? (sambil buat muka blurr..sabar jelaa)
Aku : Orang la dik oii!!
Sarah : OOOOOOOOOoooo...
Sarah : Kak Hana, Sarah dah tak bole jadik flower girl Kak Hana dah.. Icha bole laa
Aku : Kenapa..
Sarah : Sebab Sarah dah besar, Sarah tak bole jadik flower girl.. I'm sorry Kak Hana..
Aku : takpela, nanti kak Hana suh Icha,
Sarah : Ok.. Kak Hana, kak Hana carikla bf yang bole belanja Sarah makan KFC selalu ek..
Sarah suka makan KFC.. selalu Sarah kumpul duit singgit satu hari..
Aku : Ok nanti Kak Hana carik yang bole belanja Sarah makan KFC ek..
Sarah : Thank you Kak Hana.. ( sambil tolak aku yang duduk dalam pelampung...hihihihi)
Satu lagik, suruh dia jangan marah2 kak Hana tau, kalau dia marah2 Kak Hana, nanti
Sarah marah dia..Nanti Sarah cakap 'hey abang! kenapa marah Kak Hana?'
Aku : Uikkk garangnyee.. Sarah ni garang ke?
Sarah : Mestilaa..Sarah tak suka orang buli Kak Hana, Umi cakap kakHana kakak Sarah walopun kak Hana anak makngah..
Aku : hehehehe...(sabar jelaaa)
Sarah adik sedara aku yang cerdik, walopun dia selalu tido kat dalam kelas tapi bila tang exam, dia nye result..power..!! selalu dapat no.1 dalam kelas dan darjah..
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:37 AM 0 comments
Friday, March 27, 2009
takde tajuk
Sekarang ni saya tengah pening kepala memikirkan mana nak carik duit tambahan selain daripada bekerja tetap, mengajar dan belajar. Untuk bulan depan saya telah meng'garu'kan diri (garu=gatal) untuk pergi bercuti di Phuket bersama kawan2 office walopun saya tahu yang sebenarnya bulan depan adalah bulan yang sangat penting untuk saya (selain ulang tahun yang ke 27)
Untuk persediaan ke Phuket pula, saya bersama kawan2 5 orang (semuanya 6 orang) telah pun membeli tiket kapal terbang ke sana tahun lepas, harga tiket pergi balik (MAS Airlines) RM325.00, ok..itu dah settle, macam mana pula dengan tempat tinggal?? tadi saya ada pergi ke tempat salah seorang kawan yang pergi ke Phuket, kami telah meng'usha' beberapa Apartment yang ada kat sana, harga untuk satu malam adalah dalam RM154 semalam, apartment tu ada 2 bilik dan maksimum untuk orang yang masuk dalam umah tu ialah 4 orang, tapi kami akan muatkan 6 orang untuk satu apartment tu.. huhuhuu ok.. budget utk satu kepala adalah lebih kurang dalam RM140 untuk 3 malam, kira okla tukan.. bab pengangkutan plak.. hhmm..dorang kata ada beca, ada tut tut (ye kot panggilan nye) ala yg macam lori tapi duduk lat belakang tu la, pastu termasuk sekali van pegi balik airport, ronda2 pulau, pastu naik boat untuk snokling.. adala dalam RM100 untuk 3 hari.. tinggal duit belanja plak, mmm..tak tahu lagik nak bawa berapa banyak, tengokla berapa yang tinggal huhuuhuuh kalo RM2, saya bawa jela RM2..
Saya mengada ngada dengan SF cakap nak beli bikini utk pakai kat Phuket, mula2 dia buat2 tak dengar pastu bila saya pot pet pot pet pasal bikini, dia kata 'bole...bole blah!!!' so jawapan yang sebenarnya adalah 'cannot! cannot! cannot!' dah agak dah pun.. gilo apa saya nak bikini, saya tipu jelaa..Posted by HaNa NyoTa uHArA at 1:58 AM 3 comments
Friday, February 27, 2009
Kura-kura
Adik aku, Ela tuntut kura-kura kat aku, dia tak puas hati sebab aku buang kura-kura dia kat longkang depan umah aku, yang mana longkang tu terus berhubung ke sungai kat sebelah umah aku.. apa kaba la kura-kura tu, ntah ntah dah beranak pinak atau pun ntah ntah dah mati...adeii!! aku punya pasal la ni, patutla ela takpuas hati...(kura-kura tu aku buang dah lebeh 3 tahun, br sekarang dia tuntut, cacat ke apa Ela ni)
korang mesti nak tahu sebab apa aku buang kura-kura tu...sebenarnya aku bukan buang tapi sebab sangkar ( betul ke sangkar?) kura-kura tu dah terlalu kecik utk dorang, kalo dulu kura-kura tu cuma sebesar ibu jari kaki aku tetiba jadik besa tapak tangan aku.. kalo Ela belikan sangkar kura-kura tu besar takpe, ni dia buat muka sebek nye biakan dua ketul kura-kura tu bertindih sesama sendiri.. aku tak sampai hati nenok kura-kura tu tinggal kat tempat sempit sebab tu aku lepas kan.. Kura-kura ni dulu, kami selalu buat selamba lepaskan dalam uma, ala-ala macam kucing gitu...nasib takde bulu hahaahahaaa.. kura-kura ni kalo dah lepas, bukan main laju dia berjalan..hah!! sapa kata kura-kura lembab? kejap kejap kang sekor kat ruang tamu, sekor lagik kat dapo.. kang kejap kejap kat bilik tv, paling gempak bole plak sampai ke luar walopun kami tutup pintu, ntah masa bila dia bole pecah kelua pun aku tak tahu.. nasib baiklah kucing jiran si Tam bagi signal suh amik balik kura-kura tu,
Ada sekali tu, aku bebel kat kura-kura (ini kes cakap sorang2 ar) ni sebab gado sesama sendirik, elok jek aku habis bebel dorang terus berhenti gado..pastu jalan-jalan keliling uma..aikk!! paham plak bahasa aku..?
Hmm..aku dah janji ngan Ela yang aku ganti yang baru tp tak tahu bila masa nak belinya.. dia siap ingatkan kat SF bagitahu pasal kura-kura...,sabarrrr jela, napela ko tak pow jek bakal abang ko tu?? kan lagik senang.. ni nenah tunggu Ela balik umah Ampang, tak balik-balik dia ni..mmm... cemana nak belikan?? bila dahbeli masa bila plak nak jaganye..? dia tu duk hostel,
pasal kura-kura, aku jadik pening dengan adik yang seketul tu.. nasib la yang lain tak minta bukan2, kalau tak pengsan kaklong dia..
TAMMAT
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:34 AM 0 comments
Labels: story
Tuesday, February 10, 2009
salesman kereta di Selayang
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 12:08 AM 0 comments
Wednesday, February 4, 2009
Makan timee!!
sharkfin sup..yang ni aku suke..sebab tu tambah 3 kali
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 11:57 PM 0 comments
Labels: story
Saturday, January 31, 2009
Durian oh durian
Last week beta and SF pegi melantak durian kat kedai durian area Wangsa Maju, kat situ memang port beta la kalo nak makan durian since 2005 , sebab nye kalo nak bawa balik beta kene pikir 15 ratus kali memandangkan bau durian ni tersangatla harum..kang ada plak kete beta yang kecik tu bau wangi..
Kebetulan kat Kedai Durian tu ada tempat makan durian, siap ada pondok lagik untuk makan durian..so beta makan dengan santai nyelaa..
Ada macam2 jenis durian yang beta nenok..sumenye made in Malaysia.. sorry!! beta tak bape gemar durian luar negara.. Durian Malaysia paling bagus!! Sume durian yang ada kat kedai tu dtg dari Pahang. Tauke nye ada dusun sendirik..memandangkan sekarang ni bukan musim durian so durian kat situ agak mahal la siket, tp suka punya pasal..beta lupakan yang mahal tu..
Ada durian tembaga, durian musang king, durian udang merah..dan banyak lagik laa.. beta amik durian udang merah sebijik dan durian geset ( kalo tak silap) sebiji.. rasa durian udang merah sangat manis so beta tak bape sangat la nak makan, tapi geset tu rasa sedap2 la..lemak2 durian so beta prefer durian geset lagik.. kalo tak silap sekilo adala dalam rm13 untuk kedua dua jenis durian tu dan lepas timbang sumenya berjumlah rm40 (tauke tu suh bayau rm35 jek) memang sedap memang hingga menjilat jari (yelaa mahall!!!) tauke kedai tu kata, sepatutnya harga durian tu adala dalam beh kurang sekitar rm20sekg..katanya laa...!! hmm..bole buat duit nih.. bole buka bisness..tapi kene ada dusun dulu.. balik dari makan durian tu, beta and SF berangan nak beli dusun durian..and pastu jual.. beta suh SF jadik penanam pokok durian..and beta cuma pengutip untung dan tukang rasa ( nak check durian tu sedap ke tak..huhuhuhu)..kira ok la tu kan.. SF kene keje kuat..dia kata dia nak sihat dan nak ada badan sasa ( ni aku tambah2) tapi kami angan2 jelaa..kami berangan dalam kete start dari wangsa maju sampaila kerumah beta kat Ampang.. tu jekkk!! tata
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 1:26 AM 0 comments




