Saya baru balik dari rumah Tok Kadi tadi.. banyak perkara yang saya tahu dari sana especially mengenai mas kawen rm300.. ini cerita Tok Kadi la ekk.. cenggini;
Macam dulu mas kawen bagi negeri Selangor adalah RM80 sahaja TAPI kita ada lagik sampingan nya iaitu WANG HANTARAN.. Mas kawen adalah wajib tapi wang hantaran adalah sampingan jek kan kan kan
Jabatan Agama Islam Selangor kata mulai 1.1.2010 mas kawen untuk Selangor paling minimum adalah RM300 dan bukannya RM80 macam sebelum2 ni..
Ok sebenarnya cenggini.. menurut kata Tok Kadi tu kan.. Sekiranya pada Majlis Pernikahan tu kita ada bawa additional wang contohnya WANG HANTARAN..maka ia di declare kan sebagai MAS KAWEN bukannya nye wang hantaran lagik.. maknanya kalau wang hantaran adalah RM5000 so masa akad nanti akan sebut RM5300. tak paham lagik??? Oke.. macam ni.. masa nikah nanti TAKDE WANG HANTARAN sebenarnya..duit semua dah diserap jadik mas kawen..so duit hantaran kita yang riban-riban tu akan jadik mas kawen..
Saya tanya Tok Kadi tu.. kalau saya nak juga RM300 tu macam mana?
JAWAPAN TOK KADI : maknanya macam saya bagitahu tadilaa.. ia akan bertambah la jadik RMXX,300.00. so semua duit tu adalah hak perempuan..
Saya tanya lagik.. Macam mana kalau Keluarga perempuan nak guna duit tu untuk tampung belanja duit kenduri kendara..? yelakann mana-mana keluarga yang kurang mampu mana nak carik duit baya duit kenduri..so duit tu la dorang akan guna je pun kan..?
JAWAPAN TOK KADI: BOLE!! tapi dengan keizinan pengantin perempuan.
Saya tanya Tok Kadi: Ada aditional charges ke masa nikah nanti..
JAWAPAN TOK KADI: Ada..duit jurunikah RM160 untuk semua proses..
TOK KADI ada bagitahu, sebabkan kami ni satu mukim ( ai dengan tunang ai kampung sebelah2 jekk oke!!) kalau dulu borang pengantin lelaki bole hantar sekali dengan pengantin perempuan ke Pejabat Agama lepas pengantin lelaki dapat pengesahan dari tok kadi belah kampung dia, tapi sekarang.. pengantin lelaki kene gak pegi Pejabat Agama Islam untuk pendaftaran dan chop then pastu kene bagi semula pada pengantin perempuan untuk di'compile'kan dan lepas pengantin perempuan jumpa tok kadi kampung dia, pengantin perempuan akan hantar borang yang dah di'compile' tu tadi ke Pejabat Agama dengan tujuan pendaftaran dan chop gak..
hmmmm.. kalau dulu pengantin pompuan jek yang kene bayar borang pendaftaran tapi sekarang dua-dua kene bayar, duit proses pendaftaran adalah RM10.00 seborang ye kawan2..(sapa pemastautin Selangor jek yekkk) Borang kawen adalah percuma dan bole dapat kat laman web Jabatan Agama Islam Selangor di http://www.jais.gov.my/
PENING?? saya pun pening gak..huhuhuhuuu
Itu jek... yang bagitahu saya ni Tok Kadi tau.. bukan saya..
Sekian.
Monday, January 4, 2010
Info tentang Mas Kahwin RM300
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 6:09 AM 6 comments
Labels: info
Saturday, December 26, 2009
Translation is translation bebeh
Saya ada belajar bende baru harini..


Turkish Language

Arabic language


Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:20 PM 6 comments
Labels: info
Friday, December 25, 2009
Bahan bacaan
Saya minat betul dgn bahan bacaan yang macam pengetahuan am..espeseli yang ada kene mengene dengan wanita, selalunya la kan.. banyak petua-petua, nasihat, pantang larang, cerita asam garam rumah tangga dan paling bes adalah resepi..haa manala tau kan, berguna utk saya bila dah kawen nanti.. kebetulan encik SF (uikk!! dah lama tak panggil SF) agak tere memasak..rasa cam tercabar gila.
Saya suka novel gak tapi kalo yang karat2 ni agak kureng siket..suka kat novel takla sampai ketagih atau memang kronik gile..biasa2 jek..lagikpun manala saya ada masa nak baca buku tebal-tebal, setakat majalah tu ok la kan..
Majalah yang saya baca adalah.. Mingguan Wanita.. bukan Majalah Wanita ek kekawan.. Alaaa yang warna Merah-merah tu..pastu every week ada keluaran baru..dah nama Mingguan Wanita, mustila every week.! apara!!
Majalah Mastika adalah pilihan saya.. ada gak cite lain selain cite misteri.. ada cite zaman komunis dedulu..ada cite pasal masalah remaja.. pastu ada gak cite pasal pakcik-pakcik berkaroeke, hmm... pasal buang bayi..pasal terlanjur lanjur...aihhhh!! banyak gaklaaa!! kecik-kecik cili padi woo..Posted by HaNa NyoTa uHArA at 2:51 AM 4 comments
Labels: friend, info, ntah hapa2
Friday, September 25, 2009
Pantang Larang atau Adab?
cium tangan ye adik-adik

hihihihi..tahun depan saya kene buat macam ni..
Hello, tunang.. kita takleh jumpa tapi kita bole gayut kan kan kan.. malam nanti cam bese la kita YM ek.. webcam sekali..huhuhuhu
Mana yang perlu kita ikut, kita ikut tapi mana yang tak perlu.. jangan la buat..
SATU LAGIK!!! depan budak kalau nak bergurau ke atau nak bercakap sesuatu yang brutal.. sila elak kan diri, sebabnya budak-budak ni senang mengikut, masa peringkat tu mereka senang belajar dari apa yang mereka nampak dan dengar. harap maklum ek.. kesimpulannya, jaga bahasa anda depan kanak-kanak
Attention pleasee!!
ni hanya pandangan saja, takde kene mengene idup atau yang takde kat dunia ni, sekian..pesanan khidmat masyarakat oleh Hana Nyota Uhara
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 11:31 AM 3 comments
Sunday, August 23, 2009
Doktor cakap

ye kawan-kawan..nila organ badan kita..sila jaga dengan baik ok
Ok.. balik pada cite doktor, rerupanya sebab sebelum ni saya dah penah kene denggi maka sengal-sengal dan sakit sendi tulang masih ada lagik.. Saket tu amik masa lama untuk baik, kata doktor lagik.. denggi ni akan kaco segala benda yang ada dalam badan kita, dia kaco buah pinggang, hati, peparu dan apa sahaja organ dalam badan termasukla tulang-tulang kita, sebab tu sesiapa yang sakit denggi dijaga rapi oleh doktor, doktor nak monitor ada tak effect kat bahagian organ kita, satakat ni takde ubat untuk denggi ni, terpulang pada semangat pesakit..eceewwaahh!! kalau tak kuat.. silap aribulan boleh bawa maut! nauzubillah..
Macam ni rupanya tulang saya bila saya menari.. huhuhuhu
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:16 PM 4 comments
Friday, August 14, 2009
Demam Cacar Air
Seingat saya masa kecik-kecik dulu..umo dalam 9 tahun macam tu, saya terkena demam cacar air, tak silap saya masa tu dalam bulan pose.. Saya takla rasa nak demam masa mula-mula tu, 1st nampak kulit saya timbul bijik-bijik, dah la bijik-bijik pastu berair plak tu, saya siap pecahkan lagik bijik-bijik gelembung tu..
Tetiba masa kelas muzik (akak suka nyanyi deknon) cikgu Muzik.. cikgu Siti Hajar (cikgu AF tu...) tego kenapa muka saya ada bijik-bijik.. dan makin lama makin banyak, hm..masa tu demam takde lagik... agaknya dia dah syak saya kene demam cacar air, dia bawa saya ke pejabat pastu terus kol mak saya,
Mak saya datang sejam kemudian dan dia bawa saya jumpa doktor, dengan rasa dukacite nye doktor bgth yang saya terkene demam cacar air melalui jangkitan, sapa punya angkara?? Cis!! Cis!! si Khairi la ni!! classmate saya masa tu..kalo dia baca ni, saya nak bagitahu.. ko nye demam merebak dengan cepat sampai satu kelas kene..
Esoknye barulah saya rasa demam, ya ampun..!! panas nye ya amat badan saya masa tu, mak suh saya pakai batik jek..saya pun pakaila.. amik masa seminggu gakla nak baik pun,
Arwah nenek ada sediakan ubat utk letak kat badan, maybe ubat tu utk kurangkan gatal kot, selain tu saya pun ada berpantang makan..jangan makan kicap, makan ayam, x makan telur, x makan benda berminyak, tak mandi sangat main lap-lap aje,
Parut-parut demam tu ilang dalam masa 3 bulan paling cepat la.. yang mana saya pecahkan tu agak lambat la ilang parutnye..
Masa demam memang kurang selera tapi saya makan jek, sebab nak lawan penyakit, so kepada yang berkenaan..sila lawan ok, makan jek...kalo nak cepat baik.. chef Hana sedia membantu,
Please take note ek.. menu makan yang akan saya buat:-
Semalam.
Yong Tau Fu
Kuih Pow Kacang
Air Kelapa
Air Badak
Harini
Sup Tulang
Nasi kosong
Buah Betik
Buah Gold Melon
Air Kelapa
Air Badak
Esok
Bubur Nasi
Spagetti Bolognese (utk malam, kalo sempat)
Buah Betik
Air Laici
Air Kelapa
Air Badak
Esok satu lagik,
Chef lain akan take over.. harap maklum
(saya hanya pelawat sahaja masa tu)
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:07 AM 0 comments
Labels: him, info, ntah hapa2
Thursday, July 2, 2009
Meh try!!

Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:52 AM 5 comments
Thursday, June 25, 2009
oh Michael Jackson!
Masa on da way g keje, saya dengar berita kat radio yang Michael Jackson dah meninggal dunia, teringat masa kecik-kecik dulu saya panggil MJ 'miche choche'. Al-maklumlaa saya pelat..
In the early 1980s, he became a dominant figure in popular music and the first African-American entertainer to amass a strong crossover following on MTV. The popularity of his music videos airing on MTV, such as "Beat It", "Billie Jean" and Thriller—credited for transforming the music video into an art form and a promotional tool—helped bring the relatively new channel to fame. Videos such as "Black or White" and "Scream" made Jackson an enduring staple on MTV in the 1990s. With stage performances and music videos, Jackson popularized a number of physically complicated dance techniques, such as the robot and the moonwalk. His distinctive musical sound and vocal style influenced many hip hop, pop and contemporary R&B artists.
One of the few artists to have been inducted into the Rock and Roll Hall of Fame twice, his other achievements include multiple Guinness World Records—including one for "Most Successful Entertainer of All Time"—13 Grammy Awards, 13 number one singles in his solo career—more than any other male artist in the Hot 100 era—and the sales of over 750 million albums worldwide. Cited as one of the world's most famous men, Jackson's highly publicized personal life, coupled with his successful career, made him a part of popular culture for almost four decades.
On June 25, 2009, he collapsed at his home in Los Angeles due to cardiac arrest.[4] After being taken to the hospital in a coma, Jackson was pronounced dead at 2:26pm Pacific Time.[5][6]"




Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:23 PM 0 comments
Sunday, June 21, 2009
H1N1
Kita sedia maklum yang sekarang ni dah ada satu virus kat dalam negara kita..H1Ni atau bahsa kasarnya selsema Babi..
Ringkas nye:
'Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988'.
so kekawan kene la hati hati k, sila jaga kesihatan anda espeseli bila ke luar negara, saya amat konsen benda ni sebab saya ada terbaca yang budak sekolah kene virus ni, kesian plak saya pada budak tu.
Baca Artikel ni and harap-harap ni seikit sebanyak dapat membantu korang:
Meh kita tgk apa simptom-simptomnyee:
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik'
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin. • Jangan pergi ke sekolah;• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.
Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.
Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;• Tidak minum air yang secukupnya;• Tidak bangun dan berinteraksi;• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;• Demam dan beruam.
Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.
Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.
TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN
• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.
• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 6:51 PM 6 comments
Saturday, June 13, 2009
Hayati
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
1.Kepercayaan kepada Tuhan
2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3.Keluhuran Perlembagaan
4.Kedaulatan Undang-undang
5.Kesopanan dan Kesusilaan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada
Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan
negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi
Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan
tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan
agama adalah dilarang sama sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan
kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat
terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip
pertama dalam Rukun Negara.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja
mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan
Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka
Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki
menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya
untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan
semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial
rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik
dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan
bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan,
kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama
tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua
warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa
undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.
Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa.
Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan
satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang
akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan
teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan
merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas
asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana
yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin
oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai
Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan
bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan
antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang
akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan
juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan
supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai
dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:46 AM 1 comments
Sunday, May 24, 2009
Hot! hottt!!

Pasif saya harini gara-gara cuaca panas harini.. Setakat panas sahaja saya tak brape kesah tapi panas yang tak berangin, tak tahan sangat...!! Saya nak keluar pun takde mood sebab panas sangat.. so apa saya buat?? duduk umah..lipat kain, nenok tv, masak, tdo, chatting dgn SF, jemur kain...huhuhuuhu.. kebetulan pulak jumaat lepas kan saya tak brape sehat, so tak larat tu masih ada. Tak penah2 saya mandi sampai 7 kali sehari dalam sejarah saya (setakat jam ni..) sebab badan saya melekit dan berpeluh, tambah pulak kepala saya dah mula rasa saket..

Bilik saya yang selama ni sejuk, tetiba bahang and terpaksa saya pasang ekon + kipas. and senang cite..satu rumah la saya buka ekon, padahal kat uma saya sorang jek yang ada.. (yang lain pegi Pangkor) dengan kat ruang dapo pun saya pasang kipas.. nasib baik kat garage takde kipas kalau tak saya pun akan pasang..huhuhuhuhu...
Bila cuaca panas ni.. saya akan jadi cepat saket kepala.. dan mula la tak produktif keje saya, pastu badan saya bila panas, akan ada ruam dan ulser mulut... aduhh!! kalo dulu minum air kosong 8 gelas sehari tapi sekarang kene double.. sebab nak cover air dalam badan yang sangatla cepat keluar..huhuhuuuh..

Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:16 AM 6 comments
Labels: info, ntah hapa2
Thursday, May 7, 2009
Falling in Love with mata terjojol !!!
Ini website yang ada kene mengena dengan kereta ni... http://asia.vtec.net/Reviews/08Accord/index.html
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 11:31 PM 3 comments
Labels: info, love, ntah hapa2
Friday, February 27, 2009
Aku akan senyum bila..
Aku akan senyum bila...
1. Bila ada cerita kelakar kat TV, tp nak kelakar yang natural bukan kelakar buduh hhaaaa
2. Bila kawan aku buat lawak pandai
3. Bila jumpa orang tua, orang tak tua dan orang sederhana tua..lalu senyum, bak kata orang senyum tu sedekah
4. Bila aku berangan sesorang..(kadang-kadang tak sedar pun, alih2 dah kene tego dek orang nape senyum sorang2)
5. Bila baca buku,
6. Bila buat kelakar sendirik...
7. Bila kene marah dengan bos ( ni kes terpaksa senyum arr)
8. Bila pakwe cakap aku kiut...lalalaalaaaa
9. Bila mak kata aku la kaklong yang bes among da bes.. waaaa ahhh!!!
10. Bila aku mimpi bes..jadik puteri raja...
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:59 AM 3 comments
Labels: info
Tuesday, February 10, 2009
salesman kereta di Selayang
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 12:08 AM 0 comments
Saturday, January 31, 2009
Terlepas cakap
Pernah tak korang terlepas cakap seuatu perkara pada seseorang yang kita anggap sangat pening dalam hidup kita? Ada banyak kemungkinan kita terlepas cakap,
1. Sebab tak sengaja cakap..bak kata orang tergelincir ayat..
2. Sebab buntu..jadi tak sedar apa yang kita cakap
3. Cakap takde niat..memang sukati nak cakap..kiranya asal sedap mulut jekk
4.Cakap ade niat..memang nak cakap..kiranya mulut dia sangat lazat
5. Dipaksa bekata macam tu oleh seseorang, dua orang atau tiga orang..
Kadang2 ayat yang kita nak cakap tu tak kene pada waktu, masa dan tarikh nye..itu la salah satu penyebab orang yang berinteraksi dengan kita pada masa tu kecik ati.. Kalo isu tu kecik, maybe dia tak amik 'pot' sangat, tapi kalau isu tu besa..amatla makan dalam dan kadang2 ada parut dalam hati.
Berfikir dulu sebelum bercakap..jangan asik tergelincir je..cara kita bercakap mencerminkan kematangan kita berfikir. Cara kita bercakap mencerminkan personaliti kita dan pendirian kita pada sesuatu isu..
Sekian
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 12:30 AM 0 comments
Labels: info