? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
Showing posts with label sadness. Show all posts
Showing posts with label sadness. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

Dia cakap macam aku tak pernah buat bende tu..

Aku dah tak tahu nak cakap apa dah.. seharian aku takde mood lepas balik dari Renaissance Hotel semalam. Aku tahu ayat tu bukan datang dari mulot dia.dia tukang menyampaikan jek.. masa dia cakap tu..gile tersentap aku..!!
Semua macam tak kene..semua macam apa yang aku buat tu macam takde maknanya.. kiranya aku rasa macam aku ni bodoh macam babi!! Lagikla bertambah rasa nak bla!
aku tau aku bukanla sehebat mana pun, aku bukan nye orang yang baik, yang kaki bodek, yang boleh senyum walaupun bengang.. tapi hey!!! semua orang tak perfect..aku dah cuba buat yang terbaik...
Banyak kekangan yang menyebabkan aku cuma kadang-kadang ajek turun padang, meh sini aku list kan:
1. Banyak sangat songeh..kenot kenot kenot
2. Macam diperhatikan bila buat
3. Terlalu meng'compare'kan dengan kehebatan
4. Selalu suruh ikut cara dan skill yang konon hebat..( sebab selalu dipuji, dipuja so lupa yang kadang-kadang orang saja nak sedapkan hati dia)
5. dan bla bla bla blaa...( yang tak dapat ak ceritakan atas sebab kesihatan ;p)

Bila dah jadi macam ni, baru aku terpikir dan teringat pesan sahabat handai.. pengalaman mereka.. dan kadang-kadang setan mempengaruhi aku cakap' sebab tu si polan tu bla cepat-cepat'
Tapi aku masih punya rasa.. pesan orang-orang tua supaya banyakkan bersabar.. banyak kan berdoa..sembahyang jangan tinggal, jangan lupa mengaji supaya iman dalam diri tak kurang..supaya akal dapat dikawal dengan baik.. supaya setan yang kaki hasut hasut tu tak mempengaruhi aku..
Aku tak tahu sejauh mana ketabahan aku, kecekalan aku nak tempuh semua ni.. hey hana! sila tabahkan diri, ko dah penah kene teruk kan dengan dia sebelum ni takkan setakat ni pun ko dah giveup..ini jalan yang ko pilih.. kenela tempuh jugak ok!!

OK! berhenti mencarut..

Jangan tanya "kenapa" "sebab apa" bila jumpa, terserempak atau saja nak buat-buat jumpa aku nanti. sakit masih lagik terasa sampai sekarang.

Tuesday, December 22, 2009

Bersalah nyeee


Tengahari tadi saya dan Sarah pegi KL, kununnye menemankan Sarah yang nak tgk apa masalah kad Maybank dia la kan.. on da way nak masuk ke MEXX highway tu saya nampak ada kucing cumel tgh jalan..memula saya ingat dah mati..so saya biarkan aje..tapi bila kereta saya makin dekat dgn kucing tu, saya tengok kucing tu idup lagik, dan dia macam dah runsing tgk kereta laju laju dtg ke arah dia... masa tu kelajuan saya dalam 70km..

saya tengok dari cermin sisi, kereta asik duk mengelak dari kucing tu...aduhh!! kenapa la saya tak stopkan keretaa..tapi kalau saya stop kan kereta tengah jalan..apa cerita plak? highway KESAS tu!! ( dekat dengan TOL AWAN BESAR), apa patut saya buat masa tu sebenarnyee?? betul ke tindakan saya biakan kucing tu kat tengah2 jalan??
Saya rasa bersalah sampai sekarang...aduhh!! dah la kiut gila plak tu..apala kaba kucing tu..

Betul2 rasa bersalah...Tak tahu nak cakap apa dah..

Thursday, April 16, 2009

pesan diaa..

"apa yang ada depan mata tu yang kene kita jaga, jangan pandang belakang, yang lepas tetap lepas.."

Friday, January 16, 2009

Minggu yang mereng..

aku duduk uma sambil tunggu SF kol....hari ni dia ada tresure hunt..entah menang ke entah kalah.. Aku duduk Ampang melangok sambil makan buah-buahan tempatan..melon, Buah pisang kaki and mangga muda.. ni masuk ni dah 4 kali masuk tandas sebab makan mangga muda, masam meme la masam tapi sebab cicah dgn pencicah mak bee..fuhhh!! makan tak berhenti..sudah nyeee aku sakit perot!!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sepanjang minggu ni aku mereng sikit, emo ada..sakit ati ada..sensitif..., tp aku cuba tak layan emo aku, kalo aku layan..takdela korang nampak aku gelak gelak.. Kebetulan plak minggu ni ada prob siket kat opis.. 'kehendak pelanggan gagal dipenuhi' so masing masing tunding jaring antara satu sama lain..yang aku angin tu siap 'serang' aku tu!! angin betul aku.. nasib la aku waras..kalo takk lama dahhhhh...( ceh ayat kunun2 tere!) sapa yang serang aku?? Mr.T (nama dirasiakan) dan Mr.H (jugak nama dirasiakan..) dtg opis aku jerit sapa yang buat documetation 123 ni (slh satu form yg kene isi kalo nak buat kad) aku cakap la yang tu aku buat.. pastu dia dtg kat aku tunjuk form tu bebel2..aku buat2 cool and relax, yang Mr.H mengiakan jek.. bila dia dah habis bebel.. aku pun cakap... korang ni tak nampak ke yang form tu aku dah bagi arahan dengan jelas jgn letak benda tu..haa!! amik koo! terdiam japp.. pastu dia nak cover dia tunjuk BOM ( documentation yang engineer buat) aku jawablaa mana la aku tahu pasal BOM, ni korang nye part bukan aku, aku yang bg arahan takkan aku yg prepare,
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pastu dia banyak plak bagi alasan.. ni antara sedutan dialog aku, Mr.T dan Mr.H dari awal sampai dia blah, mana yang aku ingat jek la ekkk:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mr. T: Who's doing this document?
Aku: Me.. Y? (padahal aku dah tahu apa sebabnyee..)
Mr.T: You buat salah! kenapa you tick sini..tgk kita suda salah letak chip,
Aku: I tak suruh pun you all letak chip..(sambil tgk fom tu)
Mr.T: Ini apa? u tak nampak kaa? ini terang2 sudah tulis..
Aku: apa pulak.. I dah tulis situ n/a maknanya 'not applicable' and siap sign lagik.. takkan you tak baca betul2..
Mr.T: mana ada, ini tick punye.. ( baru perasan dia salah) ini sapa prepare haaa..you kol Kak N,
Aku: (aku pun kol Kak N minta dia datang)
Mr. T: sapa ajar you letak 'N/A' ? kami suda konpius..
Aku: Ali yang advise i letak not applicable sebab i dan dia tak sure kat mana nak letak chip tu, lagikpun ini kan repeat order, i siap bgth kat situ yang ini repeat order, you tak baca ke?
Mr.H: kami ikut BOOOOMM maaaa..you yang prepare..kami ikut aja laa
Aku: Apa plak, i prepare sampai setakat design aje..yang BOOOOMM mn la i tahu, you all yang prepare, i tak penah tgk form ni, and i tak paham apa yang ada dalam BOOOOMM
Mr.H: ya ka you tak prepare, habis kenapa ada chip sini design takde?
Aku: you all yang letak, mana la i tahu, i bagi instruction jangan letak, kenapa you buat jugak...
Kak N: (dia pun dtg..)
Mr.T: N ni apa ni.. slh ( dia nak blame Kak N pulakkk, tak habis2..)
Kak N: mmmm..kalo tgk kat sini sebenarnye benda ni awal2 lagik dah salah, kat satu lagik form design (bukan yang aku buat )ni, yang customer sign, design takde letak chip tapi dalam arahan ada.. itu yang dah silap.
Mr.T: tp dia letak 'N/A' maa... itu yang kami ingat kena letakk
Kak N: N/A is Not Applicable maknanya tak perlu
Mr.T : Aiyaaa you dah buat kami konpiuss.. mana itu Ali, panggil dia
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
....And Ali pun datang....kesian Ali.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mr.T: Kenapa you suruh Hana ketak 'N/A'?
Ali: kami tak sure kat mana nak letak chip sebab dalam design takde letak chip,
Mr.T: lainkali aa jgn bg konpius org..you letak situ N/A bermakna u suruh kami letak chip
Aku: Apa plak, dah terang terang i taknak u letak chip tp u buat jugak, yes! at first i tick but lepas Ali and i discuss, kami decide taknak letak sebab nak double check semula, sebab tu i biakan kad tu blank without chip, tiba2 kad tu dah ada chip and bila pelanggan tengok chip yang you letak tu salah.
Mr.H: kami konpius maaa.. lagikpun kad ini urgent so kami buat malam..takde sapa bole refer.. jadi kami buat aja laa
Aku: kenapa tak kol untuk konpom kan?
Mr.T: Aiyaaa you jgn ingat operator kami pandai...sume blaja smp tingkatan 3 saja..
Aku: aikk!! ( aku nak menjawab..tp kang panjang plak cite nyee, habis tu dia engineer dia blaja smp tingkatan 3 gak ke? yang operator tu takde supervisor ke? nak salahkan operator plak, operator ikut arahan jek)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
....tiba-tiba K dtg...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mr.T: You sudah bgth Mr.B ka?
K: Belumm tapi i will informed him..
Mr.T: Bagus..jangan bagitahu...
Pastu Mr.T and Mr.H blah.....dah tahu dah la kan sapa salah..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ada benda yang aku rasa kelakar..PERTAMA, muka Mr.T bila aku tunjuk kan N/A tu... terus berubah..dia dah tahu dia salah kot, sebabnyaaaa nak salah kan aku?? benda tu dah meme normal practice laa sebelum aku wujud kat situ pun meme N/A dah dibuat. and kenapa selama ni takde problem pun tetiba bagi alasan pasal N/A..huhuhuhuuuh
KEDUA, Cara Mr.H kelentong, dia kata dia buat malam, padahal aku check kat department yang buat schedule tu kata dorang buat baru pagi tadi..haaaaa kelentong pun tgk orang laa.. sama jek lulusan aku dgn diaa..
KETIGA, Ada plak dua makhluk fire stone masa tu..yang sorang tu bole plak sebuk tanya' ko kene marah ekk' aku buat2 cool ajek..dia tak tahu cite..so malas aku nak explain.. siap bgth boss aku tu, bole tak kalo aku jek yang bgth sendirik?? pastu yang seketul ni yang aku angin gilerr..dia nak backup Mr.T plak, padahal dia takde kene mengene dengan masalah tu, aku angin..aku cakap kat dia.."bole tak you blah b4 i jerit" and dia blah dgn muka selamba and sememang nye dia tu meme sume dah sedia maklum seorang yang selambaa..perasan managerr...and again plsss!!! buat masa niii dia tu sama level dgn aku..dia bukan boss aku..!!
YANG KE-4, aku tak suka Mr.T merendah rendah kan operator2 dia.. so wut?? kalo dorang belaja smp tingkatan 3 pun, ada masalah ke? ada diantara dorang meme tak mampu nak sambung belaja walaupun dorang cerdik..kita tak tahu perjalanan hidup dorang, tanpa dorang kilang takkan berjalan, ko nak ke buat keje2 dorang? mesti ko taknak kan? ko mesti cakap 'apa kelass!!' dorang sanggup, dorang buat..dorang tak kesa keje siang atau malam, meme la dorang bergaji tapi kalo ikutkan gaji yang dorang dapat takla setimpal mana..jgn ingat dorang takde perasaan, ada diantara dorang lebih bijak dari kita, kadang2...makin pandai orang tu belajar, makin kurang etika adab tatasusila nye.. so cakap tu beringat!!
KELIMA,In future, Mr.T kene check dulu before nak serang aku.. check habis habis document tu..haaaa kan dah termaluu, for your info, b4 document tu masuk production, ada satu meeting yang mana sume manager2 akan duduk dan check document tu and sigm, haaaaa... kat situ dorang dah tersilap, kalo dorang nak reject aku punye document tu meme dah bole dah masa tu tp dorang tak buat, and aku assume yang document aku dah lengkap, kalo aku salah aku akan cakap aku salah and aku akan minta maaf.. takpelaaa sume orang berhak pertahankan diri.
KEENAM, Aku tak salah kan Ali sebab dia dah buat apa patut, and meme apa yang dia buat tu betul..nasihatkan aku utk letak N/A sebab dia pun tak sure.. apa akan jadik bila aku letak N/A, sepatutnye chip tu tak diletak dan kad itu masih berkeadaan selamat dmp la ada arahan baru dari part aku utk letak kat area mana chip tu sepatutnye diletakkan.
KETUJUH, Kesian K susa hati..
Oklaa..keje pun dah selesai, customer pun dah dapat kad yang baru... and aku pun dah forward issue ni pada boss, and hopefully benda ni akan jadik pengajaran aku, Mr.T, Mr.H dan sesapa jek yang berkaitan. Mujurla aku ada morale support yang kuat pada boss aku, 2 orang boss aku yang nasihat kan aku and bagi aku semangat.. kata2 perangsang..haaaaaaa semalaman aku takleh tido hari tu..sapa tak susa hati beb, walopun tak banyak salah kat aku, tapi bila terpikir nak menjawab dengan big boss, dgn customer..nak uruskan kad ni..aku jadi susa hati..Alhamdulillah sume nye dah selesai.. AMIN
Hari Jumaat customer tepon aku cakap Thank You.. aku blurr!! siap nak belanja makan... aku lagikla Blurr.. aku dah buat salah dia kata Thank You... tanda soalan...!!!

Monday, December 29, 2008

rimas

aku rimas!!
rimas bila kene tanya soalan yang aku tak dapat nak jawab!!
rimas bila diperli,
rimas bila aku tak dapat luahkan apa yang aku rasa,
rimas bila org tak diduga ada kat depan mata,
rimas bila aku tgk org tak kesa pasal aku...
rimas bila bilik bersepah,
rimas bila aku rs badan aku berat nak bawa..
eeeee!!!! rimass!!

Sunday, December 14, 2008

kenapa dia ni..

perot aku tak brapa elok, maybe masa nya akan tiba bila2 je, adeiii nak nunggu saat tu yang tak tahan tu, letih mak!

tadi ada sembang dgn kwn lama..kwn se'universiti, bila dah sembang mula la berjam jam.. member nak ajak kuar tp kan..yelaa..ujan lebat gilak, badan aku plak nek panas, pastu tambah pulak emo kurang stabil ni.. so mood utk kuar tu takde walopun udah di offer akan amik di uma.. taknak arr...serius dah takde mood, papepun sori la ek...aku bukan taknak, tp meme taknak..!! hahhhahaaaa mak bahasa melayu spm A1 tau..!

Otak nih asik pk bukan2 jek, beselaa emo kan..disaat tiba masa nye tu macam2 la aku nye pe'el, sensitif bebeno gamaknye.. asal lak cm tu ekk..

balik pada cite tadi..sembang2 member aku ni tersebut la ada satu manusia yang aku tak tahu nak ketegorikan dia apa.. balada? rock? irama malaysia? metal atau pop yeh yeh!!??!! dia ni ada masala diri kot, sejak dia ada kes dgn satu minah ayu yg berdarah kacukan ni, dgn kwn2 seangkatan minah ni and kwn dia pun dia dah x tego..hok aloh mu niyy!! dgn kwn kalo terserempak buat2 taknampak..and paling bes dia telah melukakn hati housemate dia..aku sedey gak dengar, dulu masa susa bukan men lagik baik2 ... minta tolong itu ini, tp skrg bila kwn minta tolong dia buat tak tahu.. pastu blame org itu org ini..
aku ingat lagik, penah sekali dia cakap kat aku, kalo kawan takde pun takpe dia bole idup, aikkkk!!!! apa kehe nye ni?? dia dah lupa ke? kita ni idup bermasyarakat, bknnye idup sesorng.. kawan tu la yg bnyk tolong kita..ko lupa ke masa kat universiti dulu, kwn gak la g tolong ko masa saket, tolong ko pinjamkan duit bila ko kering, kwn gakla bagi pnjam kan assignment supaya ko dapat tiru dgn besnyee.. tak ngat lagik ke? aku pun tak tahu dia ni dr planet mana..ishh saba jelaa cik leman ni..!! dgn aku meme dia takkan tego ar.. sebab dia ada kes besa dgn aku, aku tak rasa apa2 la..aku ok jek kalo dia tego..kalo dia nak sembang2 cam bese, tp dia arrr... (org besalah meme begitu)

kalo dia baca blog ni, masih belum terlambat utk berubah, jgn bila nasik dah jadik bubur baru nak nyesal, jgn smp bila kita susah..sorang pun takde nak tolong.. ingat tu! sume org bukanla perfect sgt, blaja terima kelemahan masing2..buang sombong tu...sesedar la ek..jgn smp org cakap 'org baru masuk bandar'...pepaham la ekk

Wednesday, October 29, 2008

PENCOPEK Yang JA`ATTT!!

handbag ku kene curik.. semalam aku solat asar kat midvalley ground floor, aku letak kat tepi almari, dkt dgn aku..elok aku habis semayang, tgk kanan dah takde brg..adehhh! dah kene curik arr!!! apa yang ada dlm handbag tu...wallet 2 ketul, hp 2 ketul, kamera digital, makeup, kunci umah and cermin mata


aku pun kuar arr terus jumpa SF and kami terus g jmp security buat laporan, ketua security cakap minta kami terus report polis, and masa kat balai tetiba kami dapat kol dr 'pencurik' tu (tepon SF guna hp aku) kunun2nye dia terjumpa bag aku kat toilet, and minta aku amik kat briekfield, tp aku kata kat dia aku takde kunci kete cemana nak g sana, and dia setuju nak dtg lagik 20 minit..besela pencurik..mana kita nak percaya..meeme dia tak dtg pun, pastu dah ler bagi n.hp tipu kat aku....hmm..papaepun aku redha jek la..

harini ada org kol SF and bgth yang IC, lesen dan kad kredit aku ada kat Tg Malim.. huwoooooooo jauhhnyee smp sana, mana dia dapat kol SF? kebetulan biz card SF ada dlm tu, lepas SF meeting dia terus amik aku and kami ke TG Malim amik IC tu.. yg jumpa tu nama dia Zainatul keje kat Majlis Bandaran Tg Malim, dia kata dia jumpa aku nye brg kat dlm longkang sebelah Maybank, mm...Maybank tu dkt dgn Pasar..so paham paham jela bau brg aku tu.... bucokkkkkkkkkkk!!!

Apa brg kami jumpa...lesen aku, lesen SF, IC aku, kad kredit aku and SF, kunci umah aku dan sim kad aku...yang lawaknyee pencurik tu amik keychain aku..lantaklaa janji brg yang paling penting selamat..

mmmm masa ilang handbag tu, aku tak nanes pun..aku pun tak tahu kenapa aku takleh nanes..

aku tgk SF tenang je..tapi taktahu la apa yang dia pk..maybe salah sebab aku tak nanes bila aku tgk dia cool, siap senyum lagik and try buat lawak kat aku (nak bg aku gelak la tu)...aku pun tak tahu la time tu aku nak nanes ke nak gelak ke apa...

aku balik umah dgn muka takde perasaan..makan sate pun takde perasaan...sabar jelaa..pastu aku tido pun takde perasaan..tp syukur la sgt2 IC aku jumpa balik,

Friday, September 19, 2008

bertunang dah dia...


last 2 days aku borak dgn ben..elok2 borak tetiba dia ada bgth berita yang aku taknak dengar..mmm..'x' dah bertunang...aku terdiam jap.. tak tahu nak buat reaksi cemana..nak ketawa ke, nak nanis ke, nak senyum ke, so...aku just cakap kat ben 'iyeke?' mm...malam tu aku cuba gak tido..tp takleh, so seharian la aku tak tido..

esoknye baru la aku tahu yang aku sedey.. sedey gile..tak terkata..aku nanis sepuas puasnye...aku pegi keje dgn mata bengkak bengkak..

sepatutnya aku hepi sebab dia dah tak kaco aku lagik, sepatutnya aku lega sebab dia bukan jodoh aku, sepatutnye sepatutnye sepatutnye dan sepatutnyee..

memori tetap memori..aku doakan dia bahagia..gembira dia gembirala aku..

selamat atas segalanya..amin