Nak period kot..asik moody jek.. tapi hubby cakap saya selalu jek moody..so maknanya takkan pasal period kot kan..
Macam semua bende buat semua salah.. macam semua nye tak kena.. tapi memang ada yang salah pun..kebanyakannya..
Saket paler pikir.. macam BABI!!
Ntah la.. nak jadi apa tah saya ni.. bila nak berubah perangai pun tak tahu.. dah cuba sebenarnya tapi asik kene blame jek.. so memberontak gak la.. bak kata orang yang slalu bagi ayat ni kat saya.. " cakap sekali dah.. kalau cakap banyak kali, saya malas nak layan" kiranya sama erti " dah hari hari asik kene blame, alang alang buat je banyak kali.."
BOLE??
Nasib baik tak mengandung.. buatnye mengandung agaknya baby dalam perot pun stress.." mak aku ni pun..agak-agakla nak bengang-bengang..kesian aku.." hah amek!! baby dah pandai ngomel, sapa ajar?? mak diaa aaarr!
so pas ni harap muka akan jadik manis.. dan belaja senyum dan DIAM!! kalau dah salah.. ni asik nak menjawab jek.. CILI kang! ah!! BABI laaa!!
Oke Bye
Sunday, July 18, 2010
Saya Bawah!!
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 6:17 AM 2 comments
Monday, January 11, 2010
@ Bukit Cerakah
Last Saturday saya ke Bukit Cerakah, sebab dah janji dengan kawan-kawan se'universiti yang kunun2 nak mengembalikan zaman memuda dulu.. memang banyakkk yang dah berubah kat Bukit Cerakah..last saya pegi masa umur 14 tahun, itu pun just jenguk-jenguk jek..
Sepatutnya aktiviti habis pukul 3pm tapi saya tak dapat habiskan atas sebab-sebab kesihatan yang suddenly datang menyerang..hehehehe nak buat cemana.. tak dapat masuk rumah 4 musim..padahal saya dah kat dalam rumah tu dah..tinggal nak jejak kaki masuk kat musim tu jek..dahla masa tu musim Salji..haihh...tak de rezeki.. saya nye tiket saya bagi kat sapa-sapa ntah saya pun tak tau..kira sedekah je la..dari saya buang.
Papepun, u ols.. i enjoy masa tu..









Ni antara gambar-gambar terakhir saya dengan dorang..masa ni dah memang ketara muka saya dah len macam.
Muka dah start sememeh
Saya dah takleh angkat badan masa ni..saket sangat2 pastu gegel pastu berpeluh.. sebab taknak bagi nampak yang saya tengah tahan saket, kawan-kawan saya kunun2 cover buat aksi kalah judi masa amek gambar..ceh!!
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 1:14 AM 3 comments
Labels: friend, sick, university
Thursday, November 5, 2009
Tulang saya
Papagi sampai opis saya terus buka email.. semalam kata MC kan, so mesti melambak email-email yang saya tak baca.. dalam sehari..saya akan dapat 50-100 email.. adeii!! nak membaca nye rasa nak pengsan.. semua penting, xda yang penting..
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 4:48 AM 0 comments
Labels: sick
Tuesday, October 13, 2009
budu!
telepon ku budus dan hudus, 2 telepon sangat hampeh dan hampas..
seketul blakang bogel.. seketul lagik memory chip takleh baca..
kene kumpul duit beli hp baru... hmmmmm.. nak kawen lagik....aarrggghhhh
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 10:50 PM 5 comments
Monday, September 28, 2009
Bila Larut Malam

cuba gak buat-buat tido.. selalunye bila dah peluk bantal busuk..lekat kat dahi.. terus je zzzzz
tapi malam tadi tak..
macam-macam dah saya buat.. bersenam bagi penat, dengar lagu tak bes, baso kaki..sume dah saya buat..
tengah sedaya usaha nak tido..tetiba dapat satu msg, hah! sapa plak yg msg ni..
mmm.. student yang saya mengajar hantar sms, minta maaf pasal buat saya susah hati kununnye..
saya senyum sorang2..
baru saya perasan..saya tak bole tido sebab kenangkan student saya yang gagal test malam tadi.
saya susah hati sebenarnya..SPM dah dekat tapi dorang masih lagi main2.. kalau ikutkan saya bole jek buat tak kesa sebab saya dibayar dan saya bukan cikgu sekolah. tapi saya dah anggap budak-budak tu macam adik sendiri.. sedey tau,
Bila saya tanya sesapa tak paham..semua paham..
Bila saya offer nak bagi kelas tambahan tanpa sebarang charge..dorang nak taknak
Bila saya bagi latihan, buat main2
Bila saya panggil sorang2 suruh dorang buat latihan depan saya (senang saya nak betulkan apa yg silap).. dorang baru terkial-kial nak buat
Bukan semua yang perangai macam tu, ada yang ok..
Malam tadi memang stress.. saya nak orang bercakap dengan saya tapi saya tahu mana ada orang nak dengar cerita saya ni, dorang boleh anggap remeeh.."ala benda kecik", "alaa ko kan tutor jek, bialaa dorang.." Bagi saya TAK!! benda ni bukan remeh, ni masa depan dorang gak. KOrang tak paham sebab korang tak mengajar, korang tak tahu background dorang, korang tak rasa bila mak bapak dorang jumpa kita sendiri minta tolong tengok2 kan anak dorang, yang jumpa tu bukan orang senang..orang susah, bila anak dorang buat perangai.. korang tak rasa..
serius! saya tak penah rasa sedey macam ni sebab student saya..
Saya buat keje kerana saya ikhlas..lagipun itu amanah, kita kene buat betul2!
ada orang selalu pesan, mengajar biar ikhlas bukan sebab kene paksa,
terima kasih la sebab ingatkan..
Lepas kelas semalam, saya pegi ke kereta nak balik umah, tetiba student saya ketuk tingkap kereta minta maaf.. tersentuh hati saya.. tak cukup dengan tu and malam tadi dapat pula sms minta maaf.
sejuk hati.. hmm.. janji saya pada diri sendiri, selagi ada daya saya akan bantu,
saya pun manusia biasa gak tak lari dalam salah silapnye..maafkan saya kalau ada terkasar bahasa
Sekian
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 4:58 PM 3 comments
Labels: college, love, me, private, sick, stress, university
Tuesday, September 1, 2009
Wad 412
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:29 AM 0 comments
Sunday, June 21, 2009
H1N1
Kita sedia maklum yang sekarang ni dah ada satu virus kat dalam negara kita..H1Ni atau bahsa kasarnya selsema Babi..
Ringkas nye:
'Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988'.
so kekawan kene la hati hati k, sila jaga kesihatan anda espeseli bila ke luar negara, saya amat konsen benda ni sebab saya ada terbaca yang budak sekolah kene virus ni, kesian plak saya pada budak tu.
Baca Artikel ni and harap-harap ni seikit sebanyak dapat membantu korang:
Meh kita tgk apa simptom-simptomnyee:
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik'
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin. • Jangan pergi ke sekolah;• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.
Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.
Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;• Tidak minum air yang secukupnya;• Tidak bangun dan berinteraksi;• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;• Demam dan beruam.
Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.
Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.
TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN
• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.
• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 6:51 PM 6 comments
Monday, June 1, 2009
13hb....!!

Saya tak berapa gemar bila ada orang mempertikaikan tarikh tarikh tertentu sebagai tarikh !@#$%^&*, apa masalah dengan tarikh tersebut?? 13hb misalnya.. ada orang kata tarikh tu tarikh !@#$%, maknanya kita takleh nak buat apa2 event, buat hari bersejarah ke, buat apa2 ke..kalau masa tu ada orang yang nak beranak, minta orang tu tahan sampai 14hb.. eh!! apahal plak?? saya lahir 13hb, jadik orang gak..takde nyusahkan mak bapak saya.. belajar sampai high level lagik! ni sampai nak banned tarikh tu apahal? kalau saya ada berperangai buruk atau sesapa jela yang lahir tarikh 13hb tu berperangai hampagas, itu adalaa perangai kami, perbuatan kami, sikap kami..TAKDE kene mengene dengan tarikh 13! macam laa tarikh lahir korang tu bagus sangat..cuba check orang yang bersalah tu..dorang lahir bape haribulan! Bukan sebab tarikh 13 jek saya bengang..tapi kalau saya dengar orang cakap tarikh tu tarikh ini tarikh !@#$% akan buat saya buat muka!!! TAK SUKAA!!
Memang!!! memang saya kecik ati!! ni bukan sekali dua saya dengar dari mulut orang yang sama, tapi banyak kali.. dia maybe terlupa yang saya lahir tarikh tu. yelaa kan tak alert, masa besday dia sebuk suh orang ni beli hadiah, orang tu beli hadiah..burok beno perangai!
Jangan bagi alasan ikut adat! saya tak setuju..!! ada adat yang kita boleh ikut ada yang kita kene abaikan. kita bukan lagik dalam kelompok zaman dahulu kala, kita kene pk mana baik mana buruk. saya bukan nak ketepikan adat kita, ada juga adat yang saya sekeluarga ikut dan kami diasuh begitu, adat menghormati orang tua, meraih tetamu, adat bercakap, adat adab makan, tapi kalau sampai ada kepercayaan mengarut tu, memang saya tak akan ikut!!!
Itu jekk!!
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 4:57 PM 3 comments
Labels: ntah hapa2, sick, stress
Tuesday, May 19, 2009
Stress!!
Untuk beberapa hari ni keje kat office takla seberapa menimbun tapi kerja tu adalah.. so saya amik kesempatan waktu pagi dan lunch hour untuk bukak website yang ada kaitan dengan kawen kawen ni..
Sebenarnya saya nak melakukan ke'survey'an dan perbandingan harga dan kualiti supaya duit yang saya laburkan untuk semua tu akan rasa berbaloi sangat2, sapa yang taknak kan macam tu.. kalau harga mahal tapi puas hati saya rasa tak salah kalau membayar nya tapi kalau harga mahal dan quality tu out..saya akan jadi seorang yang sangat berkira.
Untuk first step..sebab masih awal lagik..beh kurang dalam 10 bulan lagik, saya dah mula men'list'kan apa yang patut saya buat , apa yang patut saya sediakan nanti, dan saya dah mula rajin membecokkan diri untuk bertanya orang itu ini...bak kata pepatah 'malu bertanya sesat jalan' amekk!! dah jadik Karam Sigh Walia no.2,
Satu yang saya tak gemar ialah bila saya bertanya orang akan jawab lain..saya betul-betul tak suka! yeee... saya tahu masih awal lagik, tapi saya kene mula dari sekarang untuk survey semua tu supaya takde benda yang saya tertinggal nanti, itu yang pertama,
yang kedua saya nak list kan bulan apa yang patut saya beli barang, amik borang, book mak andam ke, beli ini beli itu..
yang ketiga..manalah tahu kan ada rezeki, kot kotla ada jualan murah ke dapatlah jimat2 (itu kalau saya nak beli laa..) dan setahu saya kalau nak book mak andam, dorang nak kita book awal supaya tak bercanggah dengan tarikh kawen orang lain... dan selalunye kalau book masa tu maybe kita akan dapat harga masa tu sebab jangkaannya mereka akan naikkan harga setiap tahun, and kos mereka maybe akan naik sikit untuk tahun seterusnye..hah!! kan dah jimat kat situ.
AGAIN!! saya cuma tanya dan tolong jawab tanpa banyak songeh! kalau taknak jawab cakap ajelaa!! ini cakap awal lagi la, suruh buat satu-satu la, suruh buat kaler ni la... itu semua saya tahu.. saya cuma nak PLAN!! bukan nak buat terus.. saya mengaku saya takde pengalaman sebab tu saya tanya dan minta rujukan mereka, lainla kalau saya kawen dah 5-6 kali.. saya tak payah tanya!
Itu jek kot. Saya rasa mood saya tak stabil, sorry pada sesiapa yang terasa. saya betul betul perlukan pertolongan korang.. tq
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:32 PM 8 comments
alergik!!
hari ni dengan rasa tak sedap hati nye saya MC, sebabnye.. badan saya naik merah merah dan mata saya especially kat area mata agak bengkak..dan saya sangat malu nak ke pejabat. kenapa tiba2 jadik macam tu? sebab waktu kelas semalam, rasanya kelas tu macam ada yang tak kena sampai saya mula bersin2, mata saya berair dan mula la badan saya gatal2.. langsung tak bole beri tumpuan. maybe dorang dah seminggu tak menyapu kot..huhuhhu..
Hari ni, saya terpaksa pergi 3 klinik panel dalam satu hari utk settlekan kulit saya yang sakit melampau..
1st doktor-dah bagi ubat, dan suggest saya pegi amik satu lagik suntikan sebab kat klinik dia takde, so kene pegi klinik yang dia bgth tu, jauh dr klinik tu beh kurang 1km gakla..
2nd klinik - dah la saya tunggu que lama giler tetiba kata dah tak buat, yang nurse dia bengong kata ada.. ada yang kene sekeh nurse ni kang
3rd klinik - barula ada.. lega gile, and suka tak suka saya kene amik suntikan tu seminggu sekali, sekali inject RM80 terbang..sapa nak jawab?? sebulan utk suntikan tu jek dah rm320, tu x termasuk enzima injection.. ubat2an, bapela saya terbang sebulan..
ada satu risalah saya baca untuk baiki sel kulit saya yang kos nye dalam RM7,000. Saya terpaksa kumpul duit utk buat treatment tu, treatment tu kene buat 10 kali dan tolak campur punye pasal..saya kene bayar dalam RM16,000 gak.
hm..saya dah mula stress..!! tapi saya tahu saya tak ada choice so saya kene juga buat.
saya tawakal je semoga saya dimurahkan rezeki.. Amin
Ini artikel berkaitan dengan alergik, kebanyakan orang tak bape amik pot pasal alergik ni, tapi percaya atau tak, benda ni bole bawa maut kalau tak dikawal:
http://www.biovco.com/alahan-02s.php
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 8:08 AM 0 comments
Thursday, May 7, 2009
Mata Ikan @ Ulser
gambar ni sekadar hiasan jek..takde kene mengena dengan cerite saya (ikan ni macam suka plak amik gambar kan kan )memula tu kecik jek..tapi lama2 besar dan mulut saya jadi bengkak sebelah sebab ulser tu betul2 kat bibir kanan saya.. dah jadik mulut Pamela Anderson plak.. haaa sapa nak jawab??
hari Selasa..
Tunang suruh pakai bonjela tapi saya malas nak pakai sebab bonjela tu tak sedap.. ada gakla kawan2 suruh kumur dengan garam..(kumur dengan garam ekk bukan letak garam tau encik Supir) Saya betul2 kurang selera makan sebab tak tahan keperitan ulser ni, sekarang sedang cuba sedaya upaya utk baik kan ulser ni,
Ini langkah-langkah yang telah saya amik:
1.Minum air kosong 6 botol satu hari ( satu botol 500ml)
2.Kumur dengan Listerine
3.Makan benda pedas contohnye sambal tumis, sambal belacan, sambal kicap dan sambal2..hehe
4. Letak asam boi kat tempat ulser tu..pedih sgt!! tapi nak buat cemana kan..( sambil berubat sambil telan asam.. 2 in 1 keh keh keh )
5. Mandi 4 kali sehari, sebab badan saya panas so menyukarkan benda tu baik
6. Minum air Barli..mak cakap air ni penyejuk badan.
7. Minum air Badak..tunang saya cakap penyejuk badan gak.
Hari ni..(Jumaat)
Ada sesapa bole bagi idea bernas tak?? setakat ni..ini jela yang saya mampu buat. kalo ada sesapa ada petua..sila bagitahu saya. manala tahu kita boleh share2 dengan kawan2 yang lain..
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:29 PM 7 comments
Labels: ntah hapa2, sick
Thursday, April 16, 2009
pesan diaa..
"apa yang ada depan mata tu yang kene kita jaga, jangan pandang belakang, yang lepas tetap lepas.."
Saturday, January 31, 2009
I'm sorry
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 12:43 AM 0 comments
Friday, January 16, 2009
Minggu yang mereng..
Mr.H: kami ikut BOOOOMM maaaa..you yang prepare..kami ikut aja laa
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 10:48 PM 0 comments
Saturday, January 10, 2009
Aku terjatuh!!
Balik dari KL dah rasa lain macam jek badan ni, aku gi la jumpa Mas minta dia picit, meme sakit badan2 aku.. petang tu habis jek keje kebetulan aku ada appointment doktor, aku jumpa la doktor tu cakap badan aku sakit2 minta dia check, lerr...aku demam terus rupanye..suhu badan dalam 38`c, dia kata baru nak mula..ubat banyak gilerr di bagi.. esoknye badan aku lemah, and mc la aku...
Kesimpulannye kalo turun kat jalan batu tu kene hati2..sebab jalan kat situ banyak berlumut, patutnye jalan tu kene dibersihkan so takdela orang terjato..huhuhuhuhuhuuh sekarang ni kalo nak g tangga tu..aku akan lalu jalan yang bertar tu.. dah macam takut lak..huhuhuhuhh tu jek la cite aku.. hati hati tauu!! Noyy, tasha..korang kene hati2.. kang jadik cam aku huhuhuuh
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 12:35 AM 2 comments
Monday, October 27, 2008
red eyes

mata aku merah since malam pernikahan angah.. ntah bila nak baik pun aku tak tahu, SF paksa aku g klinik..aku cuma cakap 'em!!' hehehheehhe dia tahu jawapannyee..( aku malas nak g klinik)
and sebenarnya doktor NAZA ada datang masa kenduri tu and dia pun bebel kat aku kenapa mata merah..alaaaa tu yang aku terus pakai sunglasses tu..kunun2 cover mata,
ada orang cakap aku nanes sebab tu mata sampai merah2...adehh before angah nikah pun mata aku dah merah, ( bila nanes lagik la tambah merah...tu la ko angah!! sapa suh nanes depab along, kan along dah join!!)
adik-adik sedara aku kata aku 'hantu' sebab mata merah..... 'hantu' ek....kang cite hantu lagik kang baru tau! baru cite sikit dah takleh tido malam hahahaahahaaaaa...
yup!! mata aku tgh saket sekarang..tgh berair..ang saket bila nak buka mata, aku rasa ada darah kat mata, maybe luka kot masa pakai contact lens, atau maybe sebab pakai contact lense terlalu lama tu sebab la jadik cam tu..masuk hari ni dah 2 hari aku tak pakai lense..heheehehe...
kalo dah baik sikit aku pakai balik laaa...hahahaahahah okla aku nak mandi, gamba tu aku amik before aku mandi pagi..alaaa nasib laaa bukan bau pun tgk muka aku tak mandi..wekk!!
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:54 PM 1 comments
Labels: sick