? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?
Showing posts with label serius beb. Show all posts
Showing posts with label serius beb. Show all posts

Tuesday, December 22, 2009

Bersalah nyeee


Tengahari tadi saya dan Sarah pegi KL, kununnye menemankan Sarah yang nak tgk apa masalah kad Maybank dia la kan.. on da way nak masuk ke MEXX highway tu saya nampak ada kucing cumel tgh jalan..memula saya ingat dah mati..so saya biarkan aje..tapi bila kereta saya makin dekat dgn kucing tu, saya tengok kucing tu idup lagik, dan dia macam dah runsing tgk kereta laju laju dtg ke arah dia... masa tu kelajuan saya dalam 70km..

saya tengok dari cermin sisi, kereta asik duk mengelak dari kucing tu...aduhh!! kenapa la saya tak stopkan keretaa..tapi kalau saya stop kan kereta tengah jalan..apa cerita plak? highway KESAS tu!! ( dekat dengan TOL AWAN BESAR), apa patut saya buat masa tu sebenarnyee?? betul ke tindakan saya biakan kucing tu kat tengah2 jalan??
Saya rasa bersalah sampai sekarang...aduhh!! dah la kiut gila plak tu..apala kaba kucing tu..

Betul2 rasa bersalah...Tak tahu nak cakap apa dah..

Saturday, October 31, 2009

kesian dia

Ada satu pagi masa saya nak g keje saya ada terdengar satu slot panggilan hangit yang mana si suami nak kenekan si isteri kununnye dia nak kawen lain.. hahahaaha kunun2 kelakar la kan, tapi tak kelakar ok!!
Balik pada cerita panggilan hangit tu, si DJ ni buat kunun-kunun tepon dari jabatan agama minta pengesahan kebenaran suami kawen lagik satu, si isteri yaang terlalu sedey ni terus letak tepon dan si DJ ni call banyak kali tapi dia tak angkat. last last dapat gak cakap dengan si isteri ni.. rupa-rupanya.. MEMANG suami dia nak kawen lain, ni bukan tipu-tipu tapi memang suami dia dah ada calon lain dan tengah cuba minta kebenaran berkawen lagik SATU!!
Slot pagi tu sangatla hangat sebab dapat maklum balas dari ramai pendengar termasuklah kaum lelaki. majoriti bagi respon tak puas hati pada si suami ni.

Saya pun marah..
untuk si suami yang buat panggilan hangit tu:
1. Ko ni laki ke jantan? kalo ye pun nak kawen lagik satu apsal buat benda bangang guna orang ketiga. dah tu guna slot panggilan hangit pulak tu, slot tu untuk bergurau lawak bukan untuk mengena. yang ko kene kan tu isteri ko, ko takde akal ke? akal kat lutut ke?

2. Bermadu memang hak lelaki, tapi tu pn kalo ko mampu...bukan setakat mampu batin jek, tapi mampu dari segi tanggungjawab, keperluan dan adil. MAMPU ke ko? aku rasa ko tak mampu.. sebab dah awal2 lagik ko dah buat benda bodoh. Mana peginye rasa kesian ko? cuba letak diri ko kat tempat isteri ko.

3. Cerita pasal kawen lain bukan benda yang main-main ok! Pekara ni sensitif dan serius bagi orang macam kami (perempuan), kalo ko rasa nak buat kelakar sila buat kelakar benda lain tapi bukan yang ni. kalo nak serius buat cara serius.

Saya insaf bila dengar cerita tu, itu tauladan untuk saya supaya berhati hati, beringat dan sentiasa dekat pada NYA. Saya pun tak tahu apa akan jadi pada saya kalau saya terjebak dalam situasi tu. Semoga tuhan berikan saya kekuatan.. Amin