? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, August 25, 2010

nak babyyyyy!!!


Bila tengok kengkawan yang sebaya dah ada baby..rasa keibuan muncul tetiba..cewwaahh!! lagikla bila hubby tetiba cakap nak baby ..rasa nak lompat-lompat pun ada..yeyy!! tak saba nak dukung anak sendirik..muka sapa ek nanti..muka aku ke muka papa dia??..aishhhh!! berangan dah ni..
Aku pelik la orang yang buang anak ni.. dah susah payah..penat-penat kandung baby tu dalam perot alih-alih bila tiba masa nak beranak..bole plak ko nak buang baby tu. Orang yang dah kawen nak sangat baby tapi kenapa susah nak dapat tapi yang terlanjur-lanjur tu express je dapat..haihhhh!! cuba tengok muka baby tu.. tak kesian ke.. Tu...makcik ni siap ber bleeding -bleeding jaga kandungan nak dapat baby..siap sanggup duduk hospital lagi.. dia berkorban ok..!! ( apesal aku tetiba emo?)
Oke..balik pada cite aku tadi................
so sebelum ada baby kene set minda ni jadik lebih terkawal..emosi kasi kene stabil.. takleh nak stress-stress.. bab yang stress tu..taktaula bole dikawal ke tak.. memang akan stress pun nanti.. so kene buat sesuatu.. :( kalau tak sampai bila- bila pun susa nak dapat baby..

satu lagik...sebab nak jadi ibu ni.. sebagai pompuan kene la saya berkorban..

1. bentuk badan konpom larik punye..kecuali kalau ada duit banyak sepah-sepah dalam bank maka bole la pegi slimming centre. sekarang ni walopun dah berisi sikit tapi masih ada bentuk lagik..heheh ;p

2. Masa untuk diri sendiri mungkin kurang.. sebab kita dah bahagikan masa kita kepada 3.. suami, anak dan kerja..

3. Duit..kene carik duit lebih..untuk baby, mana nak beli lampin anak, susunye..makannye.. saketnye.. banyak tu... Masa ni nak beli untuk diri sendirik kene pikir anak dulu..so dah taula kan lepas ni setahun sekali je la kalau teringin sangat nak beli beg mahal-mahal..

4. Mental dan emosi kene kuat.. macam aku cakap tadi..bukan saja sebelum buat anak kita kene "jangan stress" tapi lepas ada anak pun kita kene jaga dan kawal emosi.. Dah cakap kat hubby dah lepas beranak nak berpantang kat umah mak.. mak kandung masih ada jadi biala dia yang jaga kita.. mak sendiri lebih paham keadaan kita.. kita pun lebih selesa dengan mak. kalau tak mau aku meroyan..huwaaaa takmo!!


5. Moral support dari encik suami diperlukan sangat-sangat.. masa tu kot kot la aku tengah meroyan ke hape ke kan.. SELAMAT KAN LA SAYAAAA!!!!!!!! huwaaaaaaaaa!!!


6. Ada lagik tapi dah lupa..


Nak minta tunjuk ajar pantang larang apa yang bole untuk dapatkan baby.. bukan cara-cara yang gitu gitu ye ibuk ibuk..tapi dari segi pemakanan, penjagaan diri dan sebagainya untuk bakal ibu dan pasangan... plss!!!! help me plsss!!

Wednesday, August 18, 2010

projek..

Tetiba semalam nak makan nasik.. hebat kan! padahal masa semalam aku tak pose.. tak cukup syarat..;p selama ni aku kureng siket nak makan nasik.. yela kan..tetiba teringat hubby kata nak makan ayam goreng kunyit..macam sedap jek..nyum nyum nyum..so masa od da way balik dah terpikir nak makan tu jek.. aishh macam ngandung plak!
Sampai umah tengok FIL tgk sebuk masak dalam periuk besar giler..aku blurrr..alamak!!( dapat tak aku makan nasik harini..??) aku tanya FIL , dia masak apa.. dia cakap kat aku dia masak mee jawa.. pastu aku pening-pening.. rasa nak pitam tgk dia masak seperiuk besar kuah mee makan untuk 12 orang aku rasa ( selepas aku bahagi 2 sebab dia masak kuah tu separuh periuk)..padahal dalam umah cuma ada 4 orang. aku pegi kat hubby cakap yang FIL dah masak mee jawa.. sekali mummy keluar dari surau cakap mee rebus plak.. aku blurr..mana satu ni.. lepas tu aku pegi dapur balik.. FIL ubah plak tajuk mee tu jadik mee Singapore..haa sudah!!
projek makan nasik dgn ayam goreng kunyit macam gagal jek.. so aku carik hubby tanya balik.. bole ke aku masak lauk ayam goreng kunyit tu.. hubby bagi green light suh masak..kunun dia yang nak makan.. kata air tangan isteri untuk suami la kan..padahal aku yang nak makan sangat..
Ayam yang aku kuarkan dari freezer keras lagik..tapi gatal nak potong gak.. elok tgh nak potong, hubby ajak g bazaar ramadhan ..haa ok.. aku biarkan ayam tu berenang kat dalam besen dengan bawang.. ( besen ke periuk ek semalm aku guna) buat seketika..
Takde beli apa pun kat bazaar Ramadhan cuma karipap kecik 10 bijik, kopok leko 2 ingget, otak udang popia 5 bijik, air bunga 2 ingget, air longan 2 ingget, roti john sebatang apa lagik ek.. ooo yek dan tak lupa jugak se gas untuk tujuan memasak... tak beli apa pun.. sikit sikkit jek... ;p
Sampai umah..tengok line clear.. aku pun cepat-cepat masak..dan kesimpulannya aku berjaya makan ayam goreng kunyit dengan nasik..kuah?? takde! aku letak kicap jek.. jap jap..makcik umah depan bagi masak lemak cili api pisang.1 st time aku makan masak lemak cili api..gile terbakar perot aku sebab pedasssss!!!
Sebab FIL dah masak seperiuk besar mee dia tu..takmo dia kecik ati.aku makanla siket.. huuuuuu perot dah padat!! arghhh!!
itu jek nak cite..sekian

Saturday, August 14, 2010

Dia cakap macam aku tak pernah buat bende tu..

Aku dah tak tahu nak cakap apa dah.. seharian aku takde mood lepas balik dari Renaissance Hotel semalam. Aku tahu ayat tu bukan datang dari mulot dia.dia tukang menyampaikan jek.. masa dia cakap tu..gile tersentap aku..!!
Semua macam tak kene..semua macam apa yang aku buat tu macam takde maknanya.. kiranya aku rasa macam aku ni bodoh macam babi!! Lagikla bertambah rasa nak bla!
aku tau aku bukanla sehebat mana pun, aku bukan nye orang yang baik, yang kaki bodek, yang boleh senyum walaupun bengang.. tapi hey!!! semua orang tak perfect..aku dah cuba buat yang terbaik...
Banyak kekangan yang menyebabkan aku cuma kadang-kadang ajek turun padang, meh sini aku list kan:
1. Banyak sangat songeh..kenot kenot kenot
2. Macam diperhatikan bila buat
3. Terlalu meng'compare'kan dengan kehebatan
4. Selalu suruh ikut cara dan skill yang konon hebat..( sebab selalu dipuji, dipuja so lupa yang kadang-kadang orang saja nak sedapkan hati dia)
5. dan bla bla bla blaa...( yang tak dapat ak ceritakan atas sebab kesihatan ;p)

Bila dah jadi macam ni, baru aku terpikir dan teringat pesan sahabat handai.. pengalaman mereka.. dan kadang-kadang setan mempengaruhi aku cakap' sebab tu si polan tu bla cepat-cepat'
Tapi aku masih punya rasa.. pesan orang-orang tua supaya banyakkan bersabar.. banyak kan berdoa..sembahyang jangan tinggal, jangan lupa mengaji supaya iman dalam diri tak kurang..supaya akal dapat dikawal dengan baik.. supaya setan yang kaki hasut hasut tu tak mempengaruhi aku..
Aku tak tahu sejauh mana ketabahan aku, kecekalan aku nak tempuh semua ni.. hey hana! sila tabahkan diri, ko dah penah kene teruk kan dengan dia sebelum ni takkan setakat ni pun ko dah giveup..ini jalan yang ko pilih.. kenela tempuh jugak ok!!

OK! berhenti mencarut..

Jangan tanya "kenapa" "sebab apa" bila jumpa, terserempak atau saja nak buat-buat jumpa aku nanti. sakit masih lagik terasa sampai sekarang.

Thursday, August 12, 2010

takde tajuk #2

Sekarang waktu lunch hour, hari ni macam tak ngantuk plak tapi semalam siyes gile ngantuk..nak pegang keyboard ni pun rasa macam tak larat nak pegang..
Nak cite pasal 1st time jadik bini orang sambut puasa.. saya ni sebenarnya punyela berazam nak bangun sahur nak masak untuk suami.. dah set jam pukul 5.00am.. tapi selalu gaklah mak mertua bangun awal dulu dari saya...ekekekee.. Esok nak try bangun lagik awal dari biasa.. nak set pukul 4.30am plak.. minta-mintala bole bangun awal. Dah janji dah dengan hubby nak masakkan dia sambal telur tumis, ayam goreng masak kunyit dan sayur campur tumis tapi..tak gak nyempat nak memasaknye..
Rasa macam dah tak sabar nak duduk rumah baru kami.. sekarang ni tengah pikir nak design uma konsep macam mana.. nak buat ala-ala Bali ke.. nak buat moden ke.. nak buat tradisional ke atau nak buat konsep bodoh bodoh maknanya asal suka barang tu.. main beli pastu main sukahati letak kat dalam umah tu.. hehehehe...tak penah lagik duduk uma yang bertingkat-tingkat sebab umah mak sebijik sebijik, umah mak mertua pun atas tanah..
Umah tu pun taklah besar macam umah mak saya, ruang adalah terhad.. tapi takpelaa asalkan hubby happy saya dah cukup bahagia dah.. Yang nak duduk pun kami berdua jek.. kalau ada anak pun la sorang dua kot, manala tahu kan kalau ada rezeki lebih..baru la pikir nak beli yang lagik hebat.. ;p
Dah la ek..nak sambung keje.. tataa

Tuesday, August 10, 2010

Jurulatih ohhh!

Rentetan entry azza yang bebaru ni.. saya suka kan bag jurulatih ( Coach) gila babeng...siap berangan nak ada satu kabinet khas untuk bag itu jek...( gila bengong aku ni..) ;p

So bebaru kami (azza dan saya) telah sepakat membeli sebuah/sebijik bag jurulatih yang baru dan kami rasa riang ria dan gembira.. ( sebenarnya saya tunjuk tunjuk je..dia yang tergoda..;p)saya berangan kunun nak pakai masa raya tapi macam tak tahan tengok bag tu maka terpakai gakla pegi keje..

Nak gak tunjuk bag yang saya baru beli tu...

semalam makcik tu ada cakap macam suka kat wrislet saya.. so saya kata yang saya punya ni maybe dah takde TAPI kalau nak yang sama size dan leather dan cantik..ada! percayalaa saya tak goda dia.. saya cuma suggest jek ;p

Disebabkan kerja saya memerlukan saya bergerak kesana-kemari jadik wristlet ni berguna sangat-sangat tau...bole letak henpon, duit duit, pen, notebook ( buku nota) dan lipstik.. saya beli ni dah lama.. tak silap tahun lepas tapi simpan dulu sebab nak letak kat hantaran kawen hehehee

Monday, August 9, 2010

Aku peliks..

Sekarang kan dah musim buah-buahan bagai kan..sebab dah tinggal kat Hulu Langat, jadik nye nak dapatkan stok buah-buahan tempatan adalah sangat senang.. syok wooo.. asal nak makan jek, kuar umah dua tiga langkah tanya bape harga pastu rembat berkilo-kilo..perghh! heaven gilee!! umah mak mertua adelah umah teres ek..maka tidak ada pokok-pokok buah-buahan.. so kita beli je la ;p


Mari kita list kan ranking buah-buahan yang paling saya suka..

1.Buah durian adalah lemak berkrim pahit-pahit..perghh!! tetiba terliur........ishhh!! oke sambung balik..

2.buah manggis adelah masam-masam manis..

3. Pulasan..adik-beradik rambutan yang dulu susah gak nak dapat, kalau dapat..saya akan sorok-sorok dari orang..hehee gile selfish!

4. Mangga..perghh!! kalo buat kerabu mangga pun sodap.. mango blended pun lazat gak..

5. Durian Belanda... asal laa susah sangat nak dapat sekarang??

6. Rambutan..Okla..kalau nak makan pun tengok jenis likat ke tak..hehehe
Yang ai tak menahan.. (kejap ai kejap saya..) ada orang kalau nak makan buah rambutan maka buah itu harusla kene tolong kopekkan.. barula nak makan?? bagi saya tu tahap pemalas kuasa 10!! seriously kalau saya.. saya tak makan rambutan yang dah siap kopekkan.. tak feel!! bukan susah pun kulit buah rambutan tu kalau nak kopek.. kalau kata buah durian tu lainla cerita.. buah mangga tu kalau nak kopek tu memang amik masa siket la.. ni buah rambutan senang macam kacang, takyah amik pisau nak kopek.. guna jari pun bole!! pastu terus masuk mulot..haaa senang kan?

Oleh itu tajuk diatas cuma ada kene mengene sesikit jek dalam entry ni.. heeee memula nak cite denga lebey detail pasal pelik pelik ni.. tetiba tukau pikiran plak nak cite pasal buah-buahan..anggap jela tajuk tu unik ek.. oklaa nak buat keje..harini saya datang awal g keje.. kul 7.00am dah tercongok kat parking.. gile gigih!!

daaaaa

Friday, August 6, 2010

Jangan la jadik macam ni..

Tetiba rasa nak tengok gambar honeymoon kami masa kat Phuket haritu.. Itu adalah yang ke-2 saya pergi dan yang ke-pertama hubby saya jejak kaki ke sana, Memula ingat nak gie Bali.. tapi last menet masa nak beli tiket kapal terbang, hubby kunun mogok xnak pegi sana pulak atas sebab-sebab yang tak dapat diceritakan disini..;p (Tapikan..ai dah beli tiket gi Bali next year, harap-harap la masih bole naik flight lagik that time ;p)
Oke.. duk sebuk belek-belek gambar, tetiba ternampak gambar ni;


huuuuuu.... apesal la encik hubby snap gambar ni..

Kami dah semakin sehat lepas kawen ni (saja cakap kami, sebab nak sehati sejiwa dengan hubby....heee) and hopefully takdelah jadik macam di atas ni..

OOOO yekk, ada satu pakcik yang umo 40an yang kunun-kunun segak bergaya, kacak dan mantap KUNUN duk sebuk "hana ni lepas kawen, makin berisi..." yee yee pakcik, terima kasihla kerana mengingatkan saya, dun weri, berat badan saya masih lagik dalam ketegori "OK" sesuai dengan ketinggian saya 168cm. masih di bawah par ok.!!( itu maknanya, hubby ai adalah sangat kaya sebab bagi makan pada isteri dia) Cakap sekali udah la ek..tapi kalau dah cakap banyak kali, bila terserempak rasa macam nak lempang lempang pun ada..sila belaja cecara nak bergurau dengan pompuan, pompuan sensitip tau bab bab ni..

Apa kata pakcik jaga berat badan pakcik dan keluarga pakcik..


Kepada tuan punya badan di atas,
"maafkan saya kerana menjadikan anda sebagai model didalam entry ni, anda adalah sangat seksi didalam gambar, sekian" ( sila translate sendirik ek encik seksi)

Monday, August 2, 2010

ish dia ni..

Lately ni asal update blog jek.. asik mende yang negatif negatif je kan.. tulaa nak cite bende best macam taknak share je kat orang.. cett!! bukan taknak share ek.. tapi sebab ke'bes'an nye telah membuat kan saya terlupa apa yang seronok sangat.. tulaa seronok beringatt!
Beberapa minggu yang lalu saya ada pegi kenduri kawen sahabat baik dan sejawa saya.. so adelah jumpa bebudak 'U'.. ala-ala reunion gitu, yang ada anak..depa bawak anak.. yang ada bini.. bawak bini.. dan yang ada hubby, bawakla hubby.. ( ai la tu!!)
Saya ada tersembang dengan member ni ha.. tetiba member ni ha..terbuka cerita tentang si *** ni..

O: beb, haritu aku buka FB aku nampak si *** online, since aku nak ke Pulau P so aku tegula
dia, nak tanya arah la katakan
saya: oooo ek... oke..
O: si *** cite pasal dia nye problem kat aku, dia cakap dia dah single, pastu beselaaa dia kata wife dia yang minta...
saya: ooo ek....

Saya dah tau ke kesah ni? yupp!! saya dah laaaaaaaaaaamaaa tau..

Kepada si ***,
macam mana buruk dia sekali pun, dia penah hadir dalam hidup awak, sila jaga maruah dia sebagai perempuan. saya rasa awak paham apa maksud saya