Aku temankan Mas (bukan Mas IRIS) last week pegi collect wang deposit kat kedai kereta terpakai di Selayang, banyak gak deposit kete tu adalah dalam rm300. Actually duit tu adalah duit bf Mas dan bf Mas ni duk berkenan sangat kat satu kete ni siap bayar deposit lagik. kenapa kami g collect duit tu? sebabnya salesman tu g jual satu kete yang bf Mas nak beli tu pada orang lain dengan harga yang tinggi tanpa pengetahuan MAs dan bf Mas. dah lah tu kelentong kata bank tak approve permohonan dorang dengan alasan, bf Mas blacklist, amende bodohnye salesman tu, kalo nak kelentong pun carikla alasan lain, bf Mas tu baru keje setahun dan tak penahbuat apa-apa pinjaman sebelum ni, dia meme clean habis. Disebabkan Mas kesiankan bf dia, dia g la tolong bf dia collect balik duit tu. Kami pegi bertiga, aku..Mas dan Emy, janji dgn salesman tu jam 6ptg, yupp!! salesman tu bagi alasan yang banyak sebab takmo pulangkan duit, banyak betul alasan dia..sampai mas kata kat salesman tu nak datang sana sendiri.
Masa kami sampai kat situ, kami nampak salesman tu tengah layan customer, dia nampak Mas dari jauh dia dah cuak dah, tapi buat-buat maintain, ok.. masa Mas minta deposit tu, salesman tu taknak bagi..dia bagi macam-macam alasan cakap Bank charge la apa la itu la ini la.. Aku meme mula2 tu taknak campur, tujuan ke sana pun sebab nak temankan Mas jek, tapi bila aku tengok dia taknak bayar, aku tanya dia bank mana dia hantar and dia buat muka selamba kata CIMB Bank, on da spot aku call abah nak tanya betul ke bank charge untuk proses dokumen, (Abah Senior Manager kat CIMB Bank bahagian Pinjaman Kereta..mestila Abah tahu) Bila aku cakap CIMB Bank takde kenekan charge untuk proses, dia dah menggelabah.. Mas dan Emy dah bising2 la sebab salesman tu kelentong, nak taknak dia kene pulangkan wang deposit tu tapi dia mulala create cerita yang bukan bukan. aku bagi kata dua kat dia jek samada nak pulangkan duit tu ke taknak, kalau tak aku akan laporkan pada pihak berkuasa. Muka dia berubah bila Mas tanya macam macam sampai dia tak bole nak jawab, padan muka salesman tu, nak kelentong tengok orang la!!
So kesimpulannya kat sini, kalo nak beli kereta dnasihatkan supaya berhati hati membeli, terutamanya yang beli kereta secondhand ni sila tengok enjin, buat perbandingan harga, tengok samada sparepart dalamkete tu original ke atau kereta tu kereta potong..and kene keras hati siket. Mesti korang nak tanya kenapa bf Mas taknak pegi amik sendirik, sebabnye..bf Mas dah lama idamkan jenis kereta tu, bila dapat tahu ada kereta jenis tu nak dijual dia pun excited la nak beli, pulaknya jadi macam tu..mestila dia frust!! Mas yang kesiankan bf dia pegila menuntut on behalf bf dia..and dia berjaya usahakan nya.. Mesti makin sayang bf dia kat Mas huhuhhuhuhuh...
Ok Mas, in future kalo nak carik member gangster, bole panggil aku and emy ek..huhuhhuu
0 comments:
Post a Comment