mengantuk lagik!! harini hari Jumaat yang sepatutnya sangat lah best tapi sebab Abah kol malam tadi suh balik lepas office hour ke Ampang, nampaknye terpaksala lupakan hasrat nak pegi men survey tudung untuk mak kat Jalan Tuanku. apakah kebusanan ini akan melanda selama beberapa hari? harap-harap taklah..ada orang tanya adakah hari penting yang dimaksudkan itu adalah hari pertunangan? belum legik bebeh!! nanti-nantilah diwar-warkan..(kelak kamek madah mun kamek tauk date nya)
Apa yang patut di masak esok? bihun? mee goreng? mee bandung? laksa..? (yang ni malas nak buat) atau pun hidangkan maagi kari letak telur sebiji.. mmmm yang tu sedap gak..!!
Baru lepas me'lunch'kan diri dengan memakan buah belimbing letak serbuk asam boi, buah jambu letak asam boi dan 3 biji pisang goreng. bukan takmo makan nasik, tetapi memandangkan perot ni dah hampir sama dengan dia, maka niat memakan tu dilupakan seketika.. aahh!! alasan!! sebenarnya semalam pergi ke Chillis dinner disana kebetulan dia berpuasa, ada Steak, Burger, Salad dan Chip..sapa yang habis kan?? tentunya bukan diri ni tapi bukan juga dia, perot dia tiada ruang untuk diisikan makanan lagik (penah kene siku dia kat leher diri, sampai terkehel akibat cuba mengacau perot dia dengan menggeletek..saakkeett lahh..!!).
Membaca tender yang bermuka surat lebih dari 300 helaian sudah cukup membuatkan diri ini rasa macam nak termuntah, tak juga paham paham apa kehendak tender ni, bos Vin sudah memberi briefing pagi tadi, nasiblah diberi briefing kalau tidak entah bila bole dimulakan angkara membaca. masuk kali ni 100 kali rasanya menguap..adeiii mata sudah berair sebab menahan mengantuk.
Sebenarnya baru pulang dari sauna bersama rakan, disebabkan mahu cepat kurus diletaknya losyen peng'kurus' dilengan dan di paha..bila duduk didalam bilik itu..hamek ko!!! menggerutu kepanasan..padan muka diri! tapi depan rakan, diri buat buat tak rasa apa-apa..
kesegaran yang amat sangat bila mandi manda selepas bersauna..nyaman nyeee!! gembira rasa hati ni, semangat untuk bekerja kembali tapi biasala..semangat tu kejap je ada, lepas tu terus hilang bila tengok file tender..macam mana ni!!
senang citer..biakan!! jangan layan perasaan..semoga berjaya (kalau berjaya la)... chaiyok!!
0 comments:
Post a Comment