? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 3, 2008

bangau oh bangau


apa itu bangau? bangau adalah sejenis haiwan yang mempunyai kaki panjang, berbulu putih dan sgtla cantik,

Burung Bangau Kecil (bahasa Inggeris: Little Egret) ialah sejenis burung pucung kecil yang berwarna putih. Ia adalah burung padanan Dunia Lama bagi Burung Bangau Salji Dunia Baru yang amat serupa. Nama saintifiknya Egretta garzetta.

Terdapat sekurang-kurangnya dua subspesies untuk Burung Bangau Kecil. E. g. garzetta, subspesies nominat, hidup di Eropah, Afrika, dan Asia, manakala E. g. nigripes membiak di Indonesia dan Australasia. Burung yang hidup di Australia kekadang dianggap sebagai subspesies yang ketiga, iaitu E. g. immaculata. ada juga burung bangau panjang dari spesis jawa peranakan dan juga burung bangau gagah dari spesis jawa totok.

Banyak burung bangau yang lain seringnya digolongkan sebagai subspesies Burung Bangau Kecil tetapi mungkin merupakan tiga spesies yang berasingan, dengan taksonominya masih tidak tentu. Burung Bangau Terumbu Barat, Egretta (garzetta) gularis, hidup di garis pinggir laut Afrika Barat, manakala Burung Bangau Terumbu Arab, Egretta (garzetta/gularis) schistacea membiak di kawasan-kawasan dari Laut Merah sehingga India. Burung Bangau Dwibentuk, Egretta (garzetta/gularis) dimorpha, didapati di Afrika Timur, Madagascar, Comoros, dan Kepulauan Aldabra.

Panjangnya Burung Bangau Kecil dewasa 55-65 sentimeter, dengan jarak sayap sebanyak 88-106 sentimeter. Beratnya antara 350-550 gram. Kesemua bulunya putih. Burung ini mempunyai kedua-dua paruh nipis dan kaki panjang yang berwarna hitam, dengan bahagian bawah kakinya berwarna kuning. Terdapat sebuah tompok kulit hijau-kelabu yang botak antara paruh dengan matanya. burung bangau jawa peranakan mempunyai ketinggian 168cm dan bermabut panjang manakala burung bangau jawa totok mempunyai ketinggian lebih kurang 170cm (tak jauh pun bezenyeee) dan agak suku suku botak ala ala askar gitu (kiutt!!),

Pada musim membiak, burung dewasa mempunyai dua lembar bulu tengkuk yang panjang serta bulu-bulu nipis seperti kasa pada bahagian belakang dan dadanya. Kulit botak antara paruh dan matanya menjadi merah atau biru. Rupa anak burung adalah sama dengan burung dewasa ketika bukan dalam musim membiak, tetapi warna kakinya lebih muram. Subspesies nigripes berbeza dengan subspesies garzetta dari segi warna kulit antara paruh dengan mata yang berwarna kuning serta kaki yang kehitam-hitaman. ( eeeerrrkkkk...........!!! yang ni mokcik tak pasti)

Burung Bangau Kecil biasanya senyap tetapi mengeluarkan berbagai-bagai bunyi menggauk serta bunyi gelegak di koloni-koloni pembiakannya, dan menghasilkan bunyi terkejut yang kasar apabila dikacau. burung bangau jawa peranakan suke membebel manakala burung bangau jawa totok kadang kadang jek suka bebel.. ( bergantung kepada kedegilan burung bangau jawa peranakan)

Burung Bangau Kecil menghendap buruan di air cetek, seringnya dengan berlari menyeret kaki dan mengangkat sayap.Ia kekadang juga berdiri diam dan menunggu untuk menghendap mangsanya. Burung ini makan berbagai-bagai jenis haiwan kecil, termasuk ikan, amfibia, krustasia, dan serangga. burung bangau jawa peranakan selalu dituduh pengendap oleh burung bangau jawa totok, manakala burung bangau jawa totok tak pernah dituduh oleh burung bangau jawa peranakan sebab burung bangau jawa peranakan sgt baik!! (statement yang bagus!!)

Burung Bangau Kecil bersarang dalam koloni, seringnya dengan burung-burung randuk yang lain. Sarangnya dibina pada pelantar ranting di atas pokok dan pokok renek, atau juga di kawasan bermensiang dan dusun buluh. Di sebilangan tempat seperti kepulauan Tanjung Verde, spesies ini bersarang di cenuram. (eerrkkk........!! tak pandai olahkann!!)

Sepasangan burung mempertahankan kawasan pembiakan yang kecil yang biasanya terbentang sekitar 3-4 meter dari sarang. Telur burung ini berbentuk bujur dan mempunyai warna hijau-biru pucat yang tidak kilat. 3-5 biji telur dikeluarkan setiap kali dan dieramkan oleh kedua-dua burung dewasa selama 21-25 hari sebelum telur-telur itu menetas. Anak burung mempunyai bulu kapas yang putih dan dijaga oleh kedua-dua ibu bapanya selama 40-45 hari sehingga anak-anak burung boleh terbang. ( no komen...!! mak bahsa melayu SPM cuma A1 jek)

pengetahuan am yang baik....next week kita cite pssal burung wak wak plak ekk

1 comments:

chienta said...

@@ burung pun leh masuk lam blog erk.. good info nie.. :p