Sunday, November 30, 2008
saket perot pun ilang...
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:38 AM 3 comments
Labels: private
Saturday, November 29, 2008
30..
Ada 30 perkara yang aku benci..benci nak buat, benci sebab bengang, benci sebab sayang..hahahhahaa.. aku dapat tag dr aza so aza..ini la dia...
1. aku benci bila orang mengata belakang, depan mulut manis tapi belakang macam hampeh..
2. aku benci dgn orang hipokrit, suka cakap 'i tak buat ni, i tak buat tu..cannot! cannot! cannot!....' walhal dia yang buat segalanyaaa...
3. aku benci bila orang tu tak sedar yang dia komplen orang.. padahal dia pun 2 kali lima. contoh 'ni apa ni pakai kain belah2..!!' aikkk!! cacat ke dia ni, yang ko pakai tak sedar ke??
4.Benci bila suh aku baso pinggan orang lain..sendirik nye pinggan tak reti baso ke?? tau makan jek!!!
5. Benci bila aku bersin tak berhenti henti..sebab lepas tu aku akan sempot...
6. Benci makan ubat, injection takpe... hahahahaaaa..
7. Benci bila kete aku kene himpit kat jalan raya, apa ko ingat kete ko bagus sangat hah!!!!
8. Benci bila aku buat eksperimen resepi baru pastu tak jadik.. eeeeee!!!!! cemana nak bukak restoran ni..!!!
9. Benci bila jerawat tumbuh kat muka..pastu orang akan cakap aku angau...(meme pung!! )
10. Aku akan benci dan naik angin bila orang tak reti jaga barang yang kita pinjam kan pada dia..bila dapat balik, habeh rosak barang tu..pecah sana pecah sini.ni yang aku malaih nak bagi pinjam ni!!
11. Benci bila adik tinggi kan sore pada orang tua.... aku rasa cam nak 'PANG!!' jek...aku tak ajar adik2 aku tinggi sore pada orang tua..tapi nasib la adik aku tak macam tu.
12. Benci tgk orang muda kat dalam LRT buat muka selamba duduk tak bagi orang tua duduk..siap buat2 tido lagik... aku rasa macam nak sepak jek budak tu!! ( aku penah sound budak lelaki sebab tak bangun bagi tempat duduk kat pompuan ngandung dalam lrt PUTRA..nasib la!!)
13. Benci bila orang terlalu agung2kan barang berjenama smp pandang jijik pada barang lain.. ( aku pun suka gak barang branded tp aku layan gak brg lain..asal cantik aku rembat!)
14. Benci nenok kaki aku yang banyak kesan2 luka...aku dah habeh pakai vitamin E dah..tak gak ilang
15. Benci bila nenok berat badan naik 55kg.. alamakk!! berat dah tu... (tadi check turun 54kg hahahahaha)
16.Benci bila kena tuduh benda yang kita tak buat..contohnya ilangkan barang.
17. aku paling benci bila suh kawen dgn orang yang kita tak suka..aku dah tak suka..takkan nak paksa.. aku kawen bukan nak sehari dua..kawen ni untuk selamanyaaa..
18. Benci bila orang tanya banyak soalan dalam satu masa..especially ayat ni..' g mana? dgn sapa? buat apa? berapa org? kenapa pegi? takleh duduk uma? laki ke pompuan? nama dia sapa?' adehhhhhhhh..!! kenapa kene tanya soalan macam tu?
19. Paling benci bila orang asik suh buat keje dia padahal dia duduk berlenggang.. kalo time tu aku tgh free aku bole la tolong tapi time aku bz tu yang aku rasa kecik jek orang tu.
20. Benci tgk kawan, adik2, pakwe, makcik, pakcik sedey2 nanes2...sebab masa tu aku tak tahu nak buat apa..aku nak pujuk tak reti.. aku rasa bersalah sgt...( lagipun aku takut aku ter'join' nanes skali).
21. Benci bila orang kata 'ko ni asik merayap jek..susah nak carik ko' during office hour.. apa ko ingat keje aku menaip jek?? kalo tak tahu apa keje aku jangan banyak songehh!! HP ada..tepon aje laa!!
22. Benci nenok abah and mak saket..aku akan rasa sedey dalam diam..aku ada masalah nak buat espresi muka bila dgn family.. rasa nak jerit jek..'abah,jangan la saket!! mak cepat2 la sehat'
23.Benci tgk sales..warehouse sales, apa2 yang sales sebab nanti aku akan tak sengaja beli..hahahaha
24. Benci bila orang cuba men'skandal'kan aku dgn orang tu orang ni..helo makcik!! takde keje lain ke?? plsssss!! jaga kain sendirik..
25. Aku Benci bila aku dengar orang ni curik sales orang tu, orang tu curik sales orang ni..!! sebab aku penah jadik sales person so aku tahu betapa peritnye keje mencari duit utk company..kesian wooo
26. Benci nenok betapa kiutnye pakwe aku hari tu.. rasa cam nak tarik2 jek pipi dia..( padahal aku sukeeeee!!)
27. Benci bila ada orang cuba nak kaco idup aku.. aku tak kaco ko, ko jgn kaco aku..
28. Benci bila orang tak bagi perhatian bila aku bercakap..masa tu aku akan rasa bengang yang amat sgt!!
29. Benci bila kat jalan raya, orang bukak lagu kuat2 tak tutup tingkap, ko nak dengar2 dengar r sorang2.. apa ko ingat ko sorang jek ada radio??
30. Aku benci bila aku takd duit...adeh..!! sedey nyeee bila brg yang kita nak tu, tak daapat beli..kita pandang jek, huk huk hukkk
dah cukup dah 30..hahahahahaha..rasa nye banyak lagik kot tapi biala rasia.. any comment? angakt tangan!!
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 6:40 PM 2 comments
Labels: tag
Tuesday, November 25, 2008
stressss!!!
cakap pasal bisness..apa aku nak buat ek...
kat paler otak aku ni banyak sgt idea nye..cube korang nenok, mana yang sesuai utk aku buat bisness.. sesuai tak dgn kredibiliti aku..huhhuh
1. restoran (aku sukeee masak)
2.tuition ( aku reti aja akaun, sains dan bahsa malaysia je)
3.bakery ( aku kurang saba siket bila buat kuih raya, tp kalo kek aku tere arr)
4.tailor (konpom tak sesuai dgn aku!)
5. nursery ( aku suka budak2..tp kalo bebudak tu nanes, aku pun join sekali...huwaaaa!!!)
6. service (reseller) ( amenda aku nak jual ntah..jual internet ar..tu jek yang aku rasa aku tere)
7. surirumah sepenuh masa (income utk aku RM4k++, tak termasuk yang lain2..)
haaa tolongbagi idea.. haarap2 bernas.. aku srius ni nak bisness..
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:07 AM 6 comments
Labels: story
Sunday, November 23, 2008
new TemPlate
Thank you ADIA>> cantik sgt!!.. time kase daun keladi..
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:51 AM 3 comments
Saturday, November 22, 2008
New Born...Harith Yusof
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 6:34 AM 0 comments
Labels: baby
she's cute!
See tiny fingers and tiny toes,
Bright baby eyes,
cute baby nose;
Hear baby gurgles and baby sighs,
As Mom and Dad sing lullabies.
Life is changed,
but that's okay;
It's fun to spend glad hours each day,
Taking time for all the good
That comes along with parenthood.
*baby Damiya.. i love her smile :)
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 6:21 AM 1 comments
Labels: baby
Friday, November 21, 2008
"LOVE" aku kene Milo!!
*bape banyak love plak aku taip?? adeh...!!! hari unik sedunia!!!
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 1:48 AM 0 comments
Labels: poem
Thursday, November 20, 2008
Mana nak beli PELUANG??
aku nak diri aku diberi peluang..peluang utk berbakti, peluang utk belajar, peluang utk bekerjasama, peluang utk dimiliki and memiliki.. susah ke nak bagi aku peluang??
aku tahu.. aku banyak kekurangan, aku tak sebagus yang diinginkan.. tp berilah aku peluang utk belajar, peluang aku menyelami dan peluang aku bersama dgn org yang aku sayang, orang yang betul2 aku suka.. jangan judge aku before beri peluang, bagi peluang utk aku buktikan yang aku mampu. aku bukan dia, dia bukan aku.. lain orang lain ragam, lain orang lain kaler kulitnye,lain orang lain bentuknye.
beri peluang aku kumpul kekuatan utk kembalikan semangat aku yang dah lama ilang tu, aku dah diberi peluang utk bahagia...aman damai dan sentosa, and aku nak peluang tu smp bila2, biar aku susa sekejap asalkan peluang utk aku ada...
okla, aku nak g carik peluang jap..kot kot la ada jual kat mid Valley ke, iSetan ke.. kalo ada jumpa peluang..tolong bgth aku ek.. aku nak g beli banyak2.
--------sengal-------!!
*bape peluang aku sebut kat dalam ni..?? sila jawab
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 9:33 PM 2 comments
Wednesday, November 19, 2008
Korang Gosip apa??
Last week abah masuk hospital, ni kes jantung gak ler..adehh!! aku dah suspen gilerr.. aku tgh bz sgt plak masa tu takleh nak g nenok terus, mm.. abah lepak kat hospital ampang puteri smp hari khamis...mm..selama abah kat sana, aku ler yg handle uma everything, makan minum mak and adik2.. mak aku plak bertindak sebagai teman kat hospital, kot kot la abah nak apa2 kan..bole la amikkan.. nasib baiklaa ami dah habeh blaja kat sabah, so dia pun bertindak menjaga abah and buat kawalan umah..hek hek hek macam pak guard (kalo dulu aku ler yang ronda uma sambil pegang kayu hoki aku, setakat pukul2 org dgn kayu hoki aku ok lagik..heheh)
Ela, adik aku yang bongsu tak tahu yang abah masuk wad, abah yang taknak bagitahu sebab masa tu ela exam, tapi at last abah bagitahu gak..hahahah..terkejot berok adik aku, terus naik bus pegi hospital..
ok...balik pada tajuk.....
SF ada datang ziarah abah kat wad, masa tu aku pun agak sebuk melayan kerenah mak and adik2..so takla layan dia sgt, pastu abah suh aku hanta mak, and aku tinggal kan SF macam tu jek dgn abah.. mmmm...dah tinggal berdua tu..dorang bole plak gosip pasal aku..haaaa!!!! ni la lelaki!! suka gosipp!! abah ni pun kot ye nak gosip carila cite lain..ni cite anak sendirik!! abah tak kesian kat along ke?? yang SF ni..pun sukaaaaaaa la dengar and sampuk2 kan kan.. mmm..amende yang korang gosip lagik? meh la cite...! nak gak tahu..benda tu bes tak? ada tak puji2 aku? kutuk2 aku taknak dengar..nak yang baik2 je ekk..hahahahaahah
oklaaa..nanti sms ek bgth apa yang korang gosip..
Ohyeeee abah dah pun kuar hospital, siap g kedah lagik hanta angah ke umah pengantin lelaki, tapi keadaannye takla bape bagus..so kene dlm pemerhatian lagik, mmm..aku syg abah wehh!! tula tempat aku bergado, merajok selalu, kalo abah takde, sapa nak gado dgn aku? huh!
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 8:13 PM 5 comments
Labels: family
MaDaGasCar: Escape 2 Africa
Actors:
Ben Stiller (Voice)Chris Rock (Voice)David Schwimmer (Voice)Jada Pinkett Smith (Voice)Sacha Baron Cohen (Voice)Cedric the Entertainer (Voice)Andy Richter (Voice)Bernie Mac (Voice)Alec Baldwin (Voice)
aku baru nenok cite Madagascar, at last ada gak muvie yang aku nenok smp habis, huhuhhhu... last week nenok cite james bond..bole plak aku tido dalam pawagam, tak ke hampeh..!! meme busan, apa yang bes aku pun tak tahu...james bond nye cite tak banyak perubahan.. SF siap ajak aku balik lagik tau!(sebab dia nenok aku tersengguk sengguk..) tapi sebab aku kesian dia nak tgk sgt haritu.. aku pun temankan la dia, ( aku tetido banyak kali, bila dia cakap, aku buat buat sampuk huhuhuhu)
aku plak kebetulan masa tu kepala tengah berserabut, (cian SF tekelip kelip mata dia nenok aku termenung..thank you sebab paham), meme release tension gile arr...pas habeh cite tu aku terus rasa sgt bes!! bertenaga!! rasa cam nak nari2 lagu i like to move it move it..hahahaahah!!!
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 3:07 PM 2 comments
Labels: movie
happy birthday
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:05 AM 2 comments
Monday, November 3, 2008
bangau oh bangau
apa itu bangau? bangau adalah sejenis haiwan yang mempunyai kaki panjang, berbulu putih dan sgtla cantik,
Burung Bangau Kecil (bahasa Inggeris: Little Egret) ialah sejenis burung pucung kecil yang berwarna putih. Ia adalah burung padanan Dunia Lama bagi Burung Bangau Salji Dunia Baru yang amat serupa. Nama saintifiknya Egretta garzetta.
Terdapat sekurang-kurangnya dua subspesies untuk Burung Bangau Kecil. E. g. garzetta, subspesies nominat, hidup di Eropah, Afrika, dan Asia, manakala E. g. nigripes membiak di Indonesia dan Australasia. Burung yang hidup di Australia kekadang dianggap sebagai subspesies yang ketiga, iaitu E. g. immaculata. ada juga burung bangau panjang dari spesis jawa peranakan dan juga burung bangau gagah dari spesis jawa totok.
Banyak burung bangau yang lain seringnya digolongkan sebagai subspesies Burung Bangau Kecil tetapi mungkin merupakan tiga spesies yang berasingan, dengan taksonominya masih tidak tentu. Burung Bangau Terumbu Barat, Egretta (garzetta) gularis, hidup di garis pinggir laut Afrika Barat, manakala Burung Bangau Terumbu Arab, Egretta (garzetta/gularis) schistacea membiak di kawasan-kawasan dari Laut Merah sehingga India. Burung Bangau Dwibentuk, Egretta (garzetta/gularis) dimorpha, didapati di Afrika Timur, Madagascar, Comoros, dan Kepulauan Aldabra.
Panjangnya Burung Bangau Kecil dewasa 55-65 sentimeter, dengan jarak sayap sebanyak 88-106 sentimeter. Beratnya antara 350-550 gram. Kesemua bulunya putih. Burung ini mempunyai kedua-dua paruh nipis dan kaki panjang yang berwarna hitam, dengan bahagian bawah kakinya berwarna kuning. Terdapat sebuah tompok kulit hijau-kelabu yang botak antara paruh dengan matanya. burung bangau jawa peranakan mempunyai ketinggian 168cm dan bermabut panjang manakala burung bangau jawa totok mempunyai ketinggian lebih kurang 170cm (tak jauh pun bezenyeee) dan agak suku suku botak ala ala askar gitu (kiutt!!),Pada musim membiak, burung dewasa mempunyai dua lembar bulu tengkuk yang panjang serta bulu-bulu nipis seperti kasa pada bahagian belakang dan dadanya. Kulit botak antara paruh dan matanya menjadi merah atau biru. Rupa anak burung adalah sama dengan burung dewasa ketika bukan dalam musim membiak, tetapi warna kakinya lebih muram. Subspesies nigripes berbeza dengan subspesies garzetta dari segi warna kulit antara paruh dengan mata yang berwarna kuning serta kaki yang kehitam-hitaman. ( eeeerrrkkkk...........!!! yang ni mokcik tak pasti)
Burung Bangau Kecil biasanya senyap tetapi mengeluarkan berbagai-bagai bunyi menggauk serta bunyi gelegak di koloni-koloni pembiakannya, dan menghasilkan bunyi terkejut yang kasar apabila dikacau. burung bangau jawa peranakan suke membebel manakala burung bangau jawa totok kadang kadang jek suka bebel.. ( bergantung kepada kedegilan burung bangau jawa peranakan)
Burung Bangau Kecil bersarang dalam koloni, seringnya dengan burung-burung randuk yang lain. Sarangnya dibina pada pelantar ranting di atas pokok dan pokok renek, atau juga di kawasan bermensiang dan dusun buluh. Di sebilangan tempat seperti kepulauan Tanjung Verde, spesies ini bersarang di cenuram. (eerrkkk........!! tak pandai olahkann!!)
Sepasangan burung mempertahankan kawasan pembiakan yang kecil yang biasanya terbentang sekitar 3-4 meter dari sarang. Telur burung ini berbentuk bujur dan mempunyai warna hijau-biru pucat yang tidak kilat. 3-5 biji telur dikeluarkan setiap kali dan dieramkan oleh kedua-dua burung dewasa selama 21-25 hari sebelum telur-telur itu menetas. Anak burung mempunyai bulu kapas yang putih dan dijaga oleh kedua-dua ibu bapanya selama 40-45 hari sehingga anak-anak burung boleh terbang. ( no komen...!! mak bahsa melayu SPM cuma A1 jek)
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 3:44 PM 1 comments
Labels: story