Dunia Baru
Saya telah pun memasuki fasa demi fasa dalam roda kitaran manusia, Dari bayi, kanak-kanak, remaja dan kini dewasa. Dalam banyak-banyak fasa, fasa dewasa bagi saya adalah perkara sebenar yang perlu saya tempuh.
Adakalanya saya dibawah dan adakalanya saya diatas. Sewaktu dewasa ni la kita akan tahu dan wajib belajar asam garam manusia, bukan semua orang boleh ikut cara kita dan bukan semua cara orang kita boleh terima, terpulang pada individu tu sendiri.
Soal pelajaran, saya amat bersyukur kepada Ilahi sebab saya berjaya sampai ke tahap ni, Ini saja harta yang paling berharga untuk diri saya. Tanpa pelajaran, diri saya rasa sangat kerdil dan berkemungkinan saya akan rasa lebih rendah diri. Saya selalu bandingkan diri saya pada orang lain sebab tu kadang-kadang saya sangat down dan kadang-kadang saya rasa sangat cemburu. Tapi jangan salah tafsir! Cemburu positif yang saya maksudkan!
Soal Kerja, tak dinafikan sekarang ni saya sangat stress pada kerja yang sedia ada. Hanya rakan-rakan sekerja sahaja penguat saya. Politik dalam suasana kerja adalah lumrah dan adat kehidupan. Ada yang gila kuasa, tamak, ada yang pentingkan diri dan sebagainya. Itu semua mainan politik. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat belajar dari mereka macam mana nak handle sesuatu perkara. Nak tahu tak..! Saya pernah bercita-cita untuk membuka satu perniagaan. Apa jenis perniagaan biarlah dirahsiakan dulu. Semoga doa saya dimakbulkan. Amin.
Soal keluarga, saya adalah anak sulung dalam keluarga, seronoknya jadi anak sulung ni ialah kita ada adik-adik, kadang-kadang kita akan jadi orang perantara antara ibu bapa dan adik-adik, antara emak dan abah, antara adik dan adik.hmm.. terpikir gak sapa akan jadi pendengar setia saya bila saya ada masalah? Bukan taknak share dengan mereka tapi saya takut bila saya bercerita nanti dorang akan tidak share apa yang dorang septutnya share pada saya. Keluarga saya penuh dengan adat-adat dan protocol, dari segi bahasa kene dijaga, tak boleh main suka hati bercakap dengan orang tua, tak boleh meninggikan suara dengan orang yang lebih tua, bila bergurau kene fikir adakah gurauan yang kita nak guraukan tu sesuai tak. Adat bukanla menyusahkan tapi sebenarnya mengajar kita menghormati antara satu sama lain. Dalam keluarga saya mengaku saya adalah anak yang paling lincah dan nakal, tapi setakat nakal saya tak kemana sangat pun (agaknya). Oooo yeekk!! Saya akan jadi maklong pada bulan 8 nanti.. cucu sulung akan muncul.. tak saba rasanya nak tengokj rupa baby. Jeles?? Memang saya jeles..jeles sebab tak dapat lahirkan cucu sulung untuk mak abah, jeles sebab selama ni saya la yang pertama lakukan sesuatu yang besar dalam keluarga, tapi kali ni tak..!! saya tengok adik saya sangat bahagia dengan keluarga dia. Tapi takpela..memang bukan rezeki saya, dah ditakdirkan saya begini so saya aminkan ajala..
Soal Cinta, saya sudahpun bertunang dan tak lama lagi saya akan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati.. Insyallah.. itu yang saya harapkan. Restu dan perkenan dari orang tua itu yang penting buat saya. Sudah tiba masanya saya belajar menerima hakikat kehidupan sebenar dan saya memang mahukan yang terbaik untuk saya. Bagi saya cinta bukan benda main-main dan saya tak berminat pada orang yang cuma nak berkhayal, berangan, takde masa depan, pendek akal dan tak matang. Kalau setakat mahu menjalinkan hubungan cinta sahaja tanpa memikirkan masa depan, tiada rasa tanggungjawab dan mengambil kesempatan..nah!! lupakan saja!
Kata orang, alam pertunangan adalah alam yang penuh dengan cabaran. Darah manis kata orang tua-tua. Bila dah jadi tunang orang, saya telah cuba untuk belajar menjaga hati semua pihak, saya tahu kadang-kadang saya terlepas pandang sesuatu perkara. Tapi percayala!! Saya memang sedang belajar dan bila saya belajar, saya akan bertindak.. dan saya harapkan bukan saya saja yang berbuat begitu.
Soal agama. Saya dilahirkan sebagai seorang muslim dan memang dari keluarga muslim. Ibu bapa saya hantar saya untuk belajar mengaji dan belikan saya buku-buku agama. Banyak benda dan perkara yang saya tak tahu dan saya amat-amat ingin tahu perkara-perkara tersebut. Saya sangat benci bila saya diperlekehkan kerana bertanya sesuatu perkara yang saya tak tahu. “ takkan itupun ko tak tahu? “ … “mak bapak ko tak ajar ke?” … “ pergi cari dalam buku la kalau tak tahu” ..BENCI!! BENCI!! Saya rasa terhina.. kalau saya pandai saya tak tanya, kalau saya tak muyskil saya takkan minta nasihat dan pandangan.. maybe saya salah tanya orang kot, maybe orang tu 100 kali bodo dari saya sebab tu dia cakap macam tu, kalau tak tahu cakap jek, tak payah berleter dan PLEASE!! Jangan jadi bodo sombong!!
Soal setia kawan. Saya bangga mempunyai sahabat yang sangat setia pada kawan, tipula kalau saya kata takde salah paham langsung, tapi kami dapat selesaikannya dengan baik. Saya memang ramai kawan tapi kawan yang baik cuma beberapa sahaja. Tak perlu ramai kawan baik, biala 1..2..3 sudah memadai. Saya sayangkan mereka dan saya tahu mereka juga begitu. Bukti?? Susah senang mereka sentiasa disisi.. Oh yekk!! Saya ada sepupu yang sangat baik hati, walaupun dia agak gonjeng sedikit tapi saya sayangkan dia.
Sunday, July 12, 2009
DUNIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
you r lucky hana :) of course u cant have it all, tapi semua tu sudah memadai kan?
Alhamdulillah.. tetiba rasa insaf untuk diri sendiri..
Post a Comment