Tetiba rasa nak share ngan kawan-kawan peribahasa melayu. Melayu ni sebenarnya bangsa yang sopan santun, apa yang mereka nak ucapkan selalunya banyak yang berkias-kias dan berlapik-lapik, Pada pandangan mereka lebih sopan dan molek bila berbahasa antara satu sama lain. Ditakuti kalau cakap terlalu lurus sangat kadang-kadang akan timbul perasaan kurang senang pada pihak yang mendengar. tak gitu?
Meh kita belajar peribahasa melayu,
ada contoh ayat yang saya buat, sila tanda (/) pada ayat yang betul dan (X) pada ayat yang salah ekk:
Ada air, adalah ikan.
Maknanya:Ada negeri tentulah ada rakyatnya
Ayat saya:
Negeri Selangor adalah negeri yang ada air, adalah ikan. Sebab tu kat sini banyak ikan laut, ikan sungai, ikan darat...OOOoo patutla saya suka makan ikan.
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas
Maknanya: Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.
Ayat saya: Geram betul aku dengan si Leman tu, takpe..takpe.. ada hujan ada panas, ada hri boleh balas... huh!!
Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah
Maknanya: Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda
Ayat saya: " Eh Timah, ko nak tau..si Jenab tu sebenarnya 'ada wang abang saya, takda wang abang payah.." kata Latipah kepada Timah.
Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.
Maknanya:
Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan,
sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya
Ayat saya: Perlula kita beringat bahawa adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah. Espeseli bila kita nak buat majlis perkahwinan.
Air ditetak tiadakan putus
Maknanya: Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
Ayat saya: Saya selalu gado dengan Ami, tapi yela kan.. air ditetak tiadakan putus, walopun dia kerek saya baik hati, dia tetap adik saya.
Air mata jatuh ke perut.
Maknanya: Berdukacita dengan diam-diam
Ayat saya: Tunang saya ajak makan durian petang tadi, dia janji lepas keje dia akan jumpa saya tapi bila saya tunggu-tunggu sampai sejam, dia tak sampai-sampai, bila call rupa2nya dia bz main pingpong, saya pun kecewa dan ini telah menyebabkan saya jadik air mata jatuh keperut.
Alah membeli, menang memakai
Maknanya: Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai
Ayat saya: Tunang saya selalu cakap alah membeli menang memakai, sebab dia tengok saya asik beli barang murah jek, kalau saya kaya saya akan beli barang mahal tapi saya bukan orang kaya... saya orang biasa, tunggula bila saya jadi jutawan nanti.
Anak ayam kebasahan bulu
Maknanya: Gelisah resah; menjijikkan
Ayat saya: Si Mutu seperti anak ayam kebasahan bulu bila dia melihat kemalangan itu tadi
Angguk enggan, geleng ia
Maknanya: Lain di mulut, lain di hati
Ayat saya: "Si Suhana tu selalu angguk enggan, geleng ia," kata Siti Hasnah kepada Aida.
Sekian, terima kasih.