Tengah takde mood nak buat keje sangat pun, asik-asik nak muntah je..pastu asik pening kepala je..cemano tu?? apa kah sebab nye? sebab dalam perot ni ada bende idup..haaaa dah 6 minggu dah.. seronok? of course la!! sapa tak sonok kalau dah ada zuriat sendirik kan kan.. asik kaco anak orang jek..kita pun nak anak sendiri.. dan akhirnya tuhan dah makbulkan doa saya.. AMinn..
Nak buat entry baru pun macam takde mood gak.. tadi ingat nak letak gamba PT ( pregnancy test) kat entry ni.. dah pulak malas nak upload nye..
oke.. nanti dah larat kita smabung cite..
Monday, September 27, 2010
Aminnn
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 7:11 AM 0 comments
Labels: private
Wednesday, September 22, 2010
satu pegi satu datang
Dulu masa baru lepas habis belajar teringin nak pakai kereta. so dengan gaji RM1800 masa mula-mula keje..aku cuba buat loan kereta and Alhamdulillah lepas plak loan masa tu..kata tak banyak tanggungan kan.. Kereta pertama aku adalah proton savvy, tersangatlah mantap.. kalau belok tak de rasa nak terbalik..sebab kereta ni berat dan steady.. pernah sekali..eh banyak kali gakla bawa kereta tu ke Kodiang,Kedah jumpa keluarga angkat bawa dalam 160km/s (kalau abah tau ni, matik aku) masih rasa tak gegar lagik.. rasa sangat-sangatla berbaloi beli walopun ada mulut-mulut cakap takde harga kalau nak jual balik.. ada ku kesa?? Personally bangga sebab tak guna satu sen pun duit mak abah..semua duit sendiri,
Kereta tu dah 4 tahun dah dengan aku..tapi harini kereta tu bukan lagik milik aku sebab aku dah jual.. sayang memangla sayang tambah-tambah lagi dah habis bayar kan.. so sebab dah takde orang nak bawa.. lepas tu asyik kene tinggal je kat rumah mak (sebab garage rumah mak bole muat dalam 6 kereta) pastu aku tengok kereta aku tu macam dah merajuk dengan aku jek.. so dengan berat hati aku pun jual la.. biala orang lain jaga kereta tu pulak..
Masa nak lepaskan kereta tu macam berat hati pun ada.. aku mandikan kereta tu sebelum dia pergi..macam semua tak kene.. tak pernah pernah basuh kereta pakai mop..aku pegi baso kereta tu pakai mop, sampai hubby bebel baru aku cam tersedar..last-last aku tak mampu nak baso kereta dan aku biarkan hubby basokan sampai la habis..
Semalam punye cerita.. lepas jual kereta tu aku pun dapat cek sebanyak RMxxxxx.00. Rasa macam nak joli katak.. tapi tak bole.... kene cari kereta yang bole bawa pergi balik keje.. nak bawa forte macam nak terpengsan tengok minyak, pastu nak bawa CRV pegi keje haaa lagikla terus koma... minyak macam air..!! savvy dulu minyak RM45.00 bole bawa 2 minggu..
Oke..loan kereta pun dah lulus..kereta yang baru nak beli ni pun bawah RM50k je. so takdelah nak beli yang hebat-hebat pun ( walopun sebenarnya dah berangan kan kereta lain) tapi nak dapatkan kereta baru tu kene tunggu sebulan setengah sebab aku amik yang limited edition punye. takpela tak kesa pun masih bole tunggu..tapi kalau sampai 2-3 bulan memang nak kene laa..
apaaa lagik nak citeek..itu jek kot.. ta
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:02 PM 3 comments
Labels: private
Monday, September 20, 2010
lalalaaa
Sebab tersampai ofis awal tadi.. aku pun gatal tangan surf internet kot-kotla ada mende yang menarik..
1st..aku buka website wajib tiap-tiap hari aku.. 'jurulatih' kotla ada produk baru ke kan.. saja la nak cuci mata nak amik semangat keje la katakan.. kalau ada yang berkenan..kita tengok harga nye dulu.. kalau agak-agak mampu kene pulak minta approval dulu kat hubby..kalau rasa-rasa tak mampu..kita tutup je website tu sambil bebel-bebel sorang-sorang ' kalau kaya ni..mesti aku dah beli 10 dah..' haaa sebab tu tuhan bagi rezeki sederhana kat kita..sebab tau dah nanti duit tu habis kemana.. ish ishh tapi kan... aku dah terbeli satu 2 minggu lepas.. ;p
2nd..bukak maybank2u plak..kotla ada magik duit apa-apa dah masuk ke kan..haaaa memang ada magik.. yeyyyy!! murah rezeki ai...
3rd...bukak sokkaba online plak..mana la tau ada cite HOT!! nak gak ikut perkembangan semasa.. senang nak borak dgn orang nanti..epp!! artis artis ai tak minat ek.. ko nak sembang cite politik ke, isu semasa ke..ekonomi negara ke..masak-masak ke.. baju cantik-cantik ke..ai ok.. ;p
4rd..tetiba gatal tangan nak tengok teater apa yang best kat Istana Budaya... so aku pun terjumpa la yang ni..
nak! nak! nak! nak tengok!!! nak ajak mak dengan abah pegi tengok..mesti dorang suke.. dalam bulan ni gak dorang buat show maka wajibla kita menontonnye.. sekian
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:39 PM 0 comments
Sunday, September 19, 2010
Apa jadik waktu raya..?
Takdela jadi apa sangat, saja je nak buat gempak, tahun ni serius weh..tahun ni lain siket.. kalau dulu raya dekat-dekat tapi tahun ni raya jauh-jauh..kene drive sampai beratus-ratus kilometer.. hah! kene speed trape!! kene bayau RM300 no diskaun..haihh..yang bawa tu aku laa sapa lagik.. tapi aku tak laju la sangat pun..terbawa 120km/sejam kat 90km/s punya area. ..
Ok tukar cite balik.. mari kita mulakan catatan harian raya pertama sampai sekarang..
1) Pegi sembahyang raya kat Masjid Batu 14 Hulu Langat..1st time seh sembahyang raya kat tempat orang...time ni tingat kat mak..huuuu ( aleh! AMpang je pun)
2) Balik tu minta ampun..minta maaf kat suami.. heeee buat-buat nangis dengan harapan dapat duit raya..tapi gagal.. ;p
3) Balik rumah mak haritu juga tapi kejap jek...Sebab ada sedara mara hubby nak datang rumah Hulu Langat.. kata keluarga hubby perlu didahulukan..so ikut ajela
4) Ikut mak abah balik kampung kat Kuala Selangor..ala-ala konvoi dengan makcik pakcik yang lain..heee seronok...!!
5) Raya ke-3 ikut hubby jumpa nenek kandung dia kat Ang Mo Kio, Singapore..sebelum tu singgah rumah nenek tiri hubby kat Air Hitam..tido kat Singapore 2 malam.
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 4:55 AM 2 comments
Labels: raya
Wednesday, September 8, 2010
Selamat Hari Raya.....
( amik dari http://www.123greetings.com/)
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 5:05 PM 5 comments
Labels: raya
Thursday, September 2, 2010
biskut raya
Posted by HaNa NyoTa uHArA at 4:37 PM 4 comments
Labels: raya